Elak Complicated Hidup

Aku tak fahamlah dengan sesetengah orang yang suka sangat complicated diri sendiri. Bila tak dapat apa yang dia hendak, mulalah stress dan pressure diri sendiri.

Banyak contoh situasi yang boleh aku kongsikan. Tak payah pandang jauh, tengok keliling kita pun ada yang buat perangai macam ni.

Dah tahu kerja bahagian finance kerja sampai malam, nak juga paksa diri follow gaya hidup cikgu-cikgu influncers yang balik sekolah awal ada banyak masa handle rumah tangga sebelum suami balik rumah, influencers dan founders yang ada maid berderet.

Nak follow mereka boleh, tapi sesuaikanlah dengan keadaan diri sendiri. Konon dorang boleh buat, kenapa aku tak boleh buat?

Dorang mampu sebab ada banyak masa dan ramai yang boleh tolong. Ada support system yang baik dalam keluarga. Dorang tak keseorangan dalam semua perkara.

Yang kau ni kerja kat KL, gaji cukup makan, duduk dengan anak-anak dan suami je kat KL. Ada saudara pun jenis saudara mara nak minta tolong pun puas memujuk siap kena hulur upah baru nak tolong lagi nak berangan follow cara dorang.

Please lah buka mata pandang situasi kau dengan orang lain yang kau idolakan itu. Berbeza ke tak cara urus kehidupan dorang dengan kau.

Follow setakat mana mampu sudahlah.

Tak payah follow tips rumah tangga yang tak sesuai apply dalam hidup kau. Balik kerja penat, beria nak masak untuk suami kononnya nak follow step idola masak juga untuk suami walaupun satu lauk.

Habis masak, penat nak mengemas dapur. Kau marah-marah dekat suami dan anak-anak. Terasa diri macam bibik kena buat semua benda.

Dah tahu balik lambat hari-hari, penat terlampau belajarlah minta tolong suami dan anak-anak sediakan bahan memasak. Balik nanti terus campak bahan-bahan itu semua dalam kuali.

Ajar anak-anak dan suami makan lauk frozen yang kau prepare untuk seminggu. Ini tak, kau melayan tekak dorang yang nakkan makanan fresh dan panas-panas setiap hari.

Suami pun satu hal, dah tahu isteri tunggu kat rumah nak dinner bersama, habis solat berjemaah cepat-cepatlah balik rumah.

Ini tak, kau melangut sembang dengan member. Isteri kat rumah tengah serabut handle anak-anak lapar tunggu ayah balik makan sekali.

Isteri kat rumah dah penat memasak nak kena melayan tantrum anak-anak, mulalah marahkan anak-anak. Anak-anak melalak menangis terlelap dengan air mata terus tidur tak makan apa-apa.

Isteri pun kalau dah suami lambat sangat, whatsapp jelah minta izin makan dulu dengan anak-anak. Tak payah tunggu sampai suami balik.

Suami pun beralahlah sikit dengan isteri.

Kau yang lambat, marah pula isteri konon tak reti hormat suami. Suruh tunggu makan sekali je pun. Bukan berat mana pun permintaan.

Sedap je mulut kau maki hamun marahkan isteri.

Nampak tak contoh yang aku berikan. Nak dinner semeja pun dah huru hara sampaikan emosi masing-masing jadi tak stable.

Belum lagi masuk bab kemas rumah dan urus anak-anak. Belum lagi masuk bab kewangan. Kewangan cukup-cukup makan ada hati nak follow cara orang itu orang ini hias rumah dengan anak-anak kecil.

Urus urusan harian keluarga pun kau kelam-kabut, ada hati nak hias rumah yang memerlukan effort yang banyak.

Tengok keadaan kau dengan idola kau. Idola mampu beli barang bersih rumah yang canggih. Robot vacuum cleaner, cordless vacuum dan macam-macam lagilah barang canggih di pasaran.

Kau?. hari-hari membongkok menyapu guna penyapu bulu tercabut-cabut. Sebelum kau nak serabutkan rumah dengan barangan hiasan rumah, kau bantu diri kau dengan himpun duit beli alat-alat yang memudahkan kerja rumah kau.

Tolonglah belajar prioritise keperluan diri sebelum ikut nafsu kehendak diri.

Tak mampu hire maid macam idola, kau panggil maid part time sebulan sekali tolong bantu buat deep cleaning kalau terlampau penat nak handle kerja rumah dan kalau berkemampuan dari segi duit ringgit. Sekali-sekala bolehlah buat macam ni.

Jangan seksa diri. Nak buat deep cleaning perlukan banyak masa. Hari Sabtu pun kau kerja sampai ke malam, deep cleaning apanya?

Rehatkan diri pada hari Ahad itu lagi penting daripada fikirkan hal-hal kerja rumah yang tak pernah habis.

Tak payah nak terasa jealous banding suami kau dengan suami idola. Rezeki masing-masing. Bukan rezeki kau dapat suami tak mithali dan tak reti nak membantu ringan beban isteri. Jaga anak-anak pun failed.

Kau marah suami kau beria pun tak guna kalau dia taknak berubah. Buat sakit jiwa memendam rasa marah.

Instead of harapkan suami, kau cari jalan lain. Kau didik anak-anak tolong buat kerja rumah dari kecil. Walaupun masih kecil dan pertolongan anak-anak tak seberapa, setidak-tidaknya sedikit sebanyak meringan beban kau.

Dan lagi satu, jangan heret masalah beban letih handle kerja rumah ke office. Tak siapa pun peduli penat kau buat deep cleaning house chores semalam.

Masa kerja kat office, kau focus settle kerja office dengan sebaiknya dan sebolehnya tak angkut kerja-kerja office sambung balik buat kat rumah.

Idola kau pergi travel dengan kawan-kawan untuk me time dan healing ke oversea. Kau sesuaikan dengan diri sendiri. Kau tak ada kawan nak ajak healing, kau treat as me time.

Yang belum kahwin, kalau tetiba bakal kau bagi “red flag” nak downgrade apa yang ada dan nak kau jual kereta kau pakai sekarang atas alasan nak kurangkan loan, fikirkanlah.

Mula-mula memang sanggup je follow cakap bakal suami nak suruh downgrade dan lepaskan apa yang ada macam-macam sekarang lepas kahwin. Lepas kahwin meroyan penat berkorban dan burn out.

Masa bujang, kau boleh drive pergi kerja dengan senang hati. Bila kahwin, nak kena korban masa dan tenaga menapak ke LRT atau naik public transport gara-gara alasan suami tak mampu nak tanggung kos hidup berdua.

Sepatutnya bila hidup berdua semakin cukup serba serbi dan saling melengkapi. Bukan semakin huru-hara kehidupan kau. Kau dengan bakal suami belajar share dan give and take.

Kenapa pula nak downgrade lepas kahwin? Masa bujang kewangan dua-dua smooth. Sepatutnya boleh maintain dan makin upgrade.

Cut cost kehendak kehidupan yang boleh dikongsi dan yang tak penting seperti netflix yang boleh share account. Bukannya cut cost keperluan hidup dan akhirnya kau sengsara hujungnya.

“Red Flag” dan “hint” seperti ini fikirlah banyak kali. Sekarang dilamun cinta semua sanggup. Lepas kahwin, kau yang nak tanggung sorang.

Kau sendiri pilih jalan hendak complicated hidup kau. Tak ready serba serbi, kenapa paksa diri follow trend kawan-kawan yang kahwin awal?

Lepas kahwin, orang lain bahagia dapat suami mithali, kau terkial-kial nak ”groom” suami kau jadi suami mithali.

Apa lagi yang kau boleh buat? Kau boleh buatkan hidup kau less complicated dengan tidak membandingkan hidup kau dengan orang lain.

Itu paling penting untuk kesihatan fizikal dan mental kau.

– Maya (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc. com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *