“Emir” Yang Pernah Aku Kenal

Dah lama aku tak tengok drama yang boleh buat aku trigger dengan watak seorang lelaki penunggang agama & munafik yang bangga dapat merosakkan wanita,

Dan akhirnya berkahwin dengan perempuan yang suci walau dirinya sendiri bukan lagi suci sebagai seorang lelaki.

Aku tak tengok sampai habis pun cerita Perempuan Itu… Tapi watak Emir tu mengingatkan aku takdir yang pernah aku lalui semasa aku muda dan mentah dalam mengenali niat jahat manusia.

Dalam cerita Perempuan Itu…yang teraniaya adalah isteri tapi dalam kisah aku, aku hanyalah sandaran “Emir”.

Moga kisah aku ni dapat dijadikan pengajaran.

Aku bukanlah isteri “Emir” kerana lepas Emir berjaya menganiya aku, dia kahwin dengan perempuan yang menurutnya suci dan dah pun dikurniakan seorang anak lelaki.

“Emir” yang aku pernah kenal;

1) Dia adalah rakan sekerja aku yang datang pada aku dengan kisah sedih yang dia dah pernah terlanjur dengan ramai wanita dan dia ingin bertaubat.

Dia mohon bantuan aku untuk bimbing dia. Aku yang naif & bodoh benar2 percaya dia ingin berubah.

2) Dalam tempoh sebulan perkenalan, dia dah bawak aku jumpa mak ayahnya sebagai tanda serious untuk perhubungan dan untuk mengaburi mata aku yang bodoh ketika tu.

3) Dia dari keluarga yang miskin tapi dia seorang yang bijak dalam akademik, bekas pelajar sekolah berasrama penuh lelaki.

Dia juga bijak memanipulasi manusia di sekelilingnya dengan cerita keluarga yang miskin sehingga perempuan2 yang mengenali dia kesian dan tidak berkira membantunya yang hidup susah & kononnya melarat sejak kecik.

4) Dia bekas penyanyi nasyid sekolah dan mahir membaca Al-Quran. Dia gunakan status Itu untuk mengaburi perempuan seperti aku yang dia sebenarnya baik cuma tersalah langkah & tak mampu mengawal nafsu.

5) Dia berjaya mendapat gambar aibku tanpa aku sedari menggunakan kamera yang disembunyikan di dalam bilik air di rumahnya semasa aku berkunjung ke rumahnya untuk berjumpa keluarganya.

6) Lepas itulah dia mula menunjukkan belangnya mengugutku untuk melayaninya atau tak gambar aibku akan disebarkan.

7) Dia berjanji untuk mengahwiniku selepas menghantar ibu bapanya menunaikan Umrah.

Aku kata mana mungkin kau mampu untuk hantar ibu bapa kau menunaikan Umrah sedangkan duit perbelanjaan kau & keluarga kau aku yang tanggung.

8) Dia buat aku tunggu yang dia akan bertanggungjawab kepadaku selepas menghantar ibu bapanya ke Umrah. Aku yang bodoh percayakan dia.

9) Rupanya dia dah berencana untuk mengahwini perempuan lain yang kononnya suci dari aku yang pernah dia sentuh. Perempuan yang aku anggap sebagai adik.

10) Akhirnya dia hanya memohon maaf atas segala kesilapannya pada aku dengan menghantar satu Whatsapp dan terus memblock aku lepas aku pertikaikan mana janji yang dia pernah katakan.

Kepada “Emir”, ketahuilah kau tak dapat aku maafkan kerana sehingga kini aku masih menanggung derita perbuatan kau pada aku.

Walaupun setiap hari aku cuba memaafkan selamat 8 tahun, segala kata2 dan perbuatan kau masih aku rasa kesannya hingga hari ini.

Mungkin kau fikir kau dah menang kerana kau kini sudah berkahwin dengan perempuan yang suci, memilik zuriatmu sendiri, memilik harta rumah dan kereta atas namamu walaupun dulu kau miskin hina tak mampu beli seluar kecik sendiri pun.

Ya, kau seorang yang miskin lagi hina kerana kau hanya memanipulasi kelemahan wanita lain untuk kesenangan diri kau.

Tapi ingatlah, aku tak pernah berhenti mendoakan agar segala perbuatan, cacian dan hinaan kau pada aku dan ibu bapaku dikembalikan kepada kau.

Jangan kau ingat yang kau dah lepas dari segala perbuatan hanya dengan satu kata-kata maaf tanpa disusuli dengan perbuatan yang menunjukkan kau betul2 bertaubat.

Jangan kau ingat segala kesenangan yang kau dapat sekarang adalah kerana kau dah memohon maaf pada aku .

Jangan kau percaya dengan omongan yang kata sekiranya kau telah memohon maaf, maka telah padam la segala kesalahan kau pada manusia lain walau manusia it tidak memaafkan kau.

Jangan kau terlalu selesa.

Pada adik2 di luar sana, akak mendoakan agar kalian tidak diuji dengan ujian yang akak dah lalui. Janganlah kalian mudah percaya pada lelaki walau bagaimana “alim” dia kelihatan.

Pada para lelaki yang menggunakan fake account yang bakal memberi komen atau berfikir yang aku ni perempuan murah dan hanya tau menyalahkan lelaki, terserah pada kalian dan komen “suci” kalian.. aku pernah silap & kalian juga bukanlah maksum.

Kepada “Emir”, Aku masih tidak berkahwin bukan kerana aku masih mengharapkan kau “Emir” tapi aku tau aku tidak layak mengharapkan lelaki lain.

– Yang Pernah Silap (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *