Emosi dan Sosial Media

Assalamualaikum w.b.t. Rasa terpanggil untuk menulis nukilan ringkas memandangkan media sosial merupakan wasilah yang paling banyak digunakan oleh golongan muda. Terpanggil juga untuk menulis dengan diselitkan sedikit pengalaman. Sebolehnya saya cuba untuk tak gunakan ‘self-centered’ punya style.

Tak dinafikan semua manusia yang berjiwa dilahirkan dengan emosi yang serba hidup. Gembira, sedih, nikmat, marah, kecewa, cemburu dan lain-lain. Percaya atau tak percaya, emosi setiap orang berbeza-beza. Semua orang ada kadar penerimaan dan ketahanan stress yang berbeza. Kesilapan yang kita selalu buat adalah merasakan apa yang orang lain lalui rendah tekanannya hanya kerana kita dah melabelkan ujian kita lagi teruk/hebat.

Tekanan dan emosi. Bagaimana nak uruskan?

a) CALL, DON’T POST.

Bila kita menghadapi emotional irritability atau ada external stressor, kita post, update status, update facebook dan lain-lain sebab nak meluahkan perasaan kita yang mana sebenarnya ia tidak elok untuk mental well-being kita (Sometimes masih terbuat juga, meroyan orang kata). Pernah juga dulu update status sebab kita stress kan, pastu tak ada siapa nak console. Diorang read je. Tak ke lagi rasa …. hmm, siapalah aku. Jadi, better jangan buat lagi dah.

Para psikologis selalu menyarankan supaya gunakan cara face-to-face approach berbanding face-to-screen approach. You know, manusia adalah social-related creation. No matter how introverted nya kita, kita perlu bercakap juga dengan manusia, bukan dengan skrin.

Always think before post. What is the benefit for you? Adakah perlu? Dan sejauh mana ia boleh mengurangkan stress tu?

b) SPEND LESS TIME WITH SOCIAL MEDIA

Cara terbaik sebenarnya adalah kurang spend masa dengan media social bila tengah stress tapi kita terbalik. Lagi mood tak baik, lagi banyak luang masa media sosial atas alasan nak isolation time. [P/s: Ambil kira juga extroverted person and introverted person. Introverted person prefer this.]

Isolation time memang bagus. Tapi kalau isolate masa dengan media sosial, kurangkan. Kajian menunjukkan lagi banyak media sosial yang kita ada, atau lagi kerap kita guna media sosial, kadar untuk menghidap depression dan anxiety menjadi tinggi.

c) ACCEPT THE FACTS

Nampak macam nak salahkan media sosial je kan. Media sosial boleh jadi baik. Ia juga boleh jadi buruk untuk kita, pada sesetengah masa.

Accept the fact bila kita sedang beremosi, sukar sekali kita nak mencerna sesuatu perkara dengan pandangan yang positif. Unless kalau kita memang orang yang positif. Bila tengok post-post orang, eh bestnya dia, kenapa aku tak macam dia. Ibu yang baru bersalin pula bila tengok ibu lain banyak susu breastfeed, dia rasa dia ibu yang tak berguna sebab susu tak banyak macam tu (Fact: one of the factor to post-partum depression). Orang yang sudah lama tak dikurniakan zuriat, bila lihat kawan-kawan yang baru kahwin dah dapat anak, rasa rendah diri pula. It happened. It happened.

Jadi, gunakan (a) dan (b) tadi.

(d) CALL FOR GENUINE HELP/ GREAT LISTENER/ PROBLEM SOLVER

Janganlah pendam. Kalau nak cerita, cerita. Tapi cari orang yang worthy . Saya tahu, the worst feeling ever is bila kita rasa lonely atau alone dengan perasaan kita. Rasa macam tak ada sesiapa nak dengar. Tak nak membebankan orang lain dan sebagainya. Lagi-lagi kalau tak ada kawan, yang memang independent (instead of using lone-ranger). It feels like we fall into the deepest darkness and loneliness. Feeling loneliness is equivalent to smoking 15 cigarettes.

No. Believe me, jangan rasa macam tu.

Kalau kita belajar di sekolah menengah, kita ada counselor. Kalau belajar di university pun, kita ada counselor juga. Go find them, please. Ada listener untuk kita. Kadangkala, kawan boleh bagi motivation untuk kita hadapi masalah atau stress kita dan kita selesaikan sendiri masalah tu. Tapi mencari kaunselor akan membantu kita menghadapi emosi yang kita sedang hadapi, meng-konstruk balik kognitif dan persepsi kita, problem solving, dan lain-lain.

E) FIND THERAPY

Music therapy. Massage therapy. Water therapy. Journaling therapy. Pet therapy. Colour therapy. Sebahagian daripada healing juga.

Saya guna jurnal terapy semasa menghidap reactive depression pada awal tahun 2017. Tulis kat satu buku sampai tak tahu nak tulis apa lagi dah. Biarlah bermuka-muka surat pun. Walaupun tak mampu untuk sembuhkan depression tu secara menyeluruh, tapi baik untuk that moment. That moment. Itu pun sudah cukup baik.

Bila semakin okey, dah dapat control ‘emptiness’ dan ‘numbness’ dalam kepala ni dan bila dah wujud mindfulness sedikit, dah cukup bersyukur. Padukan lagi dengan muzik terapi. Dengar muzik. Dan sebenarnya, … the best muzik terapi adalah alunan bacaan Al-Quran yang cukup dengungnya, harakatnya, makhrajnya yang dibaca daripada mulut kita sendiri.

Bila dah okey sikit, cari terapi lain. Saya suka menulis. Terapi kita berbeza-beza. Anda, mungkin terapi hiking, sukan, baca buku? Sembuh daripada depression (Suicidal thought? Memang common masa tu.) Setiap yang hidup itu ada harapan. Walaupun depression itu pembunuh harapan.

Percaya itu seperti harapan. Harapan itu seperti menghidupkan. Apabila kedua-duanya bergabung, ia adalah kehidupan yang padanya peluang dan kesembuhan.

F) ALLAH

Hah, macam pelik pulak kenapa point ni jadi point last. Because it is everything. Don’t get me wrong.

Banyakkan bacaan Quran sebab kita boleh alihkan focus kita masa tu. Masa depression tu, memang berat sangat kepala. Kalau solat, rasa kosong. [Read: Kosong and kebas di kepala]. Doa lah banyak-banyak.

Banyakkan solat sunat, puasa ke, baca Quran, doa. Doa, aku nak sembuh. Kalau ini ujian untuk aku, pimpin tangan aku. Biar aku hadapi ia bersama-sama Mu. Tak bermakna kalau kita ada depression, hubungan ketuhanan tu patut diabaikan. Ambil dua approach, approach sesama manusia dan approach sesama Allah. Tiada salahnya.

Berharap itu paling pentinglah. Bila kita berjaya loloskan diri daripada ujian yang hadir dalam hidup tanpa berdoa atau bergantung kepadaNya, dikhuatiri kita rasa kita hebat/ bongkak kemudian semudahnya memandang enteng ujian orang lain.

Sekian, wassalam.

– Mulan

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit