Ego Lelaki

Assalamualaikum semua. Pelbagai kisah hidup saya baca di sini. Kali ini saya terpanggil untuk meluah di sini. Bukan untuk perhatian tetapi cuma sekadar berkongsi rasa.

Saya berkahwin atas perkenalan keluarga. Namun tak semuanya perkenalan keluarga mencapai bahagia hingga akhir hayat. Kami bercerai hidup atas sebab2 tertentu yang tidak dapat saya nak huraikan di sini untuk menutup aib bekas suami.

Mula2 perceraian saya fokus pada membesarkan anak2. Hati kosong untuk terima lelaki dalam tempoh lebih kurang 2 tahun.

Hati ini milik Allah. Saya berkawan dengan ofismate saya. Dia lebih muda dari saya. Bujang. Kenal dah lama dari mula dia masuk kerja. Cuma sebelum tu dia cuma sebagai ofismate macam kawan2 yang lain.

Tiba satu masa kami jadi rapat dan ke arah yang lebih serius. Dia boleh terima saya seadanya dan anak2. Keluarga beragama.

Masa mula2 nak ke arah yang lebih serius saya terfikir juga akan penerimaan keluarga dia terhadap saya, dengan status ni. Sekarang dah dah nak 2 tahun berkawan.

Alhamdulillah ada perancangan ke arah yang lebih serius, walaupun mula2 penerimaan keluarga dia agak berbelah bagi.

Apa yang saya cuba nak kongsikan di sini adalah perangai ego dia. Masa mula2 berkawan dalam sebulan dua dalam proses kenal memang nampak soft spoken sangat2. Dah beberapa bulan selepas tu kalau bergaduh macam2 perkataan kesat keluar.

Selalunya saya lah yang mengalah dalam perhubungan ni. Bermacam cara saya buat untuk pulihkan keadaan. Itu pon masih kena marah lagi. Kadang2 hal remeh temeh pon saya kena marah berhari2.

Sebagai contoh di pejabat kalau saya tegur biasa jer dia pon boleh jadi hal. Walhal sebelum tu ok jer. Kadang2 tegur atau tanya perkara biasa jer pon.

Apa yang dia fikirkan adalah takut orang lain akan fikir lain. Padahal orang lain tak fikir apa. Cuma dia jer terlalu overthinking. Kadang2 tak pasal2 kena marah benda yang tak sepatutnya.

Bila dah bergaduh kadang saya lembutkan hati wasap atau tegur cara baik. Tapi buat saya macam tak wujud.

Hadapan kawan2 cakap dengan saya bukan main baik lembut. Ibarat pijak semut tak meninggal dunia. Tiba2 kang dia wasap marah2 tiba keluar kau aku semua. Tu belum perkataan lagi saya tak mampu nak sebut kat sini.

Ikut sejarah dia dulu pernah berkawan dan ada nak kahwin dah pon tapi tak menjadi. Mula2 fikirkan ex dia yang jahat tapi bila fikir2 balik mungkin dengan ego panas baran dia ni lah buatkan dia ditinggalkan.

Bukanlah salah perempuan tu. Kali ni bila saya boleh terima seadanya harap lah berubah cuba perbaiki. Tapi lama2 saya banyak makan hati banyak pendam.

Kadang2 saya tak puas hati tapi bila diluahkan pada dia, dia pulak yang melenting saya pulak yang kena marah. At last saya pulak yang dipersalahkan. Seolah2 dia tak pernah buat silap. Seolah2 saya tidak boleh nak meluah apa yang saya tak puas hati.

Kadang fikir bila tak puas hati baik diam baik pendam dari luah kang saya juga yang kena marah saya juga yang salah.

Kadang2 saya rasa nak tamatkan semua ni. Biarlah saya hidup bahagia cuma dengan anak2 tanpa rasa sakit hati. Mungkin nak move on tu agak susah sebab kami satu pejabat. Elak macam mana pon tetap berjumpa.

Ni kalau dia terbaca apa yang saya luahkan ni harap dia sedar. Ego ni boleh. Semua orang ada ego. Cuma saya ni masih boleh bertahan.

Dan andai kata satu hari nanti saya tak boleh nak tahan lagi saya akan hadi benci selama-lamanya. Saya boleh buat apa sahaja usaha supaya dia lenyap dari hidup saya. Bayang pon saya tak boleh nak tengok nanti. Memang akan buang terus.

Masa tulah saya nekad dan takkan patah semula walau apa pon ganjarannya.

– Nur (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *