Assalamualaikum. Dua tahun lepas, Sha bekerja di sebuah syarikat penerbitan kecil. Sha memang happy kerja ni sebab memang dari kecil Sha suka buku. Tapi ada perkara pelik dengan kompeni tu. Walaupun staff semua ceria, bos sporting gila macam keluarga, tapi keadaan kompeni tu suram dan…. negatif.
Bos selalu buat keputusan pelik2, bertukar pendirian dan selalu undecided sampai kami staff ni kena ulang kerja yang sama banyak kali nak bagi bos puas hati. Isteri bos (2nd manager) selalu sakit kepala dan pelupa teruk. Harini kami dah bincang dan putuskan satu perkara penting, esok dia lupa yang dia dah putuskan benda tu. Officemates ramai merungut dorg mental stuck, takde idea dan tak boleh nak berfikir. Pelik sungguh ofis ni…
Btw kami semua happy bekerja kat situ. Sampai satu ketika, Sha ditimpa keadaan misteri. Sha jadi pening, tak bermaya, disoriented, pemarah, hilang fokus, dan pelupa. Hilang fokus tu hinggakan Sha tak boleh membaca langsung. Baru baca baris kedua, Sha dah lupa apa isi baris pertama tadi. Kena undur balik baca dari mula. Pelupa pulak, Sha rasa macam dah tiga hari tak balik rumah. Padahal baru pagi tadi datang kerja. Lupa jalan yang hari2 lalu. Bahkan lupa cara nak memandu! Masa tu banyak kali Sha hilang barang sebab misplaced.
Kadang-kadang Sha hilang balancing, pijak lantai rasa goyang macam berdiri atas sampan. Sha bincang keadaan Sha ni dengan sorang senior, Dila. Dila kata mungkin Sha kena gangguan makhluk halus. Sebab sebelum Sha, dah ramai staff kena dan ada yang berhenti pun. Antara yang berhenti tu Sha sempat kenal. Memang diorang nampak tak sihat. Sha pun cuba la pergi rawatan Islam. Beberapa kali berubat, Sha tak puas hati dan terus masuk belajar perubatan Islam tu untuk lebih faham apa yang Sha alami.
Long story short. Satu hari, Sha buat ujian saringan DASS dan didiagnos mengalami depression. Depression ni teruk. Sedar tapi tak rasa apa-apa dan tak rasa nak hidup pun. Bangun pergi kerja macam robot tak ada rasa. Sebab tu orang depression cenderung bunuh diri. Prestasi kerja Sha merudum. Sha fade up dan banyak kali resign. Bos tolak surat resign tapi dia suruh Sha improve. Dia kata dia nampak potensi Sha. Terutamanya bila buat kerja outdoor, Sha outstanding.
Entah kenapa kat ofis macam sayur… Sha tak bagitau tentang depression. Masa tu depression amat tabu dan hanya dihidap oleh manusia lemah jiwa. Katanya lah kan. I suffered silently. Sha study ttg depression, cuba kenal pasti punca Sha depressed dan tangani satu persatu. Antaranya ialah bertukar kerja. Sha berhenti jugak akhirnya. Buat alasan nak jaga parents kat kampung.
Bila balik kampung, depression masih ada tapi slow-slow berkurang. Sha reconstruck balik hidup Sha, belajar benda baru dan tambah pengalaman baru. Orang kata melalui belajar ni kita boleh rangsang otak tumbuhkan sel baru. Alhamdulillah lama-lama Sha berjaya sembuh dari depression. Kadang-kadang nak relapse tapi Sha dah kenal tanda-tanda dia, lebih mudah Sha kawal. Pada masa yang sama, Sha perasan Sha mula sensitif dengan alat elektronik.
Contohnya bila menaip di laptop, tapak tangan Sha yang menyentuh laptop mesti rasa sakit. Bila guna map sewaktu memandu, Sha selalu letak handphone atas riba. Tak lama tu perut Sha sakit terutamanya kat bahagian rahim. Bila tidur letak handphone sebelah kepala, bangun tidur Sha mesti sakit kepala. Lagi teruk kalau Sha tertidur atas handphone, anggota badan yang timpa handphone tu mesti sakit tak kira la pinggang ke, lengan ke, belakang ke, peha ke. Sakit dia kadang kat kulit je.
Kadang dalam sikit sampai otot.. Dan simptom ni sebenarnya dah wujud sejak di ofis lama lagi. Dulu CPU Sha kat bawah meja. Lutut/betis selalu sakit terutamanya belah yang direct sentuh CPU. Sha aware peralatan elektronik ni ada gelombang elektromagnet. Tapi Sha tak fikir la dia boleh bagi mudarat fizikal. Hendaknya bila komuniti sains pun deny benda tu kan. Siapa kita nak bantah.
Di ofis baru, Sha tak ada PC. Masing2 guna laptop sendiri. Di mana-mana pejabat biasalah pasang wifi kan. Ofis baru Sha ni, dalam satu pejabat yang kecil tu ada tiga gelombang wifi. Katanya nak bagi line laju, senang buat kerja. Sha kerja kat situ pun happy macam ofis sebelum ni. Walaupun staff kat situ stress memanjang kuat gaduh sesama sendiri, Sha tak ambil pusing. Yang penting kerja aku siap, ada masa lebih baru join membawang. Tapi lepas setahun, Sha kembali alami depression dan Sha tak boleh kontrol dah. Lagi sekali Sha berhenti kerja.
Kerja di tempat ketiga, yang sekarang ni lah. Betul2 suasana kerja idaman Sha. Pengurusannya bagus, pekerjanya bagus. Tapi dari awal masuk kerja Sha rasa tak dapat bagi yang terbaik. Jiwa Sha happy dan positif tapi secara fizikalnya Sha alami simptom macam depression. Pening, disoriented, tak boleh berfikir, disorganized, pelupa. Sha tak ingat apa kerja yg nak buat padahal Sha tau kerja banyak. Manusia normal kan boleh buat simple checklist dalam kepala, tapi Sha tak boleh. Bila buat kerja pun macam tak ada idea, kerja jadi tak sempurna.
Minggu lepas, Sha pindah masuk rumah sewa yang dekat dengan ofis. It’s a nice house. Housemates pun baik2. Selesai angkat barang semua, petang tu Sha nak solat. Kiblat bilik Sha tu direct menghadap tingkap. Sekali Sha terpandang benda besar kat luar tingkap. Menara pemancar! Ya Allah, Sha tak perasan ada benda alah ni kat luar bangunan. Yang duduk tingkat tinggi macam Sha ni lagi la dekat dengan transmitter. Sha risau tapi cuba ignore benda tu. Kalau ada efek negatif, takkan orang bina dekat dengan rumah kan. Tak lama pun. Lepas solat tu Sha dah start pening. Masuk malam Sha dah mual.
Sha cerita kat family dan hantar gambar. Tak payah zoom jauh2. Dari tingkap bilik Sha ni kalau lastik pun boleh kena transmitter tu. Punya la dekat. Abang kata menara tu selalu dekat dengan surau. Surau sewakan buat income dia. Ya Robbi…. Patutlah! Bawah rumah Sha ni memang ada surau dan Sha tengok jadual dia sangat la aktif banyak aktiviti walaupun sekadar surau flat. Ini rupanya sumber income diorang. Tak boleh duduk sini… Sha kena pindah. Malam tu Sha terus survey rumah baru. Esoknya pergi tengok rumah dan terus deal nak masuk awal bulan bila tenant lama keluar. Lepas tu Sha stay di luar tak balik-balik.
Walaupun Sha sedar Sha tak tahan dengan alat elektronik, tapi kali ni baru Sha study betul2 tentangnya. Sha jumpa istilah elektrosensitiviti. Rupanya benda ni memang wujud dan dialami ramai manusia seluruh dunia. Untuk mudah korang faham, semua benda kat dunia ni ada gelombang elektrik even bumi dan badan manusia. Gelombang2 ciptaan Tuhan ni semua harmoni tak memudaratkan. Yang memudaratkan ialah gelombang ciptaan manusia macam radio, wifi, alat elektronik. Memang diorang kata gelombang artificial ni ada dua: satu mengion (memecahkan sel) dan bahaya; satu lagi tak mengion (tak pecahkan sel), so tak bahaya. Sebenarnya tak kira mengion ke tidak, dua-dua ada efek negatif. Cuma satu in short term dan satu in long term.
Setiap manusia pulak berbeza2 tahap toleransi dengan gelombang2 ni, sebab tu ada yang sensitif ada yang tidak. Malangnya komuniti perubatan tak iktiraf benda ni sebagai penyakit, ada yang kata benda ni masalah psikologi semata2. Jadinya siapa yang alami benda ni suffer diam-diam, ada yang pindah duduk kat gua sebab tak boleh langsung ada contact dengan gelombang elektronik. Bagi Sha, sesetengah saintis deny fakta negatif ni sebab nak lindungi industri. Zaman moden ni kita sangat bergantung hidup dengan gelombang2 ni. Korang boleh bayang hidup tanpa wifi dan internet? Sha post confession ni pun guna wifi. Haha.
Tapi sepatutnya jangan la deny kan. Saintis yang jujur dan amanah pada ilmu patutnya sedarkan masyarakat untuk ambil langkah perlindungan. Kita dah tak boleh elak hidup dalam benda tu, tapi kenalah jaga diri daripada bahayanya. Kalau kita tak guna wifi, jiran punya wifi pulak tembus masuk rumah kan? Sebab sensitiviti ni bukan develop dalam satu malam. Dia makan masa. Ada orang yang tak bernasib baik terus dapat kanser je bila sistem badan dia dah tak boleh repair kerosakan yang berlaku. Macam Sha sendiri pun, bila throwback depression yang Sha alami, baru sedar benda tu sebab electrosensitivity. Bukan gangguan makhluk halus! Punya la Sha meraban pergi rawatan Islam, siap belajar lagi. Haha..
Ofis Sha dulu, terutamanya di kompeni penerbitan tu sangat bergantung dengan komputer, sangat banyak wiring berselirat dan sangat banyak gelombang elektrik buatan yang memudaratkan kami. Now Sha dengar cucu bos Sha kena leukemia. That girl dari lahir memang duduk kat ofis tu sebab mak pak kerja situ. Dia besar depan mata kami. Masuk sekolah rendah kena kanser. Abang Sha, wifi on 24/7 kat rumah dia. Dua dari tiga anak dia lahir ada defect. Ah, sibuk cakap pasal orang. Sha sendiri perut mual berapa hari ni. Kepala sakit dan otot2 kecil Sha kadang lost kontrol. Kalau menaip kat wsap tu asyik typo sebab susah nak kawal jari. Teruk kan. Ya, ini bukan masalah psikologi. It’s a real thing.
Sha just kongsi pengalaman, korang boleh buat further reading kalau nak lebih faham benda ni. Jangan la korang bergaduh pulak kat komen nanti atau kutuk Sha khurafat. Nak percaya ke tidak, korang memang perlu ambil langkah perlindungan. Ni la harga kemodenan yang kita kecapi…. penyakit akhir zaman yang Nabi kata tak pernah menimpa umat-umat terdahulu. So apa langkah perlindungan yang kita boleh ambil?
1. Ambil antioksida. Vitamin A, C dan E antara antioksida yang bagus. Tapi kena ambil dalam jumlah yang betul. Jangan hentam saja ya. Apa manfaat antioksida ni? Untuk makluman korang, gelombang2 ni bunuh kita dengan cara paling halus iaitu rosakkan sel. Sel ni sangat kecik, satu sel rosak tak perasan pun. Dia meledak jadi kanser/penyakit baru kita nampak. Hebatnya Allah cipta badan kita mampu repair sendiri sel rosak. Syaratnya kita kena provide zat2 yang diperlukan. Antioksida nilah zat2nya.
2. Kurangkan dan elak makanan tidak sihat. Contohnya gula-garam-lemak-pewarna berlebihan. Sebabnya, badan kita dah diserang melalui gelombang elektromagnet, jangan la kita serang pula melalui makanan yang merosakkan pula. Makan benda2 baik yang membantu penyembuhan macam antioksidan tadi.
3. Hirup udara segar. Asap rokok, asap kenderaan pun juga boleh rosakkan tubuh. Kalau kita hidup dikelilingi asap kotor, campur lagi gelombang elektromagnet yang tak dapat dielak, betapa banyaknya kerosakan nak direpair.
4. Matikan wifi pada waktu malam. Time tidur paling penting untuk tubuh kita repair semua kerosakan yang berlaku. Kalau pada waktu tidur pun masih diganggu gelombang buatan, tubuh kita tak dapat jalankan fungsi sebaiknya. Badan kita pun tidak di-repair dengan sempurna.
5. Utamakan wired dari wireless. Kurangkan contact dengan laptop menggunakan external mouse/keyboard. Bunyi macam paranoid. Terpulang pada masing2 macam mana nak lindungi diri.
Isu ni sebenarnya dah pernah kecoh di negara kita berapa tahun lepas. Tapi orang tak ambil pusing dan abaikan. Semua pandang manfaat saja tak timbang mudarat dia. Macam Sha cakap tadi la, kita memang nak manfaat dia, tapi kenalah ambil perlindungan. Macam dadah yang diguna sebagai ubat, ada label ubat terkawal, diberi dengan preskripsi.. Gitu juga dengan hal gelombang ni PBT patut galakkan langkah perlindungan. Pihak yang sewakan tapak buat menara ni, dorang patut sedar perbuatan dorg. Jangan la sebab duit, dorang gadaikan kesihatan. Baik tuan tapak, baik pihak yang bagi kelulusan.
Katanya SKMM pantau menara yang dibina tapi berapa banyak je menara yang berdaftar dan ikut spesifikasi SKMM? Yang terpacak depan bilik Sha ni rasanya tak lulus ni sebab rendah dan dekat sangat dengan kediaman. Ada juga pihak yang dakwa dia boleh pantau tahap gelombang dari menara. Itu pun tunggu aduan penduduk baru dorg akan datang. Macam mana kalau penduduk takde kesedaran pasal ni? So tiada la aduan dan tiada pantauan.
Yang penting bagi Sha sekarang ialah awareness. Ni juga sebab Sha confess untuk create awareness pada korang. Kita tak boleh elak benda ni tapi lindunglah diri korang semua. Makan benda berkhasiat, lebihkan sayur dan buah. Bantu la badan korang sendiri. Jaga2 dari pencemarah gelombang dari sekitar. Tak perlu sampai paranoid, tapi ambil tahu sekeliling korang jangan ada pihak yang buat duit tanpa mempedulikan keselamatan korang… Ok.
– Sha
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit