Assalamu’alaikum. Alhamdulillah confessor (https://iiumc.com/suami-tak-solat-2/), memahami tuntutan kewajipan bersolat dan sedang diuji dengan suami yang tak solat…
Saya nak reply komen-komen bila tengok ada pelbagai pendapat.. Setiap kita ni dibesarkan lain-lain asuhan… ada yang menitikberatkan solat, ada yang kata tak apa…
Saya petik antara komen-komen yang saya rasa nak komen balik sebab panjang.. Antaranya:
1) “Tengok isteri firaun tetap taat walau firaun tak taat dekat Allah.”
Seriously saya tak tahu datang dari mana idea ni.. Setakat saya tahu, tak ada cerita langsung dalam quran yang isteri firaun ni taat pada suami.. Mungkin saya tak tahu, tolong sertakan ayat quran yang berkaitan kalau ada ye.
Yang saya tahu, kisah isteri firaun ni dipetik dalam Quran bagi menceritakan tentang pertarungan keimanan… di mana kemewahan harta firaun tak butakan keimanan Asiah (dalam Quran tak guna nama Asiah, tapi dikenali sebagai isteri firaun).
Sama ada suami atau isteri, pasangan kita tak dapat bantu kita di hari akhirat. Saya tak jumpa yang isteri firaun taat kat suaminya.
Surah At-Tahrim ayat 11. Allah berfirman yang bermaksud,
“Dan Allah mengemukakan satu perbandingan kepada orang-orang mukmin (berhubung rapat dengan orang-orang kafir kalau tidak terjejas keadaan imannya), iaitu: perihal isteri Firaun, ketika ia berkata:
“Wahai Tuhanku! Binalah untukku sebuah rumah di sisiMu dalam syurga, dan selamatkanlah daku dari Firaun dan perbuatannya (yang kufur dan buas), serta selamatkanlah daku dari kaum yang zalim”
Rujuk ayat sebelum tu cerita kisah isteri nabi Nuh dan nabi Lut. Isteri nabi pun tak beriman walaupun Nabi dah jalankan kewajipan mengajak dan mengingatkan.
Ayat sebelum tu lagi, Allah berfirman:
Wahai Nabi! Perangilah orang-orang kafir dan orang-orang munafik dan bersikap keraslah terhadap mereka. Tempat mereka adalah neraka Jahanam dan itulah seburuk-buruk tempat kembali
Lagi satu, isteri firaun ada zuriat? Ada anak? Rasanya tak diceritakan. Letak tepi kezaliman firaun… kita cerita hal solat, apa kesan jika suami tak solat.
Jika tak terjejas keimanan kita, hal anak-anak bagaimana pula? Sikit sebanyak terjejas pemikiran dan pembentukan iman anak-anak, ayah tak solat tak apa, takkan aku tak boleh…
2) “Suami baik, cuma tak solat je”
Dalam quran banyak ancaman neraka untuk orang tak solat, hadis-hadis nabi. Cuba cari, baca, dan fahamilah..
Solat adalah kewajipan bagi orang yang mengaku islam… Tengok sirah, tengok hadis, Nabi kata apa pada orang tak solat… Saya tak sampai hati nak sebut tapi kita faham ia adalah kafir.
Bila kafir, melibatkan iman, boleh pisah suami dan isteri… Rujuk sirah, bagaimana sahabat terawal berpisah suami isteri, anak nabi sendiri Zainab r.a berpisah dengan suami yang kafir…
Bab kafir ni sensistif kan..Walaupun kita faham, orang tak solat ni kafir dari dalil-dalil.. tapi tak, ulama masih bahaskan, ada kelas-kelas orang tak solat…
Boleh tengok ulasan mufti wp. Disimpulkan… kalau tinggal solat sebab tak rasa solat wajib dan mempersendakan hukum solat, dia adalah kafir.
Tapi kalau tinggalkan solat, dia tahu wajib solat tapi malas solat, pemerintah wajib paksa dia qadha dan taubat, kalau dia ingkar, dia wajib dibunuh… tapi jasadnya masih dianggap islam.
Tengok, pemerintah tak buat sampai tahap macam ni… bila kita sebagai pasangan, wajib kita paksa dia qadha, ingatkan dia kewajipan solat.. Tak boleh juga, bawa perkara ni kepada pejabat agama dan mahkamah syariah…
Meninggalkan solat walaupun kata tak kafir, dia adalah pelaku maksiat, fasiq… ini melibatkan hukum-hukum lain juga seperti tak boleh jadi wali nikah.. Bukan main-main orang tak solat ni. Jadi tolonglah, bukannya boleh guna ayat dia baik, dia tak solat “je”..
3) “Penceraian bukan jalan terbaik”
Jika dengan bercerai boleh menjaga diri dan anak-anak daripada kerosakan iman, akal, jiwa, agama… Itu lebih baik daripada mencampakkan diri dalam masalah lebih besar…
Si isteri mungkin boleh berpegang teguh, tapi anak-anak? Mesti ada sangkut yang tak solat sebab contoh depan mata ada…
Kenapa kita tak percaya pada rezeki Allah selepas bercerai? buruk sangat ke jadi janda?
Kita redha jika dapat pasangan tak solat, adakah dengan cerai , kita dianggap tak redha?
Saya percaya jika kita dah ikhtiar, dah nasihat, dah tunjuk tauladan, dah jelaskan pendirian kita… Jika suami masih teruskan perangai tak solat, kita tak bersalah untuk bercerai.
Hak mohon bercerai adalah pada masing-masing… Jika dibuktikan di mahkamah syariah, terima lah yang jodoh kita setakat tu…
Yakin dan percaya, yang beri rezeki adalah Allah. Jangan takut anak-anak tak ada ayah, yang menjaga kita adalah Allah.
Katanya suami tu baik, bagi nafkah, lepas bercerai, pasti dia sedar tanggungjawab nafkah pada anak-anak…. yang dia tak sedar adalah tanggungjawab pada Allah, itu yang kita nak sedarkan dia.
Bukannya bercerai tu bermaksud kita bermusuh dengan suami. Apapun berbalik pada kita lah, sebesar mana kita melihat perkara ni. Jika kita masih boleh tolerate, teruskanlah..
In fact penguasa tak cek satu-satu orang islam samada solat atau tak… kita saja yang tau… Cuma tak ada buruknya berpisah jika kita pasti atas faktor apa kita buat demikian…
Suami tu tak cakap direct, awak tak payah lah solat.. Tak, dia takkan cakap… mungkin dia tahu apa dia buat tu dosa.
Tugas isteri nasihat, kalau baca penerangan mufti wp wajib paksa qadha, kalau dia masih ingkar, tak adalah kita bunuh… Jadi berpisah saja… Banyak keburukan duduk dalam perkahwinan yang tak tahu hala tuju akhirat…
Ye kita boleh tengok kisah yang kembali solat di hujung usia… Tapi berapa persen jaminan suami akan berubah? Sanggup kita pertaruhkan agama anak-anak atas sebab yang tak pasti, yang suami akan berubah? Tak ke rugi?
Kalau berubah, alhamdulillah, kalau tak berubah, tambah lagi anak-anak terjebak sama, dan anak-anak pengaruh kawan-kawan kat sekolah? Jangan sebab kita takut jadi janda… masyarakat kian tenat… please…stop this visious cycle..
4) “Dia tak solat. Tetapi kita kena patuh pada suami selagi tidak kepada perkara syirik dan dilarang oleh Allah.”
Saya tak jumpa ayat quran minta kita taat pada suami, yang diceritakan adalah kelebihan lelaki yang menjadi pelindung kepada wanita… yang diminta taat kepada Allah, rasul, pemerintah (yang amanah..)
Ada hadis ni,
Seandainya aku boleh menyuruh seorang sujud kepada seseorang, maka aku akan perintahkan seorang wanita sujud kepada suaminya”. (Hr. Turmudzi:1159)
Ini bukan bermaksud kita kena sujud, taat membabi buta kerana dia suami kita. Tak ada. Allah tak suruh, takkan Nabi suruh pula.
Baca betul-betul… sudah pastilah suami yang dimaksudkan itu suami yang muslim mukmin, kalau suami yang ingkar perintah Allah takkan nabi nak kita sujud pada manusia yang ingkar Allah sebagai Tuhannya pulak… apapun, hadis ni bukan direct bagitau kita kena taat suami.
Lagi satu, solat tu perkara asas, rukun kedua lepas syahadah, manifestasi keimanan suami pada Allah. Meninggalkan solat adalah perkara dilarang, diancam oleh Allah, tak ke dah terang lagi bersuluh?
5) “Kita bersifat riak, ego, rasa diri bagus”
Riak ni benda kita nak tunjuk kat orang lain.. Dalam kes ni dia takde nak tunjuk kat sape2 pun, dia cuma nak suami sedar tanggungjawab suami pada Allah…
Ego, rasa diri bagus…semua benda yang menjurus mengajak benda baik, mencegah benda mungkar, selalu dikait dengan hujah rasa diri bagus..kenapa ya?
Adakah bila kita buat sesuatu tentang agama, kita takut sangat pada ego sampai menghalang kita daripada bercakap kat orang lain, apa awak buat ni satu dosa kepada Allah.. mengingatkan orang lain yang dia dah lalai…
Jaga-jaga.. haluss permainan syaitan. Habis tu, nabi, para sahabat adalah orang yang riak, ego, rasa diri bagus?
Mengajak benda baik, mencegah benda mungkar satu tuntutan dalam agama, sama macam kita dituntut solat, puasa, haji… rujuk quran, berapa banyak kali diperintahkan kita buat amar makruf nahi munkar.
Masyarakat melayu diperkenal dengan rukun islam sahaja, padahal dalam quran ada tuntutan-tuntutan lain… ada fardhu ain dan fardhu kifayah.. Dua-dua adalah wajib..
Kerana takut dicop ego, rasa diri bagus… masyarakat makin tenat. Bukannya si isteri tu mengejek suami dia, memperlekehkan suami dia yang tak solat. Dia cuma utarakan apa dalam hati dan fikiran dia kerana dia faham kewajipan solat.
Jangan kunci lidah dia sebagai isteri yang cuba jalankan kewajipan dia sebagai seorang islam.. Kita kena izzah (bahasa melayunya bangga jati diri) dengan agama kita, jangan takut sampai tak boleh menyatakan sesuatu yang benar…
Apa bermain di hati ni, Allah saja tahu… jangan kita cop orang tu bajet bagus kalau betul dia cakap benda yang betul. Kalau macam tu kita yang bermasalah… berkatalah benar sekalipun pahit..
6) “Suami tak solat tu urusan dia dengan Allah”
Urusan keluarga, urusan jiran, urusan masyarakat, adalah tanggungjawab orang beriman… Kita tak ditanya natijahnya orang tu masuk syurga atau neraka, tapi kita dituntut mengingatkan jika dia tersasar…
Ini lagilah yang tak solat tu suami kita, penyumbang benih zuriat keturunan kita… Kita doa hari2 jadikan zuriat keturunan kita orang yang soleh, tapi kita biar suami dan anak-anak kita… Dia dah jadi suami kita, urusan dia adalah urusan kita…
Jadi tak solat, bukan semata-mata urusan dia dengan Allah…
Ok, setakat tu untuk komen-komen. Saya minta maaf kalau ada yang terasa… saya rasa saya kena luahkan… mungkin saya ada salah juga… feel free agree to diasagree ..
Saya nak balik pada luahan confessor. Jangan salah faham, saya menghormati keputusan confessor… bukannya saya nak sarankan terus bercerai.. tapi cubalah seperti lain-lain komen yang minta solat hajat, berdoa…
Cumanya selain berdoa, kena berusaha… communicate… bercakap… luahkan… Seeloknya masa tengah baring, mood yang ok… luahkan harapan awak pada suami sebagai ketua keluarga..
Harapan awak pada keluarga kecil… kan best abang kalau kita solat jemaah sama-sama… Ajak dia singgah ke masjid, walaupun bukan untuk solat… just rehat-rehat saja, biar dia tak takut kat masjid…
Mungkin dia ada history buruk… tanya dia ada apa-apa sebab ke buat dia tak solat… mungkin dia tak pandai baca quran… bagi option untuk awak bantu dia..
Ajar dia baca quran, seeloknya masa takde anak ni, nanti dah ada anak, malu pulak depan anak… Mudah-mudahan terbuka hati dia untuk berubah..
Dan eloklah jangan ada anak lagi, bagi masa suami untuk berubah dulu… Saya rasa awak cukup faham kewajipan solat, bila tengok luahan awak tu… Biarlah ada anak masa dua-dua tengah ready nak jadi contoh tauladan yang baik pada keliarga kecil…
Jika awak dah usaha sebaiknya, solat istikharah mintalah petunjuk dari Allah samada nak teruskan perkahwinan atau sebaliknya… minta pada Allah…
Jangan takut dan sedih… Allah always be with you.. Awak kuat, sbb tu awak diuji… Saya doakan urusan awak, suami dimudahkan oleh Allah..
– Dari Nutfah (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit