Elegant Black Swan With White Heart

Salamualaikum, Terima kasih kerana sudi menyiarkan luahan atau lebih tepat saya simpulkan pengajaran dan cerita benar tentang apa yang belaku di sekitar saya. Saya seorang yang bekerja dia sektor swasta- cukuplah saya perkenalkan diri Razia. bekerja di sebuah syarikat antarabngsa. Syarikat saya mempunyai staff dari banyak negara dan banyak bangsa , agama juga. Alhamdulillah. keadaan ni menguatkan saya untuk berpegang teguh kepada ajaran agama ( doakan saya sentiasa menjadi ambassador untuk islam) .

Semua orang dalam ofis saya cantik ( pada mata saya) dan mempunyai kelebihan memasing, tapi apa yang berlaku baru2 benar2 menjadi tamparan hebat buat semua manusia yang suka mengejar wajah yang cantik hensem semata-mata. Dia ofis saya ada seorang minah “hot” bernama Kathy putih melepak mekap tebal sgt kurus dah rambut kepok2. seorang lagi graduan dari Gombak bernama Ita, kulit gelap, pakai tudung, bersederhana, tapi mempunyai wajah yang sharp features, hidung mancung mata bundar badan tak kurus tak gemuk dan agak cantik. kekurangannya hanyalah kulit gelap. Saya selalu lah jugak jumpa Kathy dan Ita di surau. hmm kalo si Kathy tanggal mekap mmg nampak “perbezaan” nya. Manakala si Ita muka sama jerk , sbb tak bermekap.Arakian, kebiasaaan hidup di Malaysia yang indah ini, rakyat jelata sering disogokkan cantik itu kurus dan putih.kalau rupa penyet asal putih pon , anda dikira lawa. Sebab tula produk kurus dan putih laku keras di sini.

Maka ramailah jejaka single di ofis memberi hadiah kepada Kathy dan mencuba nasib mereka. Tapi Kathy yang putih sering mengambil kesempatan dan hanya mahukan hadiah sahaja dan tidak serius. Laku lah kata kan. Si Ita yang kurang cerah pernah menyuarakan perasaan ingin menamatkan zaman bujang nya, tapi di kampungnya tiada jejaka yang sesuai, lagipon meraka segan kerana beliau garaduan dan kalau ada plak budak “U” dulu, terputus di tengah jalan sebab tiada jodoh.Tapi Ita tetap positif and menganggap sesuatu itu akan kite semua dapat bila waktunya telah tiba. Tapi si Ita ni jenis humble dan perahsia,maka tak nak lah aku tanya lebih2.

Kisah bermula apabila seorang mamat ni join our company. Harris – Hensem,Malaysian mix belajar UK. Every single girl in our department actually fantasizing to be his wife. Maklum lah pakej lengkap. Maka selalulah si joyah “Khaty” memasang angan2 dan jerat untuk bersama si Harris dan rasa bersedia nak menamatkan hidup “playgirlnya”. Bukan itu sahaja, maka sering lah dia cucuk jarum dan mengajak si Harris makan bersama. Walau si Harris ni blaja jauh tapi mungkin mak bapak dia islamik , dia ni tak de lah yang bg harapan atau mengambil kesempatan. Ita dan aku serta kawan2 yang lain selesa berkawan dengan Harris. Tapi aku tengok hari makin2 si Kathy menjadi-jadi gatalnya dan semakin ceria. Si Ita pon sama semakin berseri. Aduh.

Tak lama lepas tu aku pon tengok si Harris turun padang mejemput semua staff . Yes! Hariss nak kawin. bila semua bukak kad

“anda semua dia jemput hadir ke majlis HARIS DAN NURITA” “(Kad dia bahasa inggeris dan malay ok)

Satu department menjerit peluk Ita. Si Kathy pulak muka muncung masam,terus berlalu pergi. Semua tanya Ita bila lah deorang dating. Ita malu2 jer. Hmm sapa sangka kan . Kami pon bertanya lah kepada Harris apa yang membuatkan dia memilih Ita. Dia cakap bila dia tengok Ita – Ita cantik pada mata dia : kulit gelap, bile senyum nampak pipi merah, natural beauty dan dia tak nak perempuan mekap sangat dan paling penting hati baik dan perangai molek( katernya ). Siapa sangka kan, rezeki deorang . Start pada saat tu lah semua orang belajar sikit, kena kejar benda baik, bukan benda cantik.

Semoga berbahagialah mereka berdua, Sekarang aku tengah pening . rumah perempuan kena pakai busana tradisional. rumah lelaki Tema “arabian nite”. Mana lah nak cari baju ni… Tapi both of them, being themselves ( always loving and kind ) deorang cakap apa? “pakai kain batik ngan kurung kedah pon boleh -asal menutup aurat kite nak awak dan family datang makan banyak2 kat umah kite.” memang betul lah kata orang. Jodoh kite cermin kite.

With Love,

Razia

– Razia Azra

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit