Selebet itu aku. Pakai tudung senget benget. Tak pandai senyum depan camera. Pemalu dan pendiam. Kalau aku tak datang kelas takda siapa pun tanya kenapa aku tak datang. Betapa tak pentingnya aku dalam kelas tu.
Aku ada geng. Tapi aku bukan orang penting dalam tu. Aku tak lawa macam dorang. Character aku membosankan dan noob. Selalu tersisih.
Bila cikgu suruh baca teks dalam buku teks mesti aku terketar2. Suara aku tu dia punya slow sampai bunyi nyamuk lagi kuat. Selalu je aku kena bahan bab2 suara sayup2 sayembara ni.
Aku tak pernah terpilih jadi wakil sekolah dalam apa2 pun. Ataupun at least masuk dikir barat, kawad or bola jaring.
Bila aku pergi training selalu je terpinggir sebab aku tak cantik. Aku teringin nak jadi aktif tapi character aku ni membosankan sangat. Orang tak kan nampak aku.
Sekolah aku sekolah perempuan dan adik beradik aku semua perempuan. Jadi bila pergi mana2 bila ada lelaki aku jadi awkward dan malu nak angkat muka.
Sekarang aku buang segala character introvert tu sebab aku rasa susah nanti aku nak bergaul kat universiti dan alam kerja. Aku mula percaya kat diri sendiri sebab kat U takda sorang pun kenal aku (yang noob dulu) dan pinggirkan aku.
Presentation aku pun tak gugup. Mula2 sem 1 memang nervous (sampai berair mata) tapi aku paksa diri cuba bercakap depan orang.
Tipsnya? Aku selalu take risk jadi presenter bila group aku tanya siapa nak present. Kadang tu aku tak perlukan notes atau rehearsal pun. Aku elaborate je secara spontan.
Lama2 dah terbiasa pulak aku yang present sampai kalau dalam kelas tu aku tak present, kelas tu jadi hambar. Kalau aku tak datang kelas lecturer sampai boleh perasan. Betapa pentingnya aku dalam kelas tu.
Appearance aku pun dah kemas. No more sunburn dan tudung senget benget. Betul la orang kata pakaian tu confident kita. Bila aku selebet aku rasa low confident.
Sekarang aku selalu di invite jadi emcee formal mahupun informal. Serba boleh. Aku pernah berlakon dalam teater. Macam2 aku try. Kalau ada apa2 event aku akan masuk dan kumpul experiences. Best sangat!
Aku dapat kenal macam2 kawan yang lain2 negeri, lain2 universiti, lain2 course, dan macam2 la. Kalau dulu aku suka bersendiri dan tak suka ramai2 orang tapi sekarang dah terbalik. Aku suka pergi tempat yang ramai orang.
Sebenarnya aku nak bagi motivasi kat golongan introvert ni, tak selamanya kita akan jadi introvert. Ada masa2nya kita kena tengok dunia luar dan bergaul dengan orang lain.
Lagi satu, cantik itu subjektif bukan paras rupa semata2. Perempuan yang cantik ialah perempuan yang confident, independent, jaga imej, maruah dan agama.
– Sis Extrovert (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit