Ejen Takaful Sambil Lewa

Assalamualaikum. Harap admin sudi menyiarkan confession aku ni sebab tahap kekecewaan aku sudah sampai limit.

Kisahnya, aku telah melanggan polisi takaful pada tahun 2012 daripada seorang kawan. Aku kenal kawan aku ni dari sekolah rendah lagi dan dia menjadi antara kawan yang aku sangat percaya. Memang best masa tu sebab dia menyuntik kesedaran kepada aku tentang pentingnya ada takaful.

Tetapi malangnya selepas beberapa bulan aku sign up takaful, dia tidak seperti dulu. Dia sudah kurang bertanya khabar. Aku positive lagi masa tu sebab aku assume dia busy. Aku pon teruskan menjalani kehidupan seperti biasa.

Pada akhir tahun 2013, aku dapat surat dari takaful berkenaan mengatakan ejen aku dah resign! (aka kawan aku!). Dalam surat berkenaan tu juga menyatakan aku sekarang ni diletakkan dibawah seorang ejen yang tidak aku kenal! Aku terus call kawan aku sebab aku nak dengar penjelasan dari dia.. ye la.. aku bukan senang nak percaya org lain. Tup tup ejen aku skrg dah jd orang lain yang aku tak pernah kenal pun!

Kawan aku jawab call aku. Dia mengaku dia resign sebab ada masalah dalaman dgn boss dia. Masa ni aku kecewa gila sebab dulu dia ckp dia happy kerja ni and akan stay lama job tu sebab nak tolong orang. End up tak sampai 5 tahun dia resign. Hmm… tapi nak buat macamana kan, tu hal peribadi dia.. Dia pun bgtau aku yg aku tak perlu risau kerana ejen baru aku tu senior dia. Kawan aku tu puji melangit senior dia tu. Konon2 senior dia tu tahap Gold star ke hapa ntah. Nak taknak, aku diletakkan bawah ejen baru tu.

Kekecewaan aku berterusan apabila ejen baru berkenaan TIDAK PERNAH call aku introduce diri dia dan ajak berjumpa! Pernah la sampai tahap, aku yang call dia ajak jumpa sebab aku risau la ejen baru ni ntah macamana. Aku taknak la 1 hari nanti klau aku nk kena admitted, call ejen aku, dia ckp tak kenal aku. Sekali lagi hampa.. Ejen baru itu iya2 ckp ok boleh. Tapi end up dia cancel last minit. Untuk pengetahuan anda, masuk tahun 2017 ni, aku masih tak pernah jumpa ejen baruu aku tuu! Memang manjang dia ada hal! Camne la dia boleh dapat award melancong sana sini dari company padahal layan klien ntah pape!!

Oleh kerana aku rasa ejen baru aku tu ntah pape, aku cadang untuk tukar ejen. Masa kini aku ada ramai kenalan yang menjadi ejen takaful. So aku bertanya la hal ni kpd salah satu kenalan yg dari takaful yg sama tentang perihal tukar ejen ni. Hati aku bertambah2 kecewa bila dia bgtau TAK BOLEH tukar ejen!

Aku pun buntu dah nak buat macamana. Ada ejen tak boleh harap! Nak tukar ejen tak bagi! Kadang2 rasa nak batalkan polisi je sebab dilayan macam bola. Kejap sepak sana kejap sepak sini. Aku memang sokong setiap individu ada plan takaful medical card. Tapi benda ni jadi tak syok bila ejen buat hal. Kekadang tu pernah juga terasa kalau 1 hari nnt aku sakit ke apa ke, takde la ejen nak tolong aku dptkan GL ke tanya khabar bagai. Jealous gak lihat kawan2 yang ejen2 dia sangat supportive siap bawak bunga dtg melawat bagai. Ejen aku?? Hmmmm… Aku add FB berzaman pon dia tak approve kan…Hanya mampu lihat dia melancong sana sini….hmmm

Wassalam….

– Cik Embun

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit