Saya seorang perempuan belum berkahwin yang lewat 30-an. Saya ada pekerjaan yang bagus, tapi saya berhenti kerana mental breakdown.
Saya baru baik berubat dan sekarang ini baru nak kerja balik. Nasib baik saya dapat beli rumah kondominium sendiri.
Sekarang ini saya jarangkan jumpa mak bapak saya kerana rumah mereka dah jadi toxic. Saya sayang mak ayah saya. Anak mana tak sayang, kan?
Tapi kerana saya mengalami childhood trauma dan asyik dibuli di rumah, saya sekarang jauhkan diri dari mak ayah saya, terutamanya ibu saya yang lebih bermasalah daripada ayah.
Mak dan ayah saya orang yang berpangkat besar dan berharta. Asalnya mereka orang susah, tapi akhirnya berjaya. Malangnya, mereka tak ngam.
Masa mula-mula kahwin okay, tapi kemudian dah banyak red flags keluar. Tapi diorang tetap berkahwin.
Sebelum diorang berkahwin, mak pernah confess kat aku yang dia dan abah sudah bersama. Mak aku play victim, cakap ayah aku goda mak aku, tapi aku tahu itu atas dasar suka sama suka.
Mak macam nangis la, but aku tak bagi muka. Aku tanya mak aku, aku ni anak luar nikah ke tak. Alhamdulillah, mak cakap bukan. Mak pernah ada keguguran sebelum aku.
Lepas itu, aku lahir. Time keguguran tu, mak dah kahwin dengan ayah secara sah. Masa aku tengok gambar-gambar lama mak ayah aku, mak aku pakai seksi. Yelah, zaman tu kan ramai yang free hair dan kebaratan.
Mak dengan ayah aku ni sekolah SBP dulu. Budak-budak pandai tapi bawah biasiswa. Aku pun tengok SBP dulu kebaratan jugak.
But it’s okay jugak la pasal diorang muda. Semua orang ada zaman muda, kan? Cuma aku tak adalah sampai tidur dengan ex-bf aku.
Alhamdulillah, walaupun aku pun free hair, tapi aku tahu batasan. Aku on-off pakai tudung. Aku kekalkan istiqamah pasal dah dekat 40-an.
Mak aku ni garang. Aku pun pelik. Mak aku banyak kali cuba control bapak aku bila ada benda yang tak kena.
But so far, aku tengok la orang keliling aku yang dah kahwin tak adalah sampai marah-marah kat pasangan. Bapak aku ni soft-spoken tapi entahlah. Satu, bapak aku ni malas but suka cakap besar.
Cakap pasal bisnes billion-billion. Dulu mak dengan bapak aku pernah berniaga, lepas tu jatuh bankrap. Kemudian diorang usaha la jangan bankrap, but diorang dapatkan pekerjaan tetap.
Orang kata kalau tak pandai berniaga, kita kena bekerja dengan orang. Dalam bab ni, aku admit diorang handal jugak la.
Time ni aku membesar masa sekolah menengah. Aku dah nampak dah kesan-kesan retak dalam rumah tangga diorang. Bila diorang bergaduh, aku dengan adik aku dengan pembantu rumah boleh dengar dari atas.
Ada satu hari tu, kami nak siap-siap pergi sekolah, mak aku marah-marah pasal apa pun aku tak ingat.
Depan rezeki, mak aku cakap dengan kitorang, “Nanti korang tahulah dapat mak tiri.” Bapak aku pun bengang time tu. “Tarik balik cakap tu.” Mak aku melawan.
Well, needless to say, memang bapak aku kahwin satu lagi pasal nak ajar mak aku, dan bermulalah drama hitam dalam famili aku sampai aku trauma.
– BabyTua (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit