Ejen Insurans Hebat Sangat Ke?

Aku merupakan kerani di salah satu agensi insurans. Gaji aku kecil, tiada benefit, workload terlalu banyak sampai aku experience burnout & terus resign.

Aku nak share pengalaman ketika bekerja di syarikat tersebut & aku berharap sangat supaya bos2 supaya untuk belajar appreciate pekerja.

Aku tak tahu adakah semua agensi Insurans lebih lagi2 yang kononnya claim islamik, yang selalu menderma duit dekat orang, menziarahi rakan-rakan seperjuangan waima hingga merentas negeri lain mempunyai tiket untuk menganiayai kerani yang dilihat tidak menguntungkan kepada pihak mereka?

Memang kerani dibayar gaji untuk melakukan kerja-kerja ejen tapi adakah adil dengan bayaran tidak setimpal dengan workload. Increment jauh sekali, bonus & duit raya pun tak pernah dapat.

Itu baru segi kewangan, lain pula dengan mentaliti. Kebanyakan ejen-ejen terutamanya bos aku dalam agensi tersebut toksik. Mereka hidup berpuak-puak, dengan manager lain pun bgaduh. Staf ni dia anggap orang yang tak de kepentingan dalam pekerjaan mereka.

Bayangkan apabila membuat keputusan yang penting berkaitan dengan team & syarikat tidak pernah sekalipun bertanyakan pendapat & staf hanya akan mengetahui apa2 isu penting berkaitan dengan syarikat.

Paling lucu bila manager tersebut mahukan pekerja yang boleh sama2 membangunkan syarikat tetapi tidak pernah melibatkan staf tu dalam apa2 aktiviti syarikat & staf tu seperti dibatasi pagar antara ejen dengan staf.

Bagaimana hendak memotivasikan pekerja tsebut sekiranya mereka tidak diberi peluang untuk bersuara? Kerana setiap kali staf itu bersuara, suaranya tidak didengari. Tapi boleh pula dengar pendapat dari orang luar yang tiada kaitan dengan company & tidak mempunyai kelayakan sebagai advisor company.

Staf juga manusia, ada hati ada perasaan, bila diperlakukan sebegitu, mereka pun akan terus membatasi dirinya & hanya do bare minimum.

Aku kurang pasti sekiranya ejen insurans yang katanya mempunyai tugas murni untuk membantu orang mendapatkan perlindungan tapi lupa untuk memanusiakan pekerja yang berkerja di bawah mereka.

Mereka memandang rendah kepada staf & menganggap mereka low class sedangkan mereka lupa komisyen yang mereka dapat itu juga hasil daripada pekerja2 yang makan gaji.

Bukan semua toksik ada juga manager yang baik, yang lebih menghargai pekerja mereka. Cuma aku yang diuji dengan perangai bos yang menyakitkan hati. Bos selalu bising kerana bayar gaji pekerja mahal, padahal gaji tersebut tak lepas pun untuk apply card credit/loan.

Tapi tiap2 bulan bos ada duit pula nak travel business class ya kawan2. Macam ni la, kau nak specs sport car tapi bayar dengan harga kancil, mana boleh dapat. Hidup ini kena ada give n take, bukan nak take je without give.

Semoga perkongsian ini memberi pengajaran kepada semua bos supaya lebih menghargai orang. Jika bos2 tak mampu untuk berikan terbaik dalam kewangan, hargailah mereka jangan biarkan mereka hilang dalam company.

Jangan anggap mereka hantu dalam company. Yang rugi nanti company, sebab membiarkan staf bagus pergi meninggalkan company.

Sekian..

– Staf X (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *