Hai assalamualaikum wbt. Saya tak pasti artikel ini dapat disiarkan atau tidak. Jika tersiar terima kasih admin. Saya harap ketika artikel ini tersiar result eg tukar dapat diterima dengan dada yang lapang dan redha
Eg tukar untuk guru-guru bukan asing lagi terutamanya untuk guru yg berduka lara, sakit kronik atau beribu-ribu alasan dan permasalahannya sendiri.
Alhamdulilah saya dapat bertukar ke sebuah negeri yang dikatakan kebal tanpa menggunakan sebarang ‘cable’, suapan mahupun segala sumber-sumber politik, pihak atasan yang saya kenal. Ini bukan kerana saya hebat tetapi Allah yang maha hebat mentakdirkan kehidupan begini untuk saya.
Isu eg tukar bagi masyarakat yang terlibat dengan dunia perguruan bukan lagi asing terutamanya para suami, ibu bapa mahupun sesiapa yang terlibat dengan guru.
Permasalahan yg saya katakan itu ialah masalah yang cukup besar bagi setiap individu. Walaupun ada sesetengah mengatakan itu masalah biasa. Ia tetap bukan biasa bagi sesetengah individu. Bukankah setiap manusia diuji dengan kemampuannya sendiri? Of course sebenarnya dengan izin Allah kita boleh hadapinya.
Ramai guru terutamanya yang berkhidmat di borneo sabah dan sarawak terpaksa menguruskan anak-anak sendiri tanpa bantuan sang suami, menaiki hilux melalui jalan off road atau menyelusuri sungai dengan sampan. Semua ini ialah benar. Sememangnya, the battle is real. Tidak cukup lembaran catatan ini jika saya ceritakan satu persatu kisah rakan-rakan disana tetapi yang pasti kehidupan berjauhan dengan harga tiket yang melambung tinggi setiap cuti sekolah cukup membebankan rata-rata guru disana. Semoga Allah memberikan kekuatan kepada kalian.
Di sini saya ingin kongsikan sedikit tips kepada sahabat di luar sana, antara amalan yang saya amalkan sebelum miracle saya dapat berpindah ke negeri kebal ini tanpa menggunakan sebarang ‘cable’ dan surat rayuan.
Pertama, sentiasa mendoakan kebaikan untuk orang lain. Seberapa banyakpun kesalahan yang dilakukan orang kepada anda sentiasalah mendoakan kebaikan untuk mereka. Maafkan setiap kesalahan serta selalulah memohon kepada Allah swt serta yakin akan kekuasaanya yang apabila berkata ‘kun fayakun’ maka tiada yang mustahil. Saya masih ingat sebelum menyemak keputusan eg tukar saya betul tidak berharap dapat balik ke negeri ini memandangkan saya baru tiga tahun berkhidmat di borneo, saya fikir kalau saya dapat maknanya itu yang terbaik untuk saya jika tidak maka tinggal disini lebih baik untuk saya. Alhamdulilah selepas isyak. Saya membuka link eg tukar terpapar perkataan tahniah. InsyaAllah kalian juga pasti begitu, apabila tiba saat Allah panggil pulang.
Kedua, selalulah menunaikan solat dhuha. Cuba cari waktu untuk tunaikan solat dhuha setiap hari . Kelebihan solat dhuha tidak dapat dinafikan. Jika ada ruang waktu selepas sesi pdp sebelum sesi lain tunaikanlah solat dhuha. InsyaAllah anda akan merasai keajaibannya.
Ketiga, banyakkanlah istighfar memohon keampunan Allah swt. Doa akan lebih cepat tertunai jika kita sentiasa memohon keampunan. Hal ini demikian kerana, musibah terjadi sebagai kifarah di atas dosa-dosa yang kita lakukan selaku seorang hamba yang tidak bersih dari melakukan dosa. Jika sedang memandu, menyapu dan lain-lain cubalah beristighfar.
Keempat, tiga surah yang saya amalkan ialah surah al waqiah, al rahman dan al mulk. Saya percaya anda semua sudah mengetahui kelebihan surah-surah tersebut. Jika tidak bolehlah mencari tahu fadhilat surah tersebut.
Keempat, dua asmaul husna yang saya amalkan ketika itu ialah:
Ya Wahab (Allah maha pemberi) dan Ya Latif ( Allah maha lembah lembut) semoga dilenturkan hati pegawai-pegawai yang sedang menyenaraikan nama-nama yang dapat berpindah. Tetapi ada dua lagi asmaul husna yang baru saya amalkan dan alhamdulilah dengan izin Allah rezeki melimpah ruah kepada saya Allah berikan iaitu ya fattah dan ya razzaq.
Saya terfikir, untuk saya sendiri juga kita inginkan sesuatu, terlalu inginkan tetapi pernahkah kita meminta bersungguh kepada Allah swt . Cukupkah dengan hanya doa di hujung solat waktu ? Atau cukupkah dengan hanya mengamuk, menulis status di media sosial mengatakan ketidakpuasan hati kerana junior dapat ditempatkan di negeri masing-masing.
Sahabatku, maafkan keterlanjuran kata. Setiap yang berlaku baik atau buruk semua dengan izin Allah swt. Tidak semua menggunakan cara yang salah untuk berpindah,mungkin ada segelintirnya .bukankah dunia ini sampai bila-bila tidak akan adil kerana ini bukanlah syurga.usahlah menunjukkan ketidakmatangan kita selaku golongan pendidik. KawAllah kemarahan bukankah orang yang kuat ialah orang yang dapat mengawal emosinya.
Apabila saya berpindah, alhamdulilah saya bersyukur dekat dengan ibu ayah saya.itu nikmat yang terbesar. Tetapi ujian tetap ada, di sini bebanan kerja makin banyak, saya tinggal berseorangan tanpa rakan -rakan yang sangat seronok di borneo, rata-rata di sekolah ialah 35 tahun ke atas dan saya yang paling muda di sekolah tersebut serta lain-lain. Mungkin ramai yang berkata, okey je kalau ujian macam tu berbanding kami di sini kena naik bot, air kotor dan bla bla bla beribu kisah lagi. Yeahhh, the battle is real right.
Believe me,satu hari anda akan rindu . Saya juga rindu sarawak,kaya dengan pelbagai budaya saya rindu mee kolok, kuih tradisional sarawak, ayam pangsuh dan of course anak murid saya yang paling tua mungkin sudah di darjah 3 sekarang. Saya rindu housemate saya yang berpjj selama 6 tahun dan anaknya yang panggil saya mummy, semoga dapat pindah untuk eg tukar kali ni .
Percayalah juga, tiada kuasa di atas dunia ini yang dapat menandingi kuasa Allah swt .jika anda sudah berdoa sebanyak 99 kali untuk berpindah mungkin doa yang 100 kali dimakbulkan. Jangan give up . Fikir positif saya tahu agak sukar, tetapi pilihan apa yang ada selain positif. Semoga ada sinar untuk eg tukar kali ni, dimana kalian berada,kenapa bukan kalian yang berada di sisi tersayang,sampai bila berjauhan jawapan untuk semua itu ada pada Allah swt.
Renungkanlah kembali beberapa waktu dahulu, kalian rasakan kalian tidak dapat lalui kehidupan di sana membawa anak.tetapi tengok kini kalian mampu dengan izin Allah swt. Sentiasa bersangka baik pada Allah kerana Allah menurut sangkaan hambanya.
Semoga dapat pindah sahabatku sekalian, ku tunggu kalian di sini.
Salam sayang,
– Mawar
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit