Eksperimen Zikir Fatimah Sebelum Tidur

Assalamualaikum semua.

Saya ibu anak 2. Saya suri rumah berkerjaya. WAHM. Means Working at Home Mother.

Alhamdulillah haritu ada perkongsian dari seorang ibu berkerjaya yang menyeru kita amalkan surah Al-Fatihah. Sungguh!

Cubalah amalkan tak kira masa. Terlintas nama atau rupa seseorang dalam fikiran,samada hidup atau mati, kawan atau lawan, terus baca Alfatihah dan sedekahkan pada orang tersebut. Saya selalu praktik selepas solat dan sebelum baca Alquran.

Hasilnya, rasalah sendiri!

Disini, saya nak kongsi pengalaman mengamalkan zikir Fatimah. Pernah dengar?

Bukan lagu A.Ramlee, Oh Fatimah..lalala

Kisahnya begini. Pada zaman dahulu…

Satu hari, puteri Rasulullah iaitu Saidatina Fatimah mengadu pada suaminya, Saidina Ali mengenai tangannya sakit dan keletihan dalam menguruskan hal rumah tangga.Fatimah cuba meminta pembantu/hamba untuk memudahkan urusan hariannya.

Apa yang Rasulullah anjurkan?

“Mahukah kamu berdua aku ajarkan sesuatu yang lebih baik daripada apa yang kamu berdua minta? Ketika kalian berbaring hendak tidur, maka bacalah takbir (Allahu Akbar) 34 kali, tasbih (Subhanallah) 33 kali dan tahmid (Alhamdulillah) 33 kali. Sesungguhnya yang demikian itu lebih baik bagi kalian daripada seorang pembantu.” (HR. Muslim, no: 4906)

Ajaib!

Cuba amalkan ini pula. Allahu Akbar. Memang urusan harian dan rumah tangga kita akan terasa mudah dan dapat melalui hari dengan tenang.

Apa lagi yang saya perolehi?

Sejak bersalin sehingga sekarang, saya berkesempatan membesarkan anak sendiri.Pernah juga mengalami tekanan. Ibu suri rumah atau bekerjaya mesti pernah mengalami? Terasa sukar untuk hadapi hal rumahtangga

Tapi. Dengan amalan Nabi ini, semuanya jadi mudah. Percayalah

Walaupun anak kecil saya masih melakukan aktiviti mereka seperti biasa, makan dengan tumpah, menyepahkan permainan, perebutan mainan dan macam-macam lagi, urusan harian semua dapat dilakukan dengan baik sekali.

Bangun pagi, sempat mengaji, kemas rumah, jemur baju, masak, rehat, makan dan main bersama anak, buat kuih untuk minum petang. Sempat juga hadir ke kelas agama bersama anak-anak.

Untuk urusan pekerjaan, sempat juga saya mencuri masa ketika anak sibuk bermain dan tidur.

Alhamdulillah

Cubalah. Amalkan amalan ini sebelum tidur malam. Tutup hp lebih awal dari biasa. Baca Al-mulk, doa tidur, 3 qul. Tambah zikir Fatimah.

33 subhanallah

33 Alhamdulillah

34 Allahu Akbar

Insha Allah keesokan hari urusan harian kita sangat mudah dan kita dapat rasa kelainan tanpa memerlukan pembantu.

Moga bermanfaat.

Jangan lupa kongsikan hasil eksperimen kawan-kawan di ruangan komen ya.

– we-can (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *