Eh, Raya Ke Tahun Ini?

Orang kita selalu dimomokkan dengan ayat “kalau bukan tahun ini mungkin tahun depan dah tak ada.” Namun musim COVID19 pun masih juga guna ayat tersebut. Aku langsung tak boleh nak hadam.

Raya dalam virus COVID19 masih berlegar bebas, masih nak kata anak-anak perlu balas jasa mak ayah. Pulanglah ke kampung jenguk mak ayah. Menempah maut ke atau memang menjemput maut??

Semua perayaan hanya ada setahun sekali even kau punya birthday pun setahun sekali. Tapi kenapa yang sekali tu kau nak bersungguh-sungguh sangat? Masih banyak hari lain, kenapa waktu raya tu jugak kau nak korek segala isi perut untuk 1 hari tu.

Seperti sedia maklum, Raya Aidilfitri adalah meraikan hari kemenangan kita beribadat dengan lebih bersungguh-sungguh sepanjang bulan yang Allah bagi pelbagai ganjaran dalam kata lain hadiah.

Hari raya hari untuk bersyukur atas nikmat yang telah Allah kurniakan. Cukup buat yang wajib dan sunat. Sedangkan takbir raya pun habis selepas sudah solat sunat raya.

Bukan nak berkumpul sanak saudara melepaskan rindu yang konon lama terpendam. Itu semua adat melayu semata-mata. Nak nak waktu MCO 2 bulan ni la nak cakap pasal berbakti kepada mak ayah, balas jasa bla bla bla.

Intro beremosi aku ni adalah sebab, aku menyampah dengan keluarga mertua. Keluarga aku chill je bila PM kata tidak dibenarkan merentas negeri atas alasan untuk beraya bagi mengelakkan virus merebak. Aku pun tak ada nak sedih ke apa. Padahal tiap tahun kami raya memang ala kadar je.

Adik aku setahun sekali je balik sebab dia kerja crew kapal. Balik pun tak kena waktu raya. Mak aku pun takde nak sedih menangis geng tak cukup korum.

Aku sejak lepas kawen ni, lepas abah meninggal, tak ada nak demand baju lawa-lawa, kasut beg mahal. Cukup sekadar ada. Cuma family mertua lak demand lebih. Suami aku anak bongsu dari 2 beradik.

Kerja biasa di ibu kota dengan gaji RM3000. Aku ada bisnes servis yang income cukup-cukup makan. PKP ni 90% pendapatan aku hilang. Tapi orang tetap nampak aku mewah padahal itu barang zaman tengah masyuk dulu dulu.

Sejak abah meninggal, sales aku drop last dapatlah cukup makan. Nak bermewah jauh sekali. Suami aku selaku anak lelaki tunggal, mesti mak ayah amat mengharapkan setiap ringgit dapatlah mereka rasa.

Namun, akibat layanan raja sejak kecil daripada mak ayah nya, dia jadi tak reti nak built up his own personality. Takde pendirian, takde vision. Hanya lalang.

Lepas kawen, dia seolah-olah orang yang baru lahir ke muka bumi. Nampak sangat die ketinggalan semua benda. Baru boleh berpijak di kaki sendiri. Baru boleh buat keputusan sendiri. Fikiran dia lebih terbuka dan boleh pergi jauh.

Mungkin sebab aku sendiri caca marba orang nya buatkan otaknya lebih aktif. Tapi bila melibatkan mak ayah nya, langsung tak pandai nak kata tidak. Dia takkan menolak. Takut atau hormat sikap macam tu?

Walau bagaimnana pun, dia ni seorang yang berubah-ubah. Bila ngan aku jadi macam ni, ngan ofismate macam tu, ngan mak ayah macam ni, dengan keluarga aku lain pula. Kadang-kadang susah nak ramal diri dia.

Back to topic, since PM umum tak boleh balik kg, aku dah plan persiapan raya kat perantauan. Lagipun pakcik2 aku ramai kat sini. Takde pishang sangat raya nanti. Mak aku pun dah faham aku ni rapat macam mana ngan pakcik2 aku ni jadi dia pun tak kisah aku balik ke tidak.

Lain pula dengan keluarga suami. Pakcik2 dia dah cabut balik kampung sejak cuti sekolah lagi. Dan, amat jarang kami pergi rumah mereka kat sini.

Entah lah, kekok bile bertandang. Suami aku pun bukan jenis ramah. Nak harap aku ramah, aku pun tak biasa nak menyembang kalau tak rapat. Bimbang over lak mulut ni.

Sebab menurut cerita kakak nya, suami aku ni budak yang sangat behave. Berkepit dengan mak walau ke mana-mana. Lifeless lah juga zaman kecil. Bila dah besar ni dia agak lurus. Kalau gurau lebih cepat je dia melenting.

Sifat keanakan tu masih ada walau umur dah cecah 30 series. Dan tahun ni adalah tahun pertama kami beraya jauh. Sepanjang ramadan ni, mak dia asyik nangis bila call anak bongsu nya ni.

Tapi, dia tak call anaknya, dia cuma luah pada anak sulong, abang ipar aku. Then abang ipar aku akan text bagitahu keadaan kat kampung tu. Kadang aku jadi stress, macam aku lak punca anak die tak boleh balik sambut ramadan kat kampung.

Ayah dia pun sama. Asyik duk tanya abang ipar pasal anak bongsu. Come on, rindu call lah! Takkan aku nak jadi perantara selamanya. Aku pun ada hal aku ada masalah aku nak fikir. Bende ni bukan saje saje taknak balik kampung. Ni sebab virus lahhh!! Allah tak paham lah aku pun.

Mak dia asyik cakap ada orang selalu ulang alik balik kampung sejak PKP ni elok je tak kena tahan. Aku jawab la, anak dia ni kerja. Kang balik kampung, tak dapat balik masuk kerja semula naya lak kami nak kena makan pasir.

Ada kerja sekarang baik perform bebetul. Sekarang semua company sensitif. Buat masalah sikit, kau cari penyakit, bos boleh buang macam tu je waktu waktu ekonomi tengah sakit ni. Mak dia jawab macam memahami, tapi bila ngan abang ipar kata lain pulak.

Tak kira ayah lagi. Duk up status FB pasal bakti kepada ibu bapa. Waktu raya je ke kena balik. Waktu raya je kena bersama keluarga. Tapi kenapa masa COVID19 ni baru nak cakap pasal tu???

Arghh stress aku!! Kalau aku tak payah fikir takpe. Ini suami lak dia buat serabut fikir macam mana nak balik raya nanti. Paksa kita lak suruh fikir. Aku dah malas nak fikir pasal ni.

Dah redho. Sejak kawen tak ada nikmat raya dah aku rasa. Mana tak nye, pergi beraya 2 3 buah rumah, balik rumah, salin baju, lepas Zohor tidur sampai pukul 5 6 petang. Bangun tidur makan lagi, beraya rumah sebelah, tidur laa sampai esok pagi. Ini kau kata raya?

Bila aku ajak beraya belah mak aku, dia buat perangai lah kata aku punca dia tak dapat raya ngan mak ayah dia. Bila aku balik rumah mak aku sorang-sorang pun dia buat perangai. Itu pasal aku tak kesah takde raya tahun ni.

Jadi, sebagai merawat rindu aku pun usahakan la baju raya sepasang untuk mak ayah dia. Eh, bila aku ajak pergi cari nak post, dia jawab aku boleh pergi sendiri. Mana tak hangin aku nih. Mak ayah kau aku lak kena perah tenaga! Kau goyang k**e je ke!! Dia sorang je la puasa tahap syurga!

Balasan nye aku pun buat tak tahu la pasal baju raya. Aku diam je takde nak tanya dah. Sampai la dia tanya aku, dah setel ke baju raya mak ayah? Aku jawab la belum. Dah orang tak nak tolong cari sekali. Nak setel celah mana.

Memang tone agak negatif. Tambah2 sekarang ni cuaca panas lain macam. Lapar dan dahaga tanya soalan tak bertapis. Mendapat la jawabnya. Suasana jadi tegang. Dia suruh aku cari online. Masalahnya online semua cutting bentuk pinggang. Mak dia tak pakai macam tu.

Yang iklan baju flowy berlapis pun kebanyakkan dia dah ada. Jadi terpaksa la aku walk in kat kedai. Tapi disebabkan ni untuk mak ayah dia, aku taknak letih sorang-sorang. Dah serik. Sebab at the end takde orang hargai pun peluh aku tu. Kritik lagi ada.

Last post barang 18 mei. Kalau dia pun buat keras, aku malas dah. Lantak la nak kata aku menantu tak ingat ke keluarga mertua ke apa. Aku dah buat bahagian aku. Bila aku cerita perihal dia kat abang ipar atau mak dia, takde nya dorang nak backup aku.

Dorang boleh kata lak sabar lah. Nak wat macam mana. Kena hadap lah dah jadi suami. Aku macam eh, aku lak kena menanggung. Kurang-kurang nasihat lah anak ni. Tegur atau pesan lah sikit. Bukan biar je.

Maaf panjang luahan kali ni. Aku suka dengan kata kata yang dipetik dari FB, “cuba jujur pada diri sendiri dahulu sebelum cuba untuk jujur pada orang lain.”

Ibarat, kau tahu virus COVID19 boleh melekat pada diri sesapa, dan kau balik kampung walau kau tahu kau akan jangkitkan atau dijangkiti dari orang lain, tapi sebab kau tipu diri kau sendiri, kau redah balik juga. Bende tak nampak, kita boleh kata apa lagi selain hindarkan diri dari orang yang berisiko.

Mak ayah tu bukan sihat sangat. Sedangkan orang yang tak bergejala boleh positif, inikan orang yang lemah imunisasi badan. So korang boleh la fikir lagi sekali. Yay or nay nak bawak virus ni hadiah untuk orang kampung?

Terima kasih atas nasihat nasihat tuan puan. Selamat mengejar malam lailatul-qadar. Moga kita sentiasa dipelihara iman dan berkesempatan jumpa malam mulia.

– Wawa (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *