Emak Aku Bukannya Kuli

Assalamualaikum dan terima kasih admin sebab sudi siarkan confession aku kali ni. Nama aku L dan aku sedang melanjutkan pelajaran di ipta dia utara semenanjung malaysia. Ya kebanyakkan pelajar ipta tengah cuti sekarang kan so ini adalah cerita tentang apa yang aku lalui sepanjang cuti sem ni.

Tujuan aku nak buat jugak confession kali ni adalah nak sedarkan manusia bahawa kaya sekali mana pun kau, berjaya sekali mana pun kau, hebat sekali mana pun kau tapi once kau dah abaikan mak bapak kau, kau adalah manusia yang paling bangsat kat muka bumi ni dan manusia yang aku maksudkan adalah terdiri daripada adik beradik mak aku.

Mak aku seorang SURI RUMAH tak macam adik beradik dia yang lain. Semuanya berjaya. Ada yang jadi CEO, ENGINEER, AKAUNTAN dan ada jugak yang hidup makan gaji suami yang kaya. Abah pulak hanya seorang pesara yang cuma bergantung pada duit pencen. Tapi bagi keluarga aku duit bukan segalanya asalkan kami bahagia.

Cerita ini bermula bila nenek aku start tak sihat ( sakit tua ). Nenek aku pulak tinggal dengan emak saudara aku yang tidak berlaki dan OKU terutama pada mulutnya. Mesti korang pelik kan, walaupun dia OKU fizikal tapi mulut dia tak OKU weh. Makan daging saudara mara dah jadi makanan asasi dia ( mengumpat ).

Bila nenek aku start sakit ni memang emak aku lah mangsanya. Adik beradik yang lain semua menlantik emak aku menjaga nenek aku atas alasan emak dan abah tidak bekerja dan rumah dekat dengan kampung. Sementara yang lain sibuk bekerja dan duduk di KL. Sebelum ni aku ingatkan emak bahagia sebab dapat duduk dekat dengan nenek tapi masa cuti ni aku sedar emak sebenarnya bukan hanya menjaga nenek tapi merangkap bibik tanpa gaji bersama abah di kampung.

Semasa cuti sem 2 bulan ni, boleh dikatakan tak sampai seminggu aku meluangkan masa di rumah yang selebihnya aku ikut emak dan abah duduk di kampung. Mak banyak kali menyuruh aku supaya tinggal di rumah bersama adik beradik yang bekerja tetapi aku tak nak sebab aku rasa masa cuti ni lah aku nak luangkan masa bersama mak dan abah.

Tapi sangkaan aku meleset sejak hari pertama aku duduk di kampung. Seawal 6 pagi aku terpaksa menolong emak untuk membersihkan nenek. Kadang kadang nenek terkencing malam habis satu badan kena air kencing dan aku emak dan abah la mangsa yang kena bersihkan. Emak akan bersihkan nenek, aku bersihkan cadar nenek dan abah akan bersihkan tilam nenek. Adakalanya bila dah masuk bilik air, nenek akan berak sambil berdiri ( tanpa dia sedari ) Dan baunya busuknya hanya Allah saja yang tahu. Mengucap aku dibuatnya.

Lepas subuh emak terus menyediakan sarapan, aku akan mengemas rumah dan abah akan menyapu halaman rumah. Lepas sarapan abah akan ke kebun. Emak akan terus siap sedia menyediakan makanan tengahari dan aku pulak amik tugasan membasuh baju. Sekarang pulak nenek dah tak boleh jalan sendiri ( takut jatuh ) dan makan nya pulak kena bersuap. Dan hari hari emak abah dan aku lalui tugasan yang sama. Sebagai tambahan abah akan mop lantai rumah seminggu sekali sebab nenek selalu makan bersepah so lantai memang akan kotor kalau tak di mop. Kalau nenek atau mak sedara ada appoinment doktor abah lah yang akan hantar dan jemput, dan emak lah akan memimpin mereka berjalan.

Aku bukan tak rela. Aku bukanya tak ikhlas, aku ikhlas kalau nenek dan emak saudara aku menghargai kedatangan kami sekeluarga. Maksud aku mnghargai bukan lah bagi duit kat kami bukan belanja kami makan sedap sedap. Cukup lah sekadar terima kasih. Tapi realitinya apa yang kami dapat? Kami hanya dibalas sampah. Nenek selalu marah marah bila tegur sampai kadang kadang menyumpah emak dan aku. Emak saudara lagi lah dicanangnya kat orang kampung yang datang melawat cakap kami sekeluarga tak jaga nenek, hidup menumpang, selalu bazir elektrik dan air dan makan minum kami sekeluarga dia yang tanggung. Mengucap aku bila abah bercerita ada orang kampung yang sampaikan dekat dia.

Adik beradik emak pun sama balik sekali sekala pun tetap nak menengking emak dan tak kasik emak balik rumah sendiri. Bila cakap nak balik kampung abah, adik beradik mak akan bereaksi macam ” laki kau dah takde mak kan buat ape kau nak balik rumah dia “, “mak kau kat sini buat ape kau sibuk nak balik kampung laki kau”. Ya Allah masa diorang ungkit je pasal arwah maktok (emak abah) aku rase macam nak menjerit je.

Rasa nak menengking semua adik beradik mak yang tak sedar bertapa besar nya pengorbanan abah yang hanya seorang menantu dalam keluarga diorang. Sampai satu tahap bila emak dan abah appoinment doktor dalam erti kata lain terpaksa meninggalkan nenek sekejap, adik beradik aku yang berkerja akan take turn untuk menjaga nenek di kampung walaupun diorang baru lepas balik bekerja.

Kalau musim raya lagi teruk, aku dengan keluarga aku memang sentiasa setiap kali raya kitorang memang akan beraya kat kampung abah sebab kat situ lagi indah dan permai. Tapi bila balik je kampung emak balik, masuk je rumah dah bau lain macam, masing masing balik KL dan tinggalkan kampung macam tongkang pecah, kapal karam, bilik air kotor, hancing, lantai dapur berlekit, pinggan makan tak bercuci, kuali masak berkakah, sampah dibiar sampai naik bau dan macam macam lagi. DAN KELUARGA AKU jugak yang akan kemas. Kalau sebelum raya pulak kami sekeluarga lah yang kene kemas rumah, tukar langsir, tukar sarung kusyen dan memasak sebab nak sambut orang KL balik beraya.

Bila nak diungkitkan, kalau aku jadi abah, aku memang dah lama tak akan jejakkan kaki kat kampung ni. Abah pernah bercerita masa mula mula keluarga abah pergi meminang emak, kesian arwah maktok ( emak abah ) dikutuk nenek ( nenek yang sakit sekarang ) sebab miskin. Kecik hati arwah maktok masa tu. Walaupun nenek buat macam mana sekali pun dekat abah, sekarang abah jugak lah orang yang bersihkan berak kencing dia. Aku banyak kali tanya abah kenapa dia sanggup buat semua ni. Tapi jawapan dia senang dan mudah. Dia kata nenek tu emak kepada isteri dia, jadi itu adalah emak dia jugak. Dia pun banyak kali nasihat aku, yang dia percaya semua yang jadi ni ada hikmahnya dekat keluarga aku.

Emak pulak masa dia kecik dia tak dibela oleh emaknya ( nenek yang sakit sekarang ) tapi dibela oleh neneknya ( moyang aku ) dah hanya tinggal bawah jagaan nenek aku bila emak dah 13 tahun. Basically bila aku fikir balik nenek tu sepatutnya bersyukur sangat sangat sebab anak yang tak dibelanya dan menantu yang dikutuknya dulu sekarang ni lah yang menjaganya. Tapi anak yang dibanggakan sekarang hanya mampu hantar duit tapi mereka sekeluarga pergi bercuti kt luar negara tanpa memikirkan sakit nenek aku.

Sekarang cuti sem dah nak habis, jujur aku katakan, hidup di universiti tidak sepenat duduk di kampung. Tapi apa yang lebih merisaukan aku lepas ni dah takde sape nak tolong mak dengan abah. Abah pulak asyik sakit sakit kaki dan emak pulak asal bangun pagi je pening kepala. Sakit belakang sebab banyak buat kerja sangat. Aku risau sebab kalau sebelum ni aku boleh tolong untuk picit picit tapi lepas ni sape lah yang nak picit emak dengan abah. Aku mintak semua pembaca confession aku ni untuk doakan kesihatan emak dan abah aku. Amin.

– ANAK EMAK DAN ABAH

– L

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit