Ejen Oh Ejen

Hai. Aku Lin. Baru lagi dalam industri takaful. Tak sampai sebulan. Aku perlukan pandapat. Adalah nak mengadu nasib sikit.

Bulan 5 bulan pertama aku bekerja. Bulan 5 kan raya. Sungguh office takaful tutup seminggu. Leader pulak balik kampung 2 minggu. Once dia masuk office, dia suruh aku datang office untuk ajar aku.

Walaupun jauh, aku redah saja. Yelah. Semangat berkobar kobar.

Apa yang diajar adalah simple. Basic product, simple saja. Product ni untuk hibah, product ni untuk medical card, prodcut ni untuk bla³. TANGGA GAJI, haatt ni lama laa ceritanya.

Kalau tak perform apa jadi pun lama ceritanya. Dia ada jugak ajar macam mana nak buat quotation semua. yang repeatative adalah, kene achieve target whatsaover.

Okay, once balik rumah, aku try approach potential prospect. Sambil² study lagi pasal product. A bit banyak info so tak boleh tangkap sekaligus.

But, definitely tak bolehlah disuap kan. Haruslah print nota and study sendiri. So, bila member² yang berminat tanya, ada yang aku boleh jawab. Ada yang tak boleh jawab tu, aku try cari kat nota.

Kalau tak yakin, aku tanya leader aku. Okay. Leader aku bagi simple atas air punya jawapan saja. No explaination. Aku tanya lagi. banyak soalan jugak yang ditanya sebab nak betul² faham kan.

Dia pun jawab macam gitu saja. Last conversation, “awak dah ada prospect berminat ke? Jom saya bantu awak cara nak submit case”

Aku cakaplah takde case nak submit lagi. Tengah approch lagi ni. Haih dia ni, tak habis² nak suruh aku kene submit case, tapi takde nak membantu sangat.

Aku cakap macam² la hal client aku. Ada yang kata mahal, etc. Rejection everywhere. But leader aku sekadar, “ohh, nanti kalau dah dapat bgtau saya. Saya free saja ni. Saya boleh bantu nak buat submission”.

Rasa nak marah tapi kene sabar. So aku pun buat saja lah apa² teknik yang boleh memujuk client untuk ambil takaful ni.

Geram dengan leader aku ni, aku tanya lain. Lain yang diterangkan. Prospect aku tergantung saja sebab aku tak berani.

Jual takaful bukan benda mudah. Kene faham product, term and regulation etc. Kalau sekadar untuk kejar sale, kejar gaji and bonus, kejar jadi leader baik tak payah.

Orang nak guna khidmat kita lama. Bukan sehari dua. Kalau tak faham konsep and product, susahlah. Explaination kene details supaya client faham betul².

Training 2 minggu yang patut aku ambil bulan pertama bekerja, iaitu bulan 5, terpaksa postponed ke bulan june. Sebab, lambat enroll untuk bulan may. Dapat agent code pun last hb april. So memang aku kene cari sendiri info buat sementara waktu.

Agak sukar tapi lagi sukar and menyampah bila kene ugut macam² kalau tak ada case.

As other initiative by me, aku pun minta la leader masukkan aku dekat training pasal product. Dia pun on. Set kan kelas khas untuk product ramai². Sekali kene game wey. Katanya tak sempat sebab product ni kalau cerita 1 hari tak cukup.

Weyh aku dah datang office kot. Jauh jugak tempatnya bagi aku. Kos around rm50 sekali datang office kau rasa. Aku sabar saja. Masa tu apa yang diterangkan tak lain tak bukan, tangga gaji, what should we achieve, what if tak achieve etc.

Berapa kali wey nak cakap benda ni. Basic root tu yang aku kene masterkan dulu, bukan gaji. Bila aku whatsapp pasal rejection client, takde pulak nak bantu secara details. Fed up giler dengar pasal gaji ni. Ingat aku ni kemaruk sangat ke duit.

Balik dari kelas tu aku dah takde mood dah. tapi still kene teruskan jugak sebab hasil tak pernah khianati usaha. Bila ada client tanya urgent tapi aku tak tahu, aku terus tanya direct leader. Jawapan halah³, baik aku tak payah tanya.

Jawapan yang dah ada dalam buku. I want more explaination. Bila tanya lagi, korek lagi, dia sibuk laa plak bagi kata2 semangat, “boleh², u boleh, cuba try close dia sampai dapat”. Lepas tu cerita berbaur ugutan tak dapat gaji kalau tak cukup case.

Alahai wey. Aku rasa annoying nya. Tak semua orang boleh jadi leader. Leader semata-mata nak anak buah buat sales tak kemana wey.

Jenuh lahai nak menghadap. Bila weekend ni dah akhir bulan ni, menggelupur dia whatsapp aku, nak bantu aku dengan ajar cara² submit case.

Aku bukan perlukan bantuan submit case, aku perlukan bantuan pasal product, how to approach and handle customer, how to work it up on rejection.

Rasa nak, haihh geram. Aku macam lantak lah. Apa nak jadi, jadilah. Semangat aku tak pudar pun sebab aku memang nak betul² jadi agent takaful yang the best.

Tapi non stop nak sale without membantu aku important basic ni yang nuat aku spoil. Aku nak jadi agent yang membuatkan client aku aware on everything. Bukan sekadar dapat sale.

Aku takde lah nak tukar agensi atau leader atau group. Mungkin ini cabaran yang aku kene hadap. Tak semua benda dlm hidup yang kita nak ni, akan smooth saja kita dapat kan?

But if anyone of you aware on how to change agency etc, please let me know. Thus i could have a little bit knowledge on this and help me doing some plus minus decision for future.

Buat yang bukan agent takaful, please soal, cari agent yang komited terangkan every inch okay.

I kesian tengok leader i close case sekadar close sebab dia ada tunjuk hari tu. Presentation dengan client yang hmmm. Bila client tanya sembang kencang pasal benda lain.

Oh ya. Leader aku ada kencing aku bab lain jugak. Dia cerita ada sorang budak ni, Maya. Maya ni baru 2 bulan masuk terus tip top reach more than expected. So diorang kenalkan la aku dengan maya. Maya ni cantik and sopan.

Mestilah aku ingat rupa dia sebab cantik & sopan kan. Boleh jadi idola ni. Sekali aku usha ig Maya ni dia dah masuk takaful dari 2020 weyh.

Agak² laah nak bagi aku tercabar ke apa ke tak perlulah kencing sangat yang Maya ni baru masuk 2 bulan dah perform habis. Ish³. Sembang kuat sangat diorang ni. Aku rasa muak pulak.

Okay itu sahaja. Kot² yang ada experience sama dengan aku, boleh la share. Thus, aku boleh nampak laa jugak situasi org lain macam mana. Terima kasih.

– Lin (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *