Assalammualaikum. Kisah aku ini, aku cuba ringkaskan. Bukan untuk bercerita keburukkan adik beradik sendiri, tetapi semoga dijadikan iktibar pada semua orang tentang tanggungjawab anak kepada ibu bapa. Dari kecil aku duduk dengan emak & ayah sehingga sekarang. Kenapa aku tak pernah berenggang? Sebab aku anak bongsu. Bg abang & kakakku, tanggungjawab menjaga mak & ayah adalah tugas aku.
Dengan keputusan cemerlang dulu, aku dpt tawaran kerja tetap, tp aku terpaksa tolak kerana abang & kakakku membantah. Jauh & tiada org yang nak menjaga emak & ayah nanti. Mereka sibuk bekerja & sudah ada keluarga sendiri. Tak dpt nak balik utk menjaga emak & ayah kata mereka lg. Aku agak kecewa kerana sia2 aku belajar selama ni. Tp aku terpaksa redha demi mengenangkan ayah & emak yang sudah berumur.
Jadi, aku bekerja jerlah sebagai kerani di bandar berdekatan. Dgn duit gaji seciput itulah aku menjalani kehidupan bersama2 ayah & emak yang sering sakit2. Ayah aku ada pencen perkerja am semasa kerja muda2 dahulu. Tp berapalalah sgt. Mula2 jiwa aku sedikit memberontak, rakan2 semua dpt sambung belajar ke IPT & ada yang dah kerja bagus. Bila cuti hujung minggu mereka dpt keluar melakukan aktiviti sukan, menonton wayang bersama2. Tp aku? Tak mengapalah, setelah beberapa tahun bersendirian begini, aku hampir lali.
Abg & kakakku semua telah berjaya dgn kehidupan masing2. Bekerjaya, rumah besar, kereta mewah. Ada pembantu rumah. Tinggal di kotaraya. Bercuti sana sini, baik di dalam negara mahu pun luar negara bersama-sama keluarga, rakan2 & keluarga mertua ipar duai. Tapi emak & ayah di kampung ni cuma setahun 2, 3 kali sahaja mereka pulang. Itupun sejak mereka berkahwin, mereka tak pernah langsung bermalam.
Jika hari raya, mereka cuma balik pd hari raya pertama shj & petang mereka segera pulang ke rumah mertua atau rumah masing2. Jika ada sesekali majlis2 tertentu shj baru mereka pulang. Itu pun muncul seolah melepas batuk di tangga. Sekadar tunjuk muka & cepat2 pulang. Kenapa abang & kakakku? Sbb rumah emak & ayah kita ni kecil ke? Panas? Sempit & buruk kamu malu pada bini, suami & anak2 kamu ke? Jgn kamu lupa, di rumah ni la kita membesar. Main & bergaduh bersama2.
Bukan aku tak pernah bercakap pd mereka, pernah. Aku minta abang & kakakku, balik jenguk2lah emak & ayah di kpg ni, bukan jauh sgt pun. Rumah kamu2 semua tak sampai 1, 2 jam pun perjalanan. Dah beberapa bulan kamu tak balik. Terlalu sibukkah? Telefon pun jarang2 call tanya kabar. Emak & ayah selalu bertanyakan cucu2. Sampai aku dah tahu nak bagi alasan apa lg. Tp apa jawapan yang aku dpt ialah tazkirah dr mereka. Mereka mempergunakan agama sebagai landasan.
Sampai skrg aku ingat apa kata2 salah sorang drp kamu kpd aku “Dik, kau belum kawin, kau belum tahu erti tanggungjawab pd keluarga sendiri. Kami dah berkeluarga & kami ada jln kehidupan kami sendiri. Kenapa dgn kau ni? kau ni macam dah tak nak jer menjaga emak & ayah? Ikhlas la sikit. Kau tak tahu ke pahala besar menjaga emak & ayah? Kau nak ke tak nak, kau kena jer la terima nasib kehidupan kau, ini kan dah ketentuan Allah. Kau kena positif, kau adalah anak terpilih yang Allah bg jln mudah ke syurga iatu dgn menjaga emak & ayah, bukan kami. Ke sebenarnya kau ni cemburu dengan kehidupan kami?” Ya Allah, sampai ke situ kata2 mereka pada aku. Jika aku dipaksa pilih jalan mudah ke syurga, kamu? mengelak diri utk masuk syurga ke apa?
Aku bukan orang gaji kamu atau orang yang dibayar upah untuk menjaga emak & ayah kamu. Tapi ni emak & ayah kita bersama. Aku faham & aku tahu tanggungjawab aku sebagai anak. Selama aku menjaga emak & ayah sedikit pun kamu semua tidak berterima kasih. Kamu benar2 lepaskan tangan begitu sahaja dibahu aku. Perbelanjaan dapur, makan pakai, ubat ubatan emak & ayah kamu langsung tidak ambik tahu. Aku sikit pun tidak merungut menjaga mereka walaupun kadang2 emak & ayah byk karenah. Orang tua, kadang2 perangai pelik2. Tetap aku layan.
Bagi menggembirakan mereka, aku ikut sahaja kehendak mereka, walaupun faktor kewangan aku tidak mengizinkan, aku usaha untuk dapatkan apa yang mereka pinta. Nak harapkan kamu semua? Kalau aku kumpul jumlah yang kamu beri pada emak & ayah, tak sampai RM200 pun untuk setahun. Kenapa kamu amat2 berkira dgn emak & ayah? Dgn kereta kancil 1st edition ayah tu la aku ke sana ke ke sini ke hospital ke masjid bawa emak & ayah. Bahu aku macam nak luruh pikul sebelah badan emak jika emak tak sihat. Walaupun dalam hati aku menangis sbb tak ada sesapa nak tolong aku, tp kudrat ayah dah tak mampu nak dukung emak lg. Ayah berjalan pun harapkan sokongan tongkat.
Untuk abang & kakakku, aku si adik bongsu kamu yang sering kamu lupakan. Di dalam badan kamu, mengalir juga darah & daging yang sama dengan aku. Aku amat berharap kamu, isteri, suami atau anak2 kamu baca apa yang aku tulis ni. Abg & kakakku, aku tidak cemburu tentang kehidupan kamu semua. Aku cuma minta kamu ambiklah masa untuk emak & ayah. Ambiklah hati mereka. Gembirakanlah mereka selagi hayat mereka masih ada di penghujung usia begini. Jika kamu telefon untuk cukupkan syarat sahaja, ia takkan sama jika kamu dapat bertentang mata dengan mereka.
Pandanglah puas2 wajah yang melahirkan kamu & yang membesarkan kamu. Jika reunion, jika kenduri rakan2 apatah lagi family day sebelah mertua kamu, ipar duai kamu sanggup pergi, inikan pulak emak & ayah sendiri langsung kamu tiada masa untuk mereka. Di usia mereka ketika ini, mereka hanya perlukan kasih sayang anak2 & mereka mahu dikelilingi cucu2 sahaja. Mereka tidak minta duit kamu. Kamu tahu kan? Tidak pernah emak & ayah mintak duit dari kamu semua. Seringkali selepas pulang dari masjid, riak wajah emak & ayah agak suram kerana rakan2 jemaah masjid tiada. Sbb apa kamu tahu? sbb anak2 mereka jemput emak & ayah mereka bercuti atau dibawa blik ke rumah mereka. Emak & ayah kamu? Tidak pernah kamu bawa mereka bercuti apatah lg pelawa datang ke rumah kamu pun jarang2 sekali.
Bukan aku kata kamu tidak pernah mengajak, tapi kamu mengajak ibarat ajak2 ayam. Bukan aku buruk sangka pada kamu. Tapi ini benar. Bila kamu ajak emak & ayah datang ke rumah, belum sempat mereka menjawab, kamu akan terus berkata “tapi kalau emak & ayah datang pun, kami tak ada, tak guna jugak, sbb semua bekerja & anak2 sekolah, kalau duduk kampung ni boleh la keluar2 rumah tengok ayam kat belakang rumah tu”. Jadi, kau rasa orang tua tak faham maksud kamu ker?
Wahai abang & kakakku, aku korbankan masa remajaku pada emak & ayah sehingga sekarang umurku skg masuk 30an. Dimana rakan2 aku semua telah berkeluarga. Aku? Masih meneruskan kehidupan yang hambar. Tiada life untuk aku lg. Zaman kita semakin maju tp adab kita tidak semua yang maju. Apa motif kamu create group wassup family jika apa yang dihantar adalah untuk berlawan sesama kamu sendiri tentang kewahan, percutian & kepandaian anak2 kamu semua? Group family penuh dgn cerita kamu shj wahai abang & kakakku. Jarang sekali kamu bertanyakan kabar emak & ayah. Apa yang mereka buat. Makan apa? Tengah buat apa? Jarang & sgt2 jarang. Aku? Hanya mampu krik krik sahajalah. Tiada apa yang nak aku mencelah. Aku seolah2 tak wujud group family tu.
Di dalam FB, aku sering terbaca post kamu yang indah2 belaka. Betapa bahagianya hidup kamu & keluarga kamu semua. Dan selalu juga kamu post status kamu menghadiri kelas2 agama. Sampai ada diantara kamu bersusah payah buat kerja2 amal untuk dapatkan sumbangan bagi membantu untuk disalurkan kepada orang2 islam yang ditindas diluar negara. Ini menunjukkan kamu lebih arif berkaitan bab agama. Adakah kamu memilih tajuk2 kelas yang kamu hadiri? Tidak ada langsung ke kelas yang berkaitan tanggungjawab anak kepada ibu bapa?
Abg & kakakku, tolonglah jgn jadikan hidup kamu penuh dgn hipokrit. Di alam maya, di depan mata orang luar, kamu menunjukkan betapa islamiknya kamu. Posting semuanya bercirikan islamik. Post gambar2 throwback emak & ayah dgn caption rindu & ayat2 islamik kamu. Tak sedikit malukah kamu pada aku yang tahu segalanya? Dgn segala kepura-puraan kamu? Tp reality? Kamu semua FAKE!
Setinggi mana pun pelajaran kamu, semewah mana pun kehidupan kamu skrg, takkan berkat jika tidak mendapat keredhaan ibu bapa. Aku cuma mampu mohon kepada Allah swt, semoga kamu abang, kakakku, ipar2ku & anak2 buahku semua, sebelum emak & ayah menghembuskan nafas terakhir, berubahlah. Sesibuk mana pun kamu, luangkan sedikit masa untuk menggembirakan hati mereka. Mereka rindukan suasana berkumpul bersama2 anak2 & cucu2.
Janganlah kita menjadi anak yang tidak mengenang budi & anak yang derhaka. Aku tidak doakan kamu semua perkara yang tidak baik, tp aku cuma ingatkan sahaja. Hidup kita ini bagaikan roda, apa yang kamu lakukan sekarang, tidak mustahil anak2 kamu akan mengabaikan kamu seperti mana lakukan seperti ini suatu hari nanti.
Ya Allah, ampunkanlah dosaku, aku dah cuba buat yang terbaik untuk emak & ayahku, aku mohon kepada Mu, ampunkan dosa ibu bapaku & rahmatilah mereka dengan kasih sayang Mu, sebagaimana mereka menyayangiku, abgku & kakakku ketika kami masih kecil. Aminn.
Dari adikmu di kampung.
– Anisa
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit