Assalamualaikum.. Namaku Bunga. Sudah tentu bukan nama sebenar.

Aku sudah berkahwin hampir 20 tahun. Dikurniakan 3 orang anak. Umurku 45 tahun, manakala suamiku 3 tahun lebih tua dari aku.

Mungkin usia perkahwinan yang sudah lama sedikit sebanyak menyebabkan aku dan suami renggang.

Kami akan bergaduh walaupun benda itu sekecil kuman. Gaduh, gaduh, dan gaduh.

Jika bergaduh, suamiku lebih sukakan ‘silent treatment’. Dia akan berdiam selama mana yang dia mahu. Biasanya aku akan mengalah, dan memujuk dia untuk berbaik..

Terlalu jarang untuk aku dengar perkataan maaf dari dia. Dia akan rasakan dia layak untuk menang dalam segala hal kerana dia suami.

Aku pula jenis yang cepat naik angin. Pantang gaduh, aku akan tinggikan suara. Kami pernah bertekak sampai jiran jiran boleh dengar.

Suamiku bukanlah orang yang romantik. Tidak ingat harijadi, tidak ingat anniversary. Itu tersangatlah biasa.

3 tahun pertama memang la aku merajuk. Tapi merajuk pun tak guna, dah la tak dipujuk, tak ditegur berminggu minggu itu biasa.

Nak berpegangan tangan di khalayak ramai? Mimpi!

Katanya tak elok. Kemesraan hanya apabila berduaan.

Bab tu aku faham, cuma kadang-kadang bila aku terpegang tangan dia, dia akan cepat-cepat tarik. Macam najis je rasanya diri ni.

Tapi, tak guna nak merajuk pun.. memang takkan dan kempunan untuk dipujuk.. hahahaha (gelak geram)

Akhirnya, setelah terlalu lama dibiasakan dengan ‘latihan mental’ itu. Hati aku jadi keras.

‘Buatlah silent treatment selama mana yang kau nak, aku akan ikut rentak kau’

Aku mungkin isteri derhaka. Tapi aku pernah cuba jadi baik. Aku ajak dia bincang elok-elok.

‘Kalau abang nak Bunga jadi isteri mithali, abang kena la layan Bunga baik-baik juga..’

Dia jawab yang isteri tak layak tetapkan syarat. Tugas isteri mentaati suami. Tiada istilah suami derhaka katanya.

Kenapa aku bertahan?

Sebab dia adalah ayah yang baik. Apa saja demi anak dia sanggup buat.

Aku berjanji pada diri sendiri, biarlah aku tak bahagia.. yang penting anak-anak aku cukup kasih sayang dari ibu bapa mereka.

Aku langsung tak pernah cerita masalah rumahtangga aku kepada satu makhluk pun. Aku cuma mampu mengadu pada Allah.

Bayangkan, jika hampir 2 bulan tidak dihiraukan hanya kerana kami tidak sependapat tentang artis yang curang.

Aku katakan yang artis tu tak patut buat begitu. Tapi dia berkata sebaliknya. Dia kata ‘suami takkan curang kalau isteri sempurna’.

Kenapa perlu dia berbeza pendapat walau sebodoh mana pun topik tu?

Kadang-kadang aku harap dia akan jawab, ‘hah.. betul la tu’. Tapi tidak dan takkan. Dia tetap akan mencari pendapat yang bertentangan.

Mesti korang pelik kan? Adakah suami yang mampu bertahan tak sentuh isteri dia berbulan?

Ya, dia sangat mampu. Nak kata dia ada masalah batin, tidak juga. Dia sangat normal bila kami dalam keadaan baik. Cuma bila gaduh, egonya sangat tinggi.

Sekarang ni, kami dalam silent treatment yang sangat panjang. Rasanya sudah hampir 3 bulan.

Hanya kerana salah faham satu petikan akhbar. Percanggahan pendapat yang dia langsung tak boleh terima. Kelakarkan?

Dia akan bersuara jika hanya melibatkan anak-anak. Selepas tu, kami seperti dua insan yang saling tidak mengenali.

Apa perasaan aku? Sebenarnya aku ada perasaan excited meneruskan ‘eksperimen’ ini.

Aku nak tahu sejauh mana dia akan bertahan. Sebab dah terlalu lama aku ‘manjakan’ dia dengan pujuk rayu. Kali ini no more.. apa nak jadi, jadilah..

Itu sajalah buat kali ini. Terima kasih admin beri peluang untuk aku luah di sini. Rasa ringan sikit beban ni. Alhamdulillah..

– Bunga (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

2 Comments

  1. Pengalaman yang sama alami beberapa tahun yg lps.. dan skrg saya sudah ‘bebas’, krn saya sudah pon dilepaskan.. sya bkn nk ‘suruh’ n ajar puan supaya ‘derhaka’ kpd suami, atau pon bercerai.., tp mngkin itu yg ‘terbaik’ buat kami.. mse tu, spt yg puan cerita lah, perkara yg kecik pon bule bwak utk ‘bergaduh’ berhari2.. perangai “ego” dua ni akn menjadi bertambah lg, jika di hdpn ibu atau kluarganya.., sampai tahap rse nk ‘pecah dada’ krn menahan leteran nya di hdapan mrk.. yg peliknya, hampir semua prkara dia akn ‘bangkang’ dan nk kita ikut ckp dia 100%.. pernah satu ketika dlm perjalanan ke kampongnya, dia tegur saya, knpa pakaikan ank pompuan dgn gaun (skirt) & ank lelaki dgn sluar paras lutut.. sya ckp la, kan musim panas ni, (waktu tu la), lg pon waktu tu musim raya, biarla sbb nk pegi berjalan raya jugak nt.., tp dia kata x sesuai pkai mcm tu, lgi pon dia nk singgah kenduri di rumah saudaranya.. sya mula lah ‘hangin’, sbb mse di rumah x sebut apa2 pon, sya sruh dia berhentikn kreta, dan kbetulan dia berhenti di hdpn sebuah kedai di satu kampung (sebelom sampai ke kampung nya), di situ dia sambung ‘berleter’ dan sya terus ambil baju ank2 d blkang bonet kreta dan tukarkn pakaian mereka.. sampai di rumah mak dia, masih berleter psal topik yg sama, sampai sya rse mcm nk pitam dengar.. sepanjang berada di sana, sya x bercakap sepatah haram pon, dgn dia atau pon kluarganya.. kmdn dlm prjalanan blk ke rumah kmi, skali lg bergaduh n skali lg sya sruh dia berhentikan kreta n saya naik bas yg kbetulan berhenti di tepi jln tu, hingga sampai blk ke rumah.. sampai ke rumah, mmg ‘perang besar’ la, dgn ank2 pon mnangis.. sbenarnya bnyak lg kejadian2 gaduh antara kmi yg mcm x msuk akal puncanya.. sehinggala sya dah x thn n mohon utk bercerai.. pdhal saya dahulunya seorang yg ‘lembut’ dan x pandai ‘melawan’, tp bla dah kna ‘provoke’ hari2, bule kalah singa yg garang.. lol.. perasaan saya slepas diceraikan..? Rse lepas beban ‘batu’ yg menekan hidup sya selama ini.. skrg kmi fah ikut haluan masing2 dan dia dah dpt pasangan yg baru.., nk ‘cemburu’, sorry la, malah sya rasa ‘simpati’ pulak dg org yg aln jd ‘mangsa’ dia.. saya..? Masih tetap begini, ‘single’ n bebas.. pon saya masih ‘fobia’, dgn perangai my ex, w/pon ada je yg nk ‘cuba nasib’.. sorry, mngkin belom terbuka hati ini.. cuma bezanya dgn puan, dia bkn juga seorang bapa yg baik, mngkin itulah puncanya sya benar2 ‘nekad’ utk berpisah.. so, kpd pasangan yg ‘similar’ dgn saya, x berbaloi nk tunggu lma2, sbb x berbaloi pon sbenarnya, unless u ol rse masih mau bertahan.. wallahu a’lam bissawab

  2. puan kan dah kahwin cecah 20 tahun.. dah lama usia perkahwinan, rasanya banyak sangat dh pengalaman, tapi bab nak pegang tangan di khalayak ramai tu sy setuju dgn pendapat suami puan, tak elok sebenarnya.. kita ni orang dah kahwin nak manja nk romantik patut kat rumah je(bukan utk tontonan org ramai).. bukan sebab tak romantik ke apa, ni dalam agama pun dah diajarkan. Walaupun sy kahwin baru usia tak sampai 5 tahun, sy pun malu sebenarnya nak manja2 depan orang :)

    Pasal hubungan kelamin tu, sebaiknya puan bincang la dari hati ke hati dgn suami puan. Kot si dia ada masalah ke apa kan. Puan je patut tahu benda tu. Masalah kita ngan suami janganlah sesekali cerita kat orang luar. Banyak buruknya dari baik.. Habis aib terbuka nanti.

    Lepastu lepas ni tak yah la nak bincang pasal artis ke ape ke yang remeh temeh dah tahu suami puan tu tak sefahaman pemikiran ngan kita ni kan. Elakkan lah benda yang boleh rosakkan hubungan rumah tangga kita ok. Lagipun kita tak perlu pun nak ulas2 benda macam tu.. hanya sekadar baca dan abaikan je isu2 macam tu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *