Emak

Assalamualaikum

Saya umur 20-an berasal dari utara tanah air. Saya merupakan anak kedua drpd 3 beradik dan berasal drpd keluarga yang sederhana sahaja.

Saya nak memendekkan cerita sahaja. Saya telah lama belajar di Pantai Timur sebelum pulang ke utara tanah air untuk tinggal bersama keluarga.

Selama tinggal bersama keluarga selama beberapa bulan ini saya menjadi sangat tertekan dengan sikap emak saya. Bukan sampai ke tahap rasa hati tapi ke tahap tekanan saya dibuatnya. Dia suka mencari kesalahan saya menuduh saya yang bukan-bukan. Tuduh saya berlagak lah kedekut lah dan macam macam lagi. Saya yang bekerja gaji seribu hanya mampu memberi sebahagian gaji saya sahaja kepadanya dan selebihnya untuk kegunaan masa hadapan kerana saya sedang menunggu panggilan kerja daripada SPA dan tidak pasti di negeri mana akan di campak. Untuk pengetahuan semua saya mempunyai seorang abang yang masih bujang. Dengan abang saya emak saya tidak pernah memaksa memberinya duit. Dia tidak bising pun sekiranya abang saya tidak memberi wang kepadanya. Tetapi kalau saya memberi sedikit sahaja belanja bulan itu memang emak saya akan tarik muka sebulan. Saya anak perempuan baru habis belajar belum ada sumber rezeki yang tetap. Saya sangat sedih dengan nasib yang menimpa diri ini. Kadang-kadang rasa hendak lari dari rumah. Bila saya pergi kerja naik kereta dia kata saya berlagak. Tak taw berlagak di mana. Kereta second hand itu memang ayah saya beli untuk saya guna waktu belajar dulu dan salah ke saya nak naik kereta pergi kerja instead of bas? Kalau saya tidak bawak kereta tu memang tiada siapa pun yang akan drive sebab mereka semua tiada lesen kereta. Saya tak tahu dekat mana yang saya kurang di hati emak saya. Pertelingkahan antara kami akan bermula apabila dia mula menuduh saya bukan-bukan. Kedekut, berkira, berlagak, belajar pandai tapi tak berguna satu sen, perangai buruk macam ayah saya dsb. Kadang-kadang ada perkara yang tak masuk akal juga. Malas nak cerita lebih.

Hubungan emak saya dengan ayah saya sudah berpuluh tahun hambar. Tapi ayah saya masih mahu pertahankan rumah tangga ini. Emak saya jenis yang berdendam dan kepala angin disebabkan itu tiada kebahagiaan langsung dalam rumah ini. Perangainya yang langsung tidak boleh ditegur dan menyangka dirinya semua betul mengeruhkan lagi keadaan. Ayah saya terpaksa mengikut semua telunjuknya dari semua segi. Setiap bulan ayah saya menunaikan nafkah zahir tidak pernah miss untuk keluarga kami. Tetapi balasannya emak saya tidak langsung mempedulikan ayah saya saya di rumah dan sekiranya wang belanja tidak cukup di tengkingnya ayah saya bukan-bukan. Ayah saya laksana tunggul kayu di mata emak saya. Sudah berpuluh tahun mereka tidur berasingan. Tetapi yang peliknya ayah saya masih mahu bertahan dalam rumah tangga yang tiada kebahagiaan ini.

Berbalik kepada cerita saya tadi, selama saya duduk di rumah saya memang sangat tertekan. Ada saja benda yang tidak kena. Saya dah cuba untuk menyenangkan hati emak saya tetapi ada saja benda yang tidak kena di matanya. Baru 4 bulan tinggal dirumah berat badan saya dah turun 5 kilo. Saya tak pernah sengsara sebegini sewaktu belajar dulu walaupun belajar bidang kritikal.

Emak saya tidak habis nak membandingkan saya dengan adik saya. Ye memang saya dari kecil bukan anak emas dia. Saya sedar dan saya beralih kepada kasih sayang ayah saya. Saya tidak faham tiada angin tiada ribut bangun sahaja tidur dituduh saya berlagak. Bila ditanya bila masa pulak berlagak mengamuk lah dia satu dunia. Emak saya jenis yang bila dia tuduh, dia cakap apa, saya kena diam dan terima. Benda yang pedas-pedas dihamburkan dan tuduhan yang tidak berasas siapa boleh bertahan. Saya akui saya bukan seorang yang penyabar tambahan lagi bila tiada hujung pangkal tetiba emosinya dilepaskan membuta tuli sahaja. Sebagai manusia, saya rasa saya perlu tahu dimana salah saya akan tetapi emak saya terus melenting sangat teruk. Sekali dengan ayah saya sekali terkena penangan.

Saya sangat tertekan. Apa yang harus saya lakukan. Semakin hari semakin tiada chemistry dengan emak sendiri. Di mana silapnya. Saya berharap kerajaan akan menghantar saya kerja di negeri jauh dari rumah biar lah Sabah Sarawak sekalipun. Tapi sampai bila saya perlu berlari mencari bahagia.

– Insan Tertekan

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit