Ego Kami Dalam Perkahwinan

Aku tulis confession ni sebab ada satu benda yang selalu jadi masalah terbesar dalam sesebuah rumahtangga. Bukan orang ketiga, tapi ego.

Panjang tau, silakan skip sebab aku kalau menulis memang berkajang-kajang. Tapi janji, ada perenggan. Huhu.

Korang panggil jela aku Milah. Aku tak pernah ada nickname haha. Usia perkahwinan aku menghampiri 5 tahun dan dikurniakan 2 orang anak. Aku kenal suami aku tak lama pun.

Kami memang sekepala dalam hampir semua benda. Cara kami berfikir sama, lawak kami sama, kalau berborak tak pernah habis (haha) dan dalam erti kata lain, kami memang serasi. Sebab tu kot dia tak ambil masa lama untuk ajak aku kahwin dan aku terima dengan hati terbuka. Huhuu.

Sebelum terlupa, aku surirumah dan suami aku kerja dalam bidang professional. Aku berhenti kerja selepas berkahwin atas kehendak aku sendiri.

Cukup aku cakap isu kewangan bukan satu masalah dalam rumahtangga kami. Segalanya suami aku sediakan cukup. Alhamdulillah.

Berbalik kepada tajuk confession ni, ya, kami ada satu ego yang sama. Kat atas kan aku cakap yang kitorang sekepala? Sebenarnya, aku perasan yang kitorang ada satu ego iaitu, masing-masing tak reti nak mengaku salah. Masing-masing taknak mintak maaf,say “sorry”.

Kebetulan pulak, dalam keluarga kami, tanyalah ” Dalam ramai-ramai adik beradik, siapa yang paling keras kepala?” Aku jamin nama aku & laki aku akan naik. Camtu..

Banyak la kisah perselisihan faham antara aku dan laki aku ni. Kalau cerita tak habis. Biasanya, aku kalau terasa aku akan diam. Buat silent treatment kat dia. Dia pun diam malas nak pujuk.

Pernah la dia marah aku bila aku senyap membisu sebab merajuk. Tanya apa masalah aku? Mogok tak nak makan konon. Aku end up nangis je weh. Tapi aku nangis bukan sebab aku lemah tapi dalam otak aku ligat je nak melawan.

Tapi aku tahan mulut aku dari berkata-kata sebab aku tak jumpa ayat yang manis untuk diluahkan. Baik aku diam kan?

MOST of the time, cara dia nak pujuk aku yang aku perasan, dia ajak keluar jalan-jalan. Tak kisah la keluar berjalan beli barang keperluan ke, beli kopi tepi jalan ke, pusing-pusing naik kereta ke.

Bawak anak pergi playanground ke.. Nanti tiba-tiba elok la aku. Belum pernah lagi dia pujuk tetiba bagi bunga atau ajak bercuti. Hahah.

Kalau tak pun, malam sebelum tido waktu masing-masing sibuk atau pura2 sibuk main fon tanda tak mempedulikan pasangan (haha) kalau tak aku yang akan tiba tiba datang menyelit bawah ketiak dia, dia yang akan panggil aku cakap “jom peluk”.

Selalunya macamtu jela cara kitorang bermaafan. Benda boleh settle.

TAPI, baru2 ni ada beberapa insiden yang buat aku aku fikir hala tuju perkahwinan ni. Aku mula fikir betul ke keputusan aku kahwin dengan laki aku ni. Kenapa aku rasa aku tak cukup kenal dia?

Puncanya, dia mula menengking-nengking seremeh-remeh benda.Lupa aku nak cakap, laki aku ni walaupun kadang gurau kasar, muka bengis (haha), tapi tak pernah tinggikan suara dekat aku. Naik tangan apatah lagi.

Cuma beberapa bulan kebelakangan ni, aku perasan dia kerap menengking sekecil-kecil benda. Aku silap sikit, tinggi suara. Aku sembang salah time, tinggi suara. Aku memang terasa hati betul la cerita dia. Dahla aku duduk rumah je, dia jela tempat aku nak bercerita.

Tu pun nak kena ada appointment ke? Tapi aku diam dan buat2 biasa je la. Pura-pura tak ambil hati sebab aku malas bergaduh dan fikir mungkin aku yang kuat sentap. Faktor hormon ke ape…

Ada sekali tu, dia balik kerja lewat. Hari-hari pun lewat sebenarnya sebab jarak antara office ke rumah tu ambil masa sejam lebih kalau tak jem. Kalau jem tu lagi lah lama. Aku memang kesiankan dia, keluar awal pagi, balik dah cecah waktu isya’.

Setiap hari. Ni kerja baru dia, company ternama dan masih dalam probation period. Dia terima sebab peluang ni bukan senang nak dapat, sanggup lepaskan job yang boleh fully work from home, yang ada masa lebih untuk keluarga, yang pagi tak perlu tergesa-gesa.

Hampir setiap malam boleh jenguk parents yang tinggal berdekatan. Semuanya demi pengalaman, dan gaji la ofkos haha.

Laki aku ni family man orangnya. Rajin bawak anak bini jalan-jalan, bukan jenis melepak dengan kawan. Dan aku tak pernah halang ye.

Sesekali nak keluar dengan kawan ke, silakan. Nak bawak parent dia jalan-jalan tanpa aku pun aku okay je. Sebab bagi aku dia dah cukup adil bahagikan masa untuk aku anak beranak.

Kadang dia cakap aku halang dia jumpa kawan. Aku jawab je puiii ko tu yang introvert takde kawan nak salahkan aku pulak. Haha.

Dan dia jugak seorang yang berdedikasi dalam kerja dia. Aku respect dia bab ni. Tapi aku tak pernah cakap kat dia sebab aku malas puji dia sebab nanti dia balas “tell me something i dont know”.

Dia ni belajar tak tinggi, tapi sebab dia rajin & tau apa dia nak dalam hidup dia, aku bangga dia boleh berjaya sampai tahap sekarang ni. Aku sebagai isteri boleh doakan dan dengar jela luahan dia pasal kerja.

Macam langit dengan bumi la dengan bidang yang aku ambil dulu, tapi apa dia cerita, aku layan. Apa masalah dia, aku dengar jela. Sesekali aku selit soalan, kadang tumpang menambah perisa je.

Sedikit sebanyak ku tahu la apa masalah tempat kerja baru dia ni. Senang cerita mengikut kata dia, toxic.

Bila dia mula tinggi suara dalam situasi yang bagi aku punyalah remeh ni, aku dapat agak dia terbawa-bawa dengan environment kerja dia.

Padahal sebelum ni dia selalu cakap dia takkan libatkan hal kerja dengan hal kat rumah. Stress macammana pun dia akan happy2 je dengan aku & anak2. Asssembang je dia ni. Tapi aku diam jela. Bagi masa dulu.

Satu malam tu, dia balik kerja macam biasa la dah gelap baru balik. Anak -anak aku jenis tidur petang dan lewat. Biasa la, bawakla naik masuk bilik awal macammana pun, lewat jugak tidurnya.

Aku tau tak elok tidur lewat petang tapi budak-budak ni tidur lewat meragam,tak tidur lagilah meragam. Sibuk main. Bila dah tidur lewat petang, bangunnya meragam menangis la.

Yang adik macamtu, yang abang macamni. Aku dengan nak masak dinner lagi. Dengan nak uruskan anak-anak lagi. Anak menangis2 aku pun nak menangis sekali sebab serabut sangat.

Bila dia settle dinner, aku uruskan anak lagi. Masa kejadian ni, anak aku yang kecik tu kuat pulak meragamnya. Bila aku mandikan yang abang, si adik menangis-nangis nak aku.

Laki aku masa ni buat tak dengar je tangisan tu. Dia boleh bancuh kopi pastu duduk kat meja makan sambil scroll fon. Bengang betul aku.

Tapi aku diam walaupun hati,hmmm.

Bila masuk bilik tidur, aku tukarkan pampers si abang kot. Nak pakaikan baju, seluar. Adik ni masih nakkan perhatian aku nak menyusu.

Aku susukan adik. Mintak tolong laki aku pakaikan baju & seluar sebab sejuk. Bilik beraircond. Aku bukan saja2 nak dia pakaikan baju masatu jugak, tapi sebab adik ni jenis menyusu lama.

Kesian la abang tu kesejukan. Dia tengking aku. Padahal punya lembut aku mintak tolong masatu. Macam susah sangat je permintaan aku.

Aku tak ingat kenapa aku turun bawah sambil dukung adik, yang abang boleh dibiarkan ikut aku dengan seluar baru tersarung separuh kat kaki dia. Ya Allah.. sampainya hati.

Malam tu aku tak boleh tidur. Aku nangis dan menangis sebab aku terasa sangat. Kecewa betul rasanya. Being a typical childish person, aku block dia kat wassap. Hahah.

Tapi adela 10 minit kot? Aku unblock dia balik sebab macam tak menyelesaikan masalah pulak. Aku bukan nak merajuk atau nak perhatian dia, tapi nak settlekan masalah je sekarang ni. Macamtulah aku fikir masa tu.

Aku taip wassap panjang ke dia. Tanya kenapa dia lately kuat menengking. Tinggi suara dekat seremeh-remeh hal. Aku admit jugak aku pun ada salah, tapi kali ni aku cuma nak kepastian kenapa dia dah tak macam dulu?

Dari seorang yang tak tinggi suara boleh berubah macamni. Tinggi suara depan anak-anak. Aku cakap, lepasni tak mustahil akan tinggikan suara kat aku depan orang.

Panjang lah aku taip. Siap detail lagi ayat dan lokasi dia tinggi suara tu biar dia ingat dan bukti aku tak reka cerita/play victim…

Last aku cakap “kalau dah tak suka saya, bagitau apa yang saya perlu buat. Dan abaikan wassap ni kalau awak rasa benda ni sampah” Aku sent tengah malam,esoknya dia keluar bilik nak pergi kerja macam biasa.

Aku wassap panjang2 ni bukan selalu. Bila aku ada tak puas hati kat dia je. Jenis tak reti luah depan2. Dia pun selalunya aku tulis panjang2 pun dia bluetick jela. Maleh aku.

Aku tak expect pun dia reply ke apa. Jangan2 dia block aku hahaha. Pagi tu aku buat rutin biasa jela uruskan anak2. Dengan mata bengkak banyak nangis campur dengan tak cukup tidur.

Aku tengok wassap tu, dah bluetick. Sesekali aku cek wassap, kot la dia ada hantar apa2. Sunyi je ye..

Sampailah waktu lunch hour dia, dia reply. First time dia taip panjang jugaklah. Tau apa ayat first dia?

“Saya mintak maaf. Salah saya”..
.
.

Banyak kali aku baca ayat tu. Tiap kali aku baca, aku nangis. Baca lagi, nangis. Aku tak sangka betul dia akan reply macamtu. Jangan salah faham wahai kaum Adam, aku nangis bukan nangis tanda kemenangan sebab apa yang aku cakap kat dia tu semua betul.

Perempuan pun ada salah dan aku awal2 lagi dah mintak maaf kat dia dan admit kesalahan aku. Contohnya aku tau lelaki tak suka perempuan yang merajuk pastu jenis buat silent treatment mcm apa yang aku selalu buat. Tapi aku buat jugak. Haha.

Bezanya kali ni, aku betul2 nak kasi settle la cerita dia. Aku senyap, dia buat bodo, hal tak settle, aku tak puas hati, last2 anak jadi mangsa baran aku. Menyesal betul rasanya. Jiwa aku jugak yang tak tenteram.

Dia terus request leave yang lama sikit sebab belum pernah bercuti lama sejak masuk kerja baru ni.

Anak aku pelik je tengok aku nangis meleleh2 air mata. Pastu sambung ikut dia menyanyi. Tapi sambil menangis! Masatu apa yang aku rasa, lega-selenganya sebab macam dah berjaya pecahkan tembok yang paling tingggi dalam relationship ni iaitu ego kami.

Aku reply la wassap dia tu, minta maaf salah aku dsb. Dia balik kerja, kitorang buat macam biasa je. Layan anak, makan sama2. Buat macam takde apa yang berlaku.

Bezanya sekarang, dia dah makin rajin membantu semampu dia la. Aku pun takde la nak ambil kesempatan ke apa. Kalau anak menangis masa aku mandi/ masak, dia tolong ambil anak tu.

Si abang tak dengar cakap aku, dia tolong haipp kan dan suruh ikut arahan aku. Terus helokk je dengar cakap kalau ayahnya suruh. Cis.

Cuti yang dia ambik tu pun kami cuma jalan2 dekat je. Bawak anak-anak jalan, makan2.. Duduk rumah masak sama2. Tidur sekeluarga puas2…

In return, aku lebih terbuka untuk dengar arahan & nasihat dia la. Takde marah2 sebab serabut aku dah kurang. Dia dah tolong aku, aku sempat la nak offer urut badan dia, buatkan air etc. Takdela kalau aku sorang sibuk settlekan anak sana-sini,bila masanya aku nak layan suami. Fair kan?

Dia pun dah dapat offer kerja baru. Dengan harapan boleh lari dari toxic environment. Alhamdulillah..

Oklah, kebas tangan aku menaip. Aku harap kalau ada yang sudi baca , dapatlah apa yang aku cuba sampaikan. Ambil yang baik, tinggalkan yang buruk. Bye.

– Milah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *