Salam admin. Aku harap sangat confession aku disiarkan. Aku memang nak sangat pendapat yang neutral.
Tadi aku dapat call untuk interview SL1M di syarikat kejuruteraan di Petaling Jaya. Tetapi interview akan diadakan di Sungai Buloh. Aku pulak berasal dari Muar Johor.
Bila dapat call tadi aku rasa bersyukur. Cuma tak adalah teruja mana. Aku neutral sebab aku taknak terlebih happy. Lagipun ni sekadar interview.
So bila aku bagitahu mak aku. Dia macam takde perasaan. Macam layan tak layan. So aku mula-mula tak fikir apa. Aku chill ja. Aku roger abang aku yang tinggal kat Selangor untuk tumpang rumah dan bincang sikit pasal planning nak pergi ke interview tu.
So bila dalam kereta, (OTW pergi bandar) mak dan kakak aku bukak balik topik ni. Diorang macam bersungut tentang lokasi temuduga dan lokasi tempat kerja aku.
Dengan tak dapat ucapan tahniah ke apa, aku macam boleh detect mak aku tak suka. Aku tanya balik, boleh tak aku pergi, mak aku boleh cakap “Nak pergi, pergilah”. Tu aje dia cakap. Tak ada galakkan langsung.
Aku pun pancing balik la emak dan kakak aku dalam dialog. Aku cakap kalau dia tak bagi aku tak pergi. Sekadar nak mintak dia bagi kata-kata semangat. Lepastu boleh mak aku suruh je kerja kilang dulu jadi operator. Sebab elaun SL1M sekadar rm2000. Kalau kerja kilang pun boleh dapat dalam RM 1.5 K termasuk OT dan elaun. Sementara tunggu kerja betul. Tahu tak aku mintak kat Jobstreet tu bukan senang nak sangkut. Boleh senang-senang mintak aku kerja area JB je paling jauh pun. Aku stress betul. Bukan aku yang malas nak kerja sekarang ni. Tapi mak aku tak restu.
Kau faham tak perasaan aku macam mana? Dengan aku menganggur sejak bulan 1 tahun ni. Aku mula-mula haritu dapat kerja kat Melaka pun dia macam tak bagi aku interview awal tu. Padahal tu ikut skop bidang apa yang aku belajar kat universiti. Dia macam acuh tak acuh bila dapat tahu gaji yang aku akan dapat cuma RM 1.5 K sahaja.
Haritu bulan 4 aku kerja bahagian marketing kejap. Dengan company penipu, tak ada gaji basic untuk 2 bulan pertama, tak ada epf socso. Kalau mati ke mati katak. Ulang alik 90 km pergi balik tempat kerja. Gaji tak smpai seribu hasil buat sales sebulan tu. Aku stress sampai tahap aku jadi rasa kosong dalam hidup aku. Semangat hilang. Mengurung diri dalam bilik. Takda azam dan semangat nak kemas rumah ke apa. Jadi pemalas gila. Sebab aku rasa aku tak ada life. Adik beradik aku semua kerja kerajaan padahal aku yang paling pandai habis belajar menganggur jadi biawak hidup. Ya aku tahu mak dan kakak aku mengumpat aku kat belakang sebab aku malas. Faham tak semangat aku hilang sebab aku tak ada kerja?
Ni aku tengah konflik ni. Kalau macam dah tak dapat restu emak aku atau dapat restu tak ikhlas. Baik aku kerja kilang dulu ke apa? Aku taknak kerja dalam keadaan tak dapat restu. Nanti tak berkat. Hidup aku banyak masalah kat tempat tu. Aku nak keberkatan tu je dalam kerja ni.
Mohon korang dapat bagi pandangan bernas. Terima kasih.
– Kiki
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit