Elak Daripada Dinodai

Assalamualaikum semua tuan2 dan puan2, kakak2 dan abang2, adik2 dan anak2 sekalian.

Saya memohon jasa baik Admin IIUM Confession agar berbesar hati menyiarkan luahan saya ini, terimakasih.

Di sini dalam kesempatan ini saya ingin berkongsi sedikit, tentang doa dan amalan agar Allah menghindarkan kita atau anak2 perempuan kita dari berzina atau dirogol.

Jadi ini sebagai langkah keselamatan juga untuk ummat muslimin agar selamat sejahtera maruah dan harga diri.

Ini kerana bila sudah jatuh maruah dan harga diri, maka ia akan memberi kesan mendalam terhadap jiwa raga dan perasaan terutama kaum wanita.

Mereka akan rasa terinjak, ‘down’, rendah, hina sehina-hinanya dan dina sedina-dinanya.

Mereka tidak lagi menjadi normal dari segi perasaan dan kehidupan terutama untuk menjadi ibu kepada manusia.

Wanita adalah tiang, tiang sesebuah umat atau bangsa itu. Kalau rosak tiang maka siapakah lagi yang akan melahirkan harapan bangsa itu? Maka rosaklah bangsa itu!

Inilah salah satu cara musuh hendak melemahkan sesuatu bangsa atau negara itu!

Iaitu dengan merosakkan wanitanya, melalui pergaulan bebas, akhirnya terjebak dengan seks bebas, pelacuran, perzinaan dan persundalan.

Mereka mengajurkan dan menggalakkan kerosakan wanita melalui tawaran2 harta dan wang.

Persundalan di sebalik nama “sugarbaby” atas alasan mendapatkan sponsor untuk membiayai pelajaran atau kehidupan atau menemani kesunyian kononnya. Hakikatnya ia ialah pelacuran!

Kalau seorang perempuan yang asalnya baik dan menjaga maruah (tambahan lagi ada asas agama dan bergelar ustazah pula)

Tiba2 terpedaya dengan tawaran lumayan dan tipu muslihat di sebalik nama “sponsor” atau Sugarbaby atau “peneman” untuk mendapatkan duit, kerana pada hemat dia yang terpedaya itu dan tak menyangka bahawa ‘TIDAK SEMESTINYA BERZINA’

Itu sebenarnya hanyalah satu perangkap maka disebabkan itu jatuhlah maruahnya dan tergadai harga dirinya lalu kecewa dan merasa serendah-rendahnya jiwa raganya.

Kehidupannya pun dirasakan tidak dapat diharapkan lagi sebagai seorang perempuan baik apatah lagi untuk menjadi seorang ibu kepada generasi akan datang, waliyazubillah min zalik.

Nasihat saya usahlah ‘gatal’ tangan atau gatal apa sajalah hendak sign kontrak itu ini yang semuanya itu asasnya ialah pelacuran ‘high class’

Kalau sekiranya kita bukan jenis yang takde maruah, kalau kita bukan jenis perempuan murahan, bukan jenis tahan sana sini. Kecuali kalau yang memang dah 2×5 jer dengan jantan2 yang penzina, yang jahil. Nauzubillah!

Baiklah di sini saya kongsikan beberapa doa, dan saya berharap Admin dapat siarkan tulisan saya untuk manfaat umat Islam seluruhnya. Insya Allah!

1. Doa Mengelakkan Diri Dari Dirogol/Dizinai :

اللَّهُمَّ اِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ اَنِّيْ آمَنْتُ بِكَ وَبِرَسُولِكَ وَاَحْصَنْتُ فَرْجِيْ اِلَّا عَلَى زَوْجِيْ فَلَا تُسَلِّطْ عَلَيَّ الْكَافِرَ وَالْظَّالِمَ

Terjemahan : “Ya Allah, sekiranya Engkau mengetahui bahawa aku beriman denganMu dan RasulMu, dan aku memelihara kehormatanku hanya untuk suamiku, maka janganlah biarkan aku menjadi mangsa orang kafir dan orang zalim”.

2. Doa Mengelakkan Anak Perempuan Dari Dirogol/Dizinai :

اللَّهُمَّ اِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ اَنِّ ابْنَتِيْ آمَنَتْ بِكَ وَبِرَسُولِكَ وَاَحْصَنَتْ فَرْجِهَا اِلَّا عَلَى زَوْجِهَا فَلَا تُسَلِّطْ عَلَيْهَا الْكَافِرَ وَالْظَّالِمَ

Terjemahan : “Ya Allah, sekiranya Engkau mengetahui bahawa anak perempuanku beriman denganMu dan RasulMu, dan dia memelihara kehormatannya hanya untuk suaminya, maka janganlah biarkan dia menjadi mangsa orang kafir dan orang zalim”.

– R.Bar (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *