Emak Yang Tak Sekufu

Terima kasih admin, siarkan confession ni.

So first of all, aku bagitau siap-siap. Aku tak marah dengan mak aku. Berdendam pun tak. Confession ni just macam sharing je..

Aku dari dulu tak faham dengan pemikiran mak aku. Dia tak macam mak orang lain.

Mak orang lain, beria doa biar anak dia orang taat beragama. Tapi mak aku ni pelik sikit. Dia terbalik.

Keluarga aku bukan keluarga baik2. Tak taat beragama sangat pun.

Aku aje yang macam pelik sikit dalam family ni. Aku sorang aje yang tutup aurat, solat, puasa etc. N cabaran aku untuk taat beragama adalah mak aku sendiri.

Bila aku pakai tudung labuh, dia beria larang. Dia kata macam makcik2.

Bila aku pakai baju muslimah, dia tak suka. Dia beria belikan baju2 ketat n singkat, suruh aku pakai.

Bila aku pakai seluar longgar, sampai sekarang dia hasut aku supaya pakai seluar ketat. Dia siap belikan seluar slim fit untuk aku.

Entahlah. Tak tahu nak cakap macam mana. Aku tak ada tempat nak luah benda ni, so kat sinilah aku meluah.

Termasuk jugalah bila masuk bab cari jodoh.

Dia tak bagi aku cari lelaki yang jaga solat. Dia kata, tak sesuai dengan family kitorang.

Tapi aku jaga solat, min. Sekurang2nya nak juga aku pasangan yang sekhufu dengan aku, walaupun tak sekhufu dengan family aku.

Mak aku, punya dia gigih dengan prinsip dia,

Dia tak pernah restu lelaki pilihan aku. Alasannya, sebab dia kata lelaki tu sombong. Datang rumah, tak salam dia.

Aku nak explain dekat dia pun tak tahu macam mana tau min. aku dah kata dekat dia, lelaki haram salam perempuan yang bukan keluarga.

Eh tak. Bagi dia, orang tua dulu2 elok aje bersalam bila datang rumah keluarga perempuan, kenapa lelaki pilihan aku tu tak nak salam dia pula.

So lelaki beragama yang jadi pilihan aku, semua dia tak suka.

Dia gigih carikan sendiri calon untuk aku.

N calon2 yang pernah dia bawa dekat aku adalah,

Yang kaki perempuan. Yang merokok, yang tak tahu hukum-hakam agama. Yang tak kerja. Kaki pukul, tak solat. Tak bertanggungjawab. Mak aku kata, lelaki macam tu adalah normal.

Yang aku nampak, dia cari lelaki2 macam tu sebab dia pun kahwin dengan lelaki macam tu. N bapak dia juga macam tu. So dia tak mahu keluar dari circle tu.

Dia nak aku pun mesti teruskan budaya family yang kahwin dengan lelaki tak ketahuan macam yang dia dapat.

So kesudahannya, sampai sekarang aku tak kahwin lagi. Umur aku dah dekat 33 pun.

Aku give up dah bila asyik tak sama mentaliti dengan mak aku ni. Tak apalah, tak payahlah kahwin.

Bila balik kampung, bila mak aku bising2 komplen pasal pemakaian aku, aku diam aje.

Aku sehabis usaha supaya tak kerap sangat balik kampung. Supaya aku tak sedih dengar dia komplen2 agama yang aku cuba taat ni.

– Yuli (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

  1. Salam, maaf cik nak tanya. Mak cik ada pegang ilmu apa-apa ke? Sebab cara cerita macam betul-betul benci dengan orang jaga solat dan agama. Untuk cik, jangan berputus asa. Teruskan berdoa, usaha, dan tawakal. Mohon pada Allah jodoh yang terbaik. Syurga bukan percuma sebab itu kita diuji. Saya doakan Allah permudahkan segala urusan cik di dunia dan akhirat. Allahummaaminn

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *