Assalamualaikum dan terima kasih sekiranya confession disiarkan.
Baru baru saya ada berjumpa dengan kaunselor, dia cakap dalam dunia tak ada satu pun keluarga yang sempurna. Mesti ada kepincangan dalam keluarga tu sama ada dari sikap ibu, ayah, anak anak atau pihak lain.
Baru-baru ni ada yang menceritakan tentang sikap ibu mereka seperti suka memaki hamun anak-anak lalu anak-anak menjadi kurang gemar dengan sikap ibu mereka. Saya kerap berbincang dengan ibu saya dalam hal-hal macam ni. Saya sebagai anak bingung juga sekiranya seorang emak mempunyai sikap yang suka memaki hamun, adakah anaknya tetap salah atau ibunya?
Jadi saya berbincang dengan ibu saya supaya saya ada view yang jelas tentang hal ni. Ibu saya jawab begini. Memang seorang mak tetap mak. Tapi apabila dia ada sikap yang negatif yang suka memaki hamun, perbuatan tu tetap salah walaupun dia seorang ibu. Ada pula yang membandingkan anak yang tak ada ibu dengan anak yang ada ibu tapi ibunya suka memaki hamun. Sorry to say tapi starting point sudah berbeza. Salah satu kesannya adalah psikologi anak.
Masa saya sekolah rendah, saya ada seorang kawan. Kadang-kadang tumpang kereta mak dia balik rumah. Balik sama-sama. Jadi dalam kereta tu, terdengar mak dia marah dia. Bagi saya, marah tu okey lah. Biasalah marah. Tapi bila mak dia maki hamun sampai terkeluar perkataan “Kamu ni taiklah!!” Kawan saya jadi malu dengan saya. Saya pun diam je lah. Oh ya saya berjiran dengan dia. Kadang-kadang dengar mak dia jerit dekat dia. Sekarang masing-masing dah masuk universiti, dia sabar orangnya. Tapi saya perasan sikap kawan saya yang berbeza. Dia suka beremosi diam-diam. Post2 update dia banyak menonjolkan gambaran emosi.
Baru-baru ini saya dan mak saya pergi ceramah psikologi. Penceramah tersebut menceritakan pengalamannya berbahas dengan orang Kristian tentang Nabi Isa adalah Tuhan.
Penceramah tu tanya kenapa Nabi Isa makan minum, buang air kecil besar sedangkan dia Tuhan? Kenapa Nabi Isa berdoa sedangkan dia Tuhan? Dia perlu buat macam tu.
Jawapan orang Kristian tu senang je. Sebab Nabi Isa tu Tuhan. It’s up to Him. He can do whatever. Inilah yang dipanggil deep emotion dalam psikologi. Adanya pergantungan yang kuat dan penyerahan emosi yang mendalam membuatkan segala perkara yang dilakukan Nabi Isa sebagai Tuhan adalah benar belaka.
Begitulah juga perkaitannya dengan mak dan anak tadi. Saya tanya kepada ibu saya adakah situasi ini adalah deep emotion juga di mana tindakan seorang emak yang negatif seperti memaki hamun dilihat benar? Ibu saya cakap ya. Ia adalah deep emotion antara anak terhadap ibu. Walaupun emak salah tetap dilihat betul. Mak saya tambah lagi. Mak tu tetap mak. Memaki hamum tetap salah walaupun dia mak. Memang betul mak dah jaga kita dari kecil, tapi bila mak ada buat salah, perbuatannya tetap salah. Jangan cakap mak saya derhaka pada nenek saya. Sekarang tengah ada di kampung lawat nenek.
Mungkin selepas ini kita perlu fikirkan bagaimana untuk berkomunikasi dengan lebih baik dengan ibu bapa kita. Saya ada juga terasa dengan ibu saya apabila ibu saya sering memuji kawan lain saya ni cantik, kurus, tinggi dan pandai. Bila saya balik je, ibu saya puji dia. Saya pula berjerawat, pendek, berisi dan so-so akademik. Jadi saya ambil keputusan berterus-terang je. Saya cakap saya tidak suka. Saya terkilan dan jadi CEMBURU dengan kelebihan yang orang lain ada. Lepas tu ibu saya tak cakap dah pasal tu. Tapi saya tak nak lah sebab tu je nak terasa. Jadi, kadang-kadang saya buat home-made facial, urut kaki sebelum tidur (Masa ni lah nak minta maaf, nak manja-manja ke) dan mandian skrub ibu.
Satu lagi saya tambah, kenapa ilmu psikologi penting. Supaya kita tahu sikap kita tergolong di mana, emosional atau rational. Walaupun ilmu psikologi banyak dipelopori oleh Yahudi, tetapi kita lihat bagaimana ilmu tu ditanam. Penceramah itu juga ada cakap masyarakat kita banyak cenderung kepada emosi tanpa sedar, bukan intelligence.
Beberapa minggu lepas, saya dan ibu pergi ke kursus kaunseling. Penceramah ada cakap tentang bagaimana kadar jenayah di Norway sangat rendah sehingga rumah2 di sana tidak perlu berpagar, persekitaran yang sangat bersih, ‘rotan’ less tapi masyarakat tetap beretika. Bagaimana ‘rotan’ less dalam pendidikan? Pasti ada teknik mendidik. Itulah kegunaan psikologi dalam menanam ketinggian emotional quotient. Jangan dibandingkan mereka adalah kafir, minum arak, berzina tetap masuk neraka.
Akhir sekali, saya harap para pembaca sedikit sebanyak terbuka dengan confession saya dan saya minta maaf juga kalau ada yang terguris. Ohh ya, jangan dilupakan ilmu psikologi dalam kehidupan seharian.
– Bulan
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit