Assalamualaikum. Terima kasih admin kalau sudi post luahan saya hehee. Dua tiga hari ini dekat wall aku tak habis-habis dengan wanita penunggu setia. Nak jugak lari topik memandangkan I dah kahwin. Nama aku Zahnita. Baru bergelar ibu tahun ini. Alhamdulillah rezeki bunting pelamin. Apa kena mengena dengan ejekan sentap? Meh aku cerita…
Lepas aku bersalin awal tahun hari tu, badan aku turun balik. Dapat lah berat asal. Beberapa bulan berikutnya badan aku naik mendadak 10kg. Berat asal sebelum mengandung 60kg. Sekarang berat aku 70kg lah. Senang cerita sebelum kahwin badan aku saiz M sekarang saiz L tang bawah jadi XL muahahaha. Punggung dengan paha kemain naik mekar. Macam mana berat aku boleh naik mendadak padahal aku control kot makan. Aku jumpa doctor, rupanya aku mengalami tekanan yang melampau. Ya aku memang tertekan 3 bulan selepas berpantang. Position kerja aku tak stabil. Semua masalah dekat office. Yelah sebelum kahwin, bidang aku kerja memang perlukan aku aktif. Deal dengan client sana sini. Masa aku mengandung, aku tak larat, so banyak kerja aku dah slow keluar. Mungkin itu jadi isu untuk officemate aku. Dia ingat aku mengandung bawak bola kot. Tak ada langsung simpati dekat ibu mengandung. Bila aku naik kerja, rupanya itu dah jadi isu besar. Mana lah aku tak stress badan naik 10kg. Hahahah
Then ada seorang lah minah murai ni aku tak tahu apa masalah dia. Aku melawa sikit kena kecam, kalau aku pakai selekeh lagi lah kena. Selepas 3 bulan bersalin kan aku cakap badan aku naik. Orang cakap aku gemuk memang sensitive tak boleh terima hakikat hahaha. Dah lah aku stress dengan kerja aku. Bayangkan si minah murai ni saja cari pasal. Setiap hari dia akan tegur cara pemakaian aku. “Nita, apsal dah naik badan ni”. Aku senyum kan je. “Nita, Beraninya pakai warna terang-terang badan dah naik ni” Aku balas senyum lagi. Dia tak tahu aku tengah sentap rasa nak nangis. “Nita, pakai jubah nampak gemuk sangat ni.” Aku senyum lagi tapi balik aku menangis dekat laki aku. Gemuk sangat ke aku ni. Laki aku banyak bagi kata-kata semangat kat aku. “awak tahu tak, awak gemuk sebab pengorbanan melahirkan seorang khalifah di atas bumi? Ye ramai je yang lepas bersalin kurus balik. Lain orang lain hormone sayang. Tu sebab Tuhan tak bagi lagi dia anak sebab mulut dia mengata, mengejek seorang ibu yang baru melahirkan. Awak patut bangga gemuk sebab bersalin bukan sebab lain. Saya pun hairan setakat naik satu saiz je. Bukannya sebelum kahwin size S lain lah cerita.” Kata-kata suami aku nilah aku pegang sampai sekarang. So aku cuba positif kan diri aku supaya abaikan mulut-mulut jahat sekeliling aku.
Si minah murai ni buat perangai lagi. Kali ni dia tegur aku depan orang ramai, depan client-client aku. “Nita, menjadi-jadi badan gemuk ni kenapa. Mengandung lagi ke? Gelojoh sangat, kau tu baru je beranak.” Uishhh ayat ni merah padam muka aku depan semua orang. Orang sekeliling aku pandang atas bawah. Siap ada senyum sinis lagi. Aku pun balas balik apa dia cakap “tak ada isi lagi tapi In Shaa Allah memang nak tambah yang kedua. Takpe biarlah gemuk macam mana pun. Bila dah ada anak ni gemuk macam mana pun tak rasa sangat sebab gemuk pun ada anak. Lagi-lagi kena pulak bunting pelamin. Tak payah nak tunggu 6 tahun nak dapat anak. Tu pun belum tentu lagi ada.” Ya aku menjawab macam tu. Start haritu sampai sekarang mana ada dia nak tegur aku dah. Bercakap cuma pasal kerja. Alhamdulillah, telinga aku tak perlu nak dengar kata-kata sinis dia.
Kepada pembaca lain yang masih menunggu giliran untuk mendapatkan cahaya mata, maafkan aku terlalu kasar ayat di atas. Tiada niat untuk bongkak angkuh tapi terpaksa untuk mengajar mereka supaya hormat dengan orang lain. Jangan lah ejek wanita lain gemuk. Mereka juga ada perasaan. Tak semestinya gemuk tak boleh bergaya dan tak semestinya yang kurus itu selama-lamanya di cop cantik.
– ZAHNITA
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit