Assalamualaikum. Hi, saya Cempaka. Terima kasih admin kalau kisah saya ni disiarkan. Cuma kisah luahan perasaan dari saya selepas beratus permohonan kerja telah saya hantar tapi takda pun yang sangkut.
Saya memiliki ijazah kelas pertama dalam bidang Komunikasi dan Media dari salah sebuah universiti di Selangor. Tamat belajar pada awal tahun lepas.
Sejak dari saya dalam tempoh latihan industri saya dah mula hantar permohonan kerja dan sehinggalah sekarang saya masih lagi menghantar tapi takda satu pon yang sangkut. Kadang-kadang ada rasa nak give up tapi saya motivasikan balik diri, mungkin takda rezeki saya lagi. Hemmm
Fast forward, dalam bulan March tahun lepas saya ada join satu SL1M (Skim Latihan 1 Malaysia) fair di Kedah. Dan alhamdulillah rezeki saya, saya diterima untuk join program tersebut selama enam bulan di bawah satu syarikat penerbangan di negara kita dan dibayar elaun sebanyak Rm2,000 sebulan.
Saya bersyukur sangat dan selama enam bulan tu saya perform sebaik mungkin dengan harapan saya akan diserap sebagai staf setelah tamat tempoh latihan tersebut. Dan dalam masa yang sama saya masih lagi aktif menghantar permohonan kerja di JobStreet sebagai backup plan sekiranya saya tak diserap.
Tapi malangnya saya dan rakan² yang lain takda pon yang diserap sebab takda kekosongan. Tapi saya ada juga dipanggil untuk hadir interview oleh beberapa syarikat tapi tak diterima kerana tiada pengalaman kerja. Ada sesetengah majikan selepas jaa habis interview, terus menyepi tanpa khabar berita. Saya sendiri pon tak tahu di mana silapnya.
Jadi sekarang saya menjadi penganggur semula. Adalah buat online bisnes secara kecil-kecilan untuk jana income. Tapi bila dah ada kat rumah ni, faham² ja lah jiran tetangga macam mana. Setiap hari ada jaa yang bertanya, tak kerja kah? sudah dapat kerja atau belum?
Ada juga yang suka membandingkan dengan anak² mereka. “Anak makcik dulu habis belajar terus dapat kerja.” Hemmm, tak tahukah makcik bezanya zaman dulu dan sekarang. Tapi saya hanya mampu senyum dan diamkan diri.
Sepupu² pon takda kurangnya, mula untuk bandingkan diri dia yang mudah untuk dapat kerja.” Aku ada diploma ja, pi interview sekali jaa terus dapat. Kenapa hang yang ada degree tak dapat² lagi.” Saya diam lagi.
Tipulah kalau takda rasa sedih dan stress. Kadang² saya terfikir saya salah langkah sebab sambung degree. Sepatutnya lepas SPM dulu terus jaa kerja. So takda lah susah nak mendapat kerja sampai macam ni. Saya ada jugak minta kerja sebagai operator di kilang, tapi tak diterima selepas HR tengok saya punya result SPM dan tau saya sambung study.
Bila ditanya, “awak ada sambung belajar tak?”. Saya tak tergamak nak menipu sebab fikirkan gaji yang saya akan dapat nanti. Kalau menipu cakap tak sambung, berkatkah rezeki tu nanti? Jadi saya mengaku sambung belajar. Akibatnya memang akan ditolak kerana jawatan tersebut hanya untuk yang berkelulusan SPM.
Graduan sekarang tak memilih kerja, tapi kerja yang memilih kami. Bila apply jawatan guna kelayakan SPM, akan ditanya ada sambung belajar atau tak. Bila guna kelulusan yang ada, akan ditolak kerana overqualified.
Seriously saya dah tak tau nak buat macam mana. Umur makin bertambah tapi masih tak mampu untuk bantu mak ayah. Saya mohon doa dari semua, doakan saya mendapat kerja dan dilimpahi dengan rezeki yang halal.
– Cempaka
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit