Ego

Assalamu’alaikum semua. Moga bermanfaat!

Kadang, kenapa kita mudah letakkan kesalahan diri sendiri dekat orang lain? Ataupun, kenapa perlu hukum orang lain berlebihan? Benda benda ni lah yang ligat bermain dalam fikiran sejak dua menjak ni.
Ada segelintir manusia, tak tahu lah samada dia sedar atau tak perna sedar dan mungkin juga dia memang tidak mahu rendahkan ego dia walaupun benda tu sudah terang-terang salah dia.

Macam ni lah. Kau kena ingat, kenapa iblis dan sekutunya terusir dari syurga? Kan Allah sebut dalam Al-Quran. Aba wastakbara. Yang masalah bila manusia ni tidak ambik pengajaran dan still mahu menyambung generasi golongan yang terusir tadi. Itupun kita masih tidak sedar sedar lagi?

Manusia.. Manada yang tidak perna buat silap samada dia sedar atau tidak. Atau mungkin kau sorang saja yang memang tidak perna buat salah? Tahniah sebab boleh book syurga lepas ni.

Bila orang tu salah, kau tegurlah biar dia tahu yang dia salah. Manusia ni kena ada orang yang ingatkan sebab kadang kadang dia tidak sedar apa yang dia buat. Ni tegur pun tidak, kau sibuk jaja cerita salah dia ke sana sini. “penghuni dunia semua, tengoklah apa yang dia buat. Teruk, teruk. Kita tidak patut maafkan dia.”
Fine. Soalan aku, apa yang kau dapat sebenarnya lepas buat macam ni? Lega? Puas hati? Rasa menang?
“padan dengan muka kau, kau mesti tahu kau salah. Aku betul! Biar semua orang tau apa yang ko buat.” Macam ni?

Bila sorang ni buat silap, apa salahnya kau tegur dengan baik. Bawa makan, cerita macam biasa sambil tu kau cakap dengan dia slow slow. Taklah dia tiba tiba melenting kan kalau macam tu. Soal dia terima atau tidak, tu dari diri dia. Yang penting kau sudah lepas dari tanggungjawab kau.
Bagi aku, kadang benda ni susah jugak. Apa lagi bila kawan sendiri. Rasa macam, “boleh ka dia terima apa yang aku cakap ni? Mesti dia marah ni.”

Bercakap dari pengalaman, orang yang salah ni bukan dia tidak sedar yang dia sudah buat salah. Lagi lagi bila sudah ditegur tapi tu lah sebab ego ambil masa sikit mahu terima teguran tu. Yang tak syok, bila dia mula mahu berubah, kau orang sibuk hukum dia macam macam. Ingat orang tiada perasaan? Takkan dia perlu tunjuk dekat kau pulak kan yang dia tengah down. Kau sibuk cari salah orang, macam kau tiada salah. Mana kau mahu faham.
Sudahnya, dia pun malas mahu ambil kisah dan teruskan kehidupan, ikut arus macam biasa. Tu pun kau yang tidak boleh move on, still terhegeh-hegeh cari salah dia. Entah apa yang kau susah sangat mahu faham. I can’t brain this.

Benda ni sebenarnya tidaklah perlu cakap ulang-ulang sebab kita sudah besar. Bukan budak kecik lagi. Masing masing boleh berfikir secara dewasa. Cuma kalau kau mahu sangat menangkan ego kau tu, percayalah kau takkan kemana-mana pun.
Kadang aku terfikir. Kenapa bila orang lain buat dekat kita, dengan mudahnya kita dapat maafkan, move on dan teruskan hidup macam biasa? Tapi kalau kena dekat orang, dia punya susah mahu maafkan tu macam kau buat dosa besar. Bila asyik fikir dan fikir, apa yang aku jumpa “sebab orang lain bukan kau. Kau jangan expect yang semua orang akan sama macam kau”

Teringat kawan perna cakap, Tuhan pun Maha Pengampun. Manusia ni ego, berlagak macam Tuhan bila marah, dendam.
Itulah manusia.
Aku cakap ni pun untuk diri aku sendiri, bukan mahu claim yang aku ni cukup sempurna tapi Allah sebut dalam Al-Quran, “dan tetaplah beri peringatan kerana sesungguhnya peringatan bermanfaat bagi orang-orang yang beriman.” (az-zariyat, 55)

– syaafi

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit