Effort BF Macam Tiada Hasil

Assalamualaikum. Aku dah 26 tahun. Aku kenal dengan bf aku masa aku umur 21 dan dia 23. Kami jarak 2 tahun. Kenal sebagai kawan waktu aku habis spm. Lost contact.

Then dia yang initiate cari aku kat ig (ex bff aku yang bagi username aku kat dia). Sept 2022 nanti genap 5 tahun kami couple dan kami rancang untuk kahwin Dis 2022 ni.

Sepanjang 5 tahun kitaorang kenal memang tak nafi banyak dugaan daripada segi kewangan. Aku kenal dia waktu dia kerja gaji 3k sebulan. Lepas tu dia selalu bertukar tukar kerja sampai lah dia dapat kerja yang ngam dengan jiwa dia pada Sept 2021.

Sepanjang bertukar tukar kerja tulah aku yang banyak cover dia. Tapi takdelah sampai beribu sekali cover. Agak mana yang aku mampu aku cover lah. Sebab aku pun time tu student plus aku kerja dekat kedai makan untuk tampung belanja.

Tahun 2019 alhamdulillah aku dapat pegang harta aku sendiri. Aku beli kereta pertama sebab kereta yang aku pakai ulang alik study tu kerap meragam sampai rasa dah tak mampu nak tanggung.

Sebelum beli kereta tu aku ada deal dengan dia yang kami bayar half half dan dia pun setuju even time tu dia tanam anggur. Ni dah 3 tahun aku berkereta tapi half half dia habuk je. Tapi alhamdulillah aku masih mampu survive bayar monthly plus tampung kami berdua.

Waktu dia dah start ngam dengan kerja dia yang sekarang sebulan kemudian dia dapat kumpul depo untuk keluar motor baru sebab motor lama dia dah banyak masalah macam kereta aku dulu tu. Kereta dan motor dua dua under nama aku. Sebab aku yang ada lesen motor kereta.

Struggle bermula tahun lepas bulan Dis. Dia accident motor. Agak teruk sampai patah jari kaki. Time tu kami dah plan nak kahwin tahun depan nya tu (2022). Sehari sebelum accident tu kami bergaduh agak besar.

Dia keluar melepak dengan geng geng kerja dia sampai lewat pagi dan aku memang tak berkenan plus pulak ada sorang perempuan yang aku memang tak suka setable sekali dengan dia.

So aku still agak terkilan kalau lah dia dengar cakap aku balik awal mesti dia takkan bangun lambat dan mesti dia takkan hilang mood nak kerja sampai kena langgar.

Tapi aku still husnuzon. Mungkin Allah nak bagi rezeki lain. Tapi sepuluh hari selepas dia accident aku pulak ditimpa musibah.

Rumah aku banjir sampai total lost. Kereta aku sampai sekarang kat bengkel sebab spare part takde. Allahuakbar dugaan betul. Bak kata orang dah lah jatuh ditimpa tangga pulak.

Aku time tu memang dah tahap jatuh tersungkur. Tapi aku bangun perlahan lahan bila fikir duit kahwin dah habis pakai untuk dia survive daripada accident. 8k dah guna. Habis kosong duit dalam acc. Sepanjang aku kenal dia memang takde muncul isu orang ketiga.

Cuma ada beberapa kali perempuan cuba nak tackle dia tapi dia tak endah kan (aku pun ada yang cuba masuk meminang tapi mak aku dah tak nak bakal menantu lain selain dia). Ibu dia meninggal waktu dia masih bersekolah jadi pada mak aku lah dia tumpang kasih seorang ibu.

Aku perhati tahun ni daripada bulan 1 lagi kami kerap sangat bergaduh sampai satu tahap aku buat gila aku drive pergi tempat dia (dalam setengah jam drive jugak lah) pukul 2 pagi sebab nak putus dengan dia punya pasal.

Dia pun dalam phone cakap nak putus apa bagai tapi bila aku datang cakap nak putus betul betul dia tak nak lepas kan aku. Isu aku nak putus tapi dia tak nak ni dah jadi beberapa kali eps jugak lah.

Aku pernah tegur dia benda yang aku tak suka dan dia pun time tu macam faham tapi ending dia keep on repeating the same thing sampai jadi habit dia.

Bila aku tegur dia nanti keluar lah ayat “awak tak boleh paksa saya jadi someone that I’m not”. But then bila aku buat benda yang sama dia tak boleh terima.

Macam mana aku nak buat? Umpama dia buat boleh aku buat tak boleh. Haa kau faham tak?

Contoh lah bila argue dia akan cakap dia buat takpe sebab dia lelaki aku perempuan. Like wtf weh. Aku membesar dengan prinsip gender equality. Aku yang salah ke dia yang salah sekarang ni?

And satu lagi perangai dia yang aku dah tahan lama sgt. Dia merajuk aku sanggup drive datang jumpa dia.

Aku merajuk seminggu aku tak tegur dia seminggu tulah dia buat bodoh. Takde langsung effort nak datang pujuk aku. Busy sgt kerja at least call or text mintak maaf pun dah cukup.

Haa lagi satu lately ni dia buat silap dia tak reti nak mintak maaf. Dia konar balik silap dia tu jadi salah aku. Macam esok kitorang nak jumpa nak double date dengan cousin aku. Aku tanya dia soalan simple nak aku pakai baju apa warna apa. Tu pun jadi topik gaduh.

Aku sekarang take over kedai mak aku jadi aku selalu busy. Dia pun busy kerja. Jadi jarang nak jumpa. Kalau dulu hari hari jumpa sekarang sebulan sekali pun belum tentu dapat jumpa kalau aku yang tak spend time dengan dia.

Aku punya excited nak jumpa dia nak matching baju tapi benda tu jadi gaduh. Kecewa betul aku rasa.

Terus terang aku sendiri tak tau betul ke dia ni jodoh aku. Aku dah buat solat istikarah 3 kali dan setakat ni jawapan semua tunjuk dia. Aku tak tau lah aku goyah jadi was was macam ni sebab setan punya kerja atau memang dia bukan jodoh aku. Aku penat terasa hati.

Aku rindu dia yang dulu. Takde 24 jam untuk aku pun takpe aku faham tapi aku nak rasa aku dihargai lagi sekali. Ni dah bulan Mei tapi saving untuk kahwin still zero. Aku jadi lagi penat. Nak simpan je mesti ada benda lain yang jadi.

Hari tu insaf sekejap lah pasal was was ni lepas kena tarbiah dengan kakak aku tapi rasa tu datang lagi lepas dia buat endah tak endah kat aku. Aku tak tau lah samada aku yang terlebih sensitif atau memang betul dia yang dah berubah.

Sejujur nya aku dah berkali kali tawar hati dengan dia tapi lepas dia nampak aku start berubah mesti dia akan effort buat aku jatuh hati balik kat dia. Banyak kali aku mintak putus tapi dia still tak nak lepas kan aku.

Aku nampak effort dia nak halal kan aku tapi effort dia tu still tak membuah kan hasil lagi. Ya Allah buntu sgt. Aku syang dia tapi aku penat kat tempat yang sama.

Kan tadi aku cakap dia baru accident akhir tahun lepas kan so now dia buat kerja berdua dengan abang dia. Abang dia ni kadang okay kadang k.o. korang paham paham jelah.

Aku malas nak letak label M kat abang dia. So income dia yang 6-7 ribu sebulan dah tak dapat lagi dah since sekarang order tengah susut.

Nak nak pulak income yang tak seberapa tu jugak lah kena bahagi dua dengan abang dia. Bila aku suruh cakap gerak lah solo dia cakap kaki dia still sakit lagi and so on. Aku faham dia sakit macam mana sebab aku pun pernah accident motor patah rusuk.

Tapi kalau layan sakit tu sampai bila bila lah sakit tu tak hilang. Bila aku ajak berurut dia tak nak bagi macam macam alasan. Sama jugak bila aku suruh ambik supplement untuk kuat kan tulang.

Bila cakap dia cakap dia tau lah apa bagai tapi buat nya haram jugak tak berganjak. Suruh rendam kaki tu dengan air panas malam malam pun payah.

Bila tegur jangan manja kan diri dia buat ayat sedih. Pastu bila aku tanya sampai bila nak macam ni dia nak naik angin cakap aku tak faham dia.

Duit motor dia yang sekarang ni pun aku yang kena tanggung sebab dia tak lepas nak bayar on time. Terpaksa lah aku dahulu kan duit aku dulu untuk bayar motor dia. Baru baru ni dia dok cabar aku cari laki lain kalau aku nak jugak kahwin bulan Dis ni.

Aku ni setia dengan dia 5 tahun kang aku betul betul cari laki lain yang lagi better daripada dia daripada segala segi baru dia ternganga.

Mungkin bila dia story ada perempuan nak tackle dia aku respon macam excited (gila tak excited bf kita still hot) dia ingat aku takde market kot padahal dia tak tau dah berapa orang customer mak aku tu datang nak merisik aku.

Kang cerita kang mau duduk kat tepi bucu katil menangis.

Buat lelaki yang macam bf aku tu satu je nak pesan. Gf kau yang ada segala benda ni kau ajak susah dia sanggup susah senang sama sama dengan kau. Kau jangan ambik kesempatan.

Cuba kau letak bakal anak perempuan kau dapat bf lelaki macam kau nanti sebijik macam kau punya perangai kau suka ke?

Lelaki lain berebut nak kan dia nak jaga dia tapi dia pilih kau. Appreciate lah sikit. Tak susah pun. Aku meluah ni sebab aku tak nak tegur dia macam mana lagi dah. Bila tegur mesti jadi punca bergaduh.

Kalau ada tips nak buat macam mana lelaki macam ni tolong lah bagitau aku.

P/s: waktu dia senang dulu memang dia takde berkira dengan aku pasal duit sebab tu time dia susah aku takde berkira dengan dia.

– Yas (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *