Assalamualaikum warga maya. Saya di sini nak berkongsi hasil eksperimen saya setelah mengamalkan sedekah Al-Fatihah sebanyak-banyak yang mungkin semasa saya memandu pergi atau balik dari tempat kerja.
Buat masa ini, sudah lebih seminggu saya amalkan dan Alhamdulillah terlalu banyak manfaat yang saya dapat rasakan dan merasa terpanggil untuk mengajak semua pembaca untuk cuba eksperimen yang sangat mudah ini.
Anda cuma perlu mulakan dengan niat sedekah A-Fatihah untuk DIRI SENDIRI, Rasulullah, ibubapa, keluarga, sahabat, saudara mara ataupun dan sesiapa sahaja termasuklah orang yang awak tak selesa contohnya macam bos atau rakan kerja yang tak ngam ke.
Saya tekankan untuk sedekah diri sendiri sebab kebanyakan kita terlupa untuk buat benda-benda macam ni. Lazimnya, sedekah al-Fatihah selalu diamalkan untuk yang meninggal je kan.
Pastikan radio tutup ye dan fokus baca Al-Fatihah sebanyak-banyak yang mungkin sepanjang masa memandu. Kenapa saya pilih waktu memandu? Sebab waktu sebegini masa banyak terbuang begitu sahaja semasa memandu (ataupun naik pengangkutan awam) So no excuses la ye.
Cuba amalkan setiap hari ye. Istiqamah is the key dan saya nak awak share pengalaman awak di ruang komen. I am excited to know your personal experience on this simple experiment. Share di ruang komen ye.
Let me share you my personal experience selepas kerap amalkan sedekah Al-Fatihah;
1. SAYA RASA LEBIH CERIA – Bila sampai pejabat, mood sangat baik dan rasa seronok dan bersemangat sangat nak mulakan hari.
Untuk pengetahuan korang, saya ni dah lebih 12 tahun kerja maka faham-faham jelah ada hari kita rasa macam sangat malas. Bila amalkan Al-fatihah, memang terasa lain macam auranya.
2. SAYA DAPAT BANYAK BERITA GEMBIRA – Tiba tiba ada orang belanja makan, saya dapat baucar, dapat pujian. Best best best.
3. SAYA KURANG RASA NAK MARAH-MARAH ORANG – Saya dah ada anak lelaki 2 orang yang masih pakai lamppin lagi maka faham-fahamlah kadang terjadi raksasa tapi lepas amalkannya saya rasa lebih chill tenang hadapi situasi yang menggemparkan.
4. KERJA DAN URUSAN SEHARIAN DIPERMUDAHKAN – Bos pun mood baik je senang nak dapat autograf. Kerja pun lancar je. Allah kan ada bantu kita hadapi liku-liku kehidupan.
Setakat ni je lah entry saya buat masa ini. Sebenarnya ada banyak lagi nak kongsi tapi saya akan sambung lagi entry lain jika ada rezeki. Ingat ye, saya nak ajak awak semua buat eksperimen ni dan kongsi pengalaman awak sendiri di ruang komen ye. Terima kasih sudi baca confession saya ni.
Oh, saya gelarkan diri saya makcik i-can sebab pengaruh kampung people. Ikan = i-can ;-) Saya harap saya dapat sebarkan sedikit manfaat dan aura positif untuk awak semua.
– Makcik I-can (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit