Asalamualaikum readers. Aku menulis di sini sekadar nak meluah apa yang terbuku di hati sepanjang aku berpantang.
Hari ni merupakan hari ke-38 aku berpantang dan sepanjang 38 hari ni macam-macam bermain di minda aku. Aku minta korang semua jangan la kecam aku eh sebab mental aku pun tengah tak okey ni.
Macam aku kata tadi, aku nak meluah jer. Maklumlah aku tak ada tempat mengadu. Tak ada family yang rapat dengan aku, tapi belah husband memang ramai adik beradik, sepupu sepapat semua. Diorang memang rapat dan mostly diorang la datang melawat kami.
Baik, berbalik kepada tajuk. Aku perasan waktu berpantang ni ibu memang dianggap tidak penting dan orang hanya akan fokus kepada baby sahaja.
Sesiapa yang datang melawat pasti akan fokus kepada baby. Tak ada pun yang tanya ibu okey ke tak, luka dah sembuh atau belum, emosi okey ke tak. Tak ada ya.
Tu belum cakap bab hadiah. Semua orang beri hadiah kepada baby sahaja. Ibu tak dapat apa-apa. Bukanlah nak benda mahal pun, sekurang-kurangnya kalau dapat sesuatu tu happy la sikit ibu ni.
Contohnya kain batik ke, kuih yang ibu berpantang boleh makan ke. Terubat la sikit hati tu. Husband pun tak ada hadiahkan apa-apa, cakap terima kasih pun sekali tu je. Dah la birthday aku pun tak beri apa-apa.
Kebetulan birthday aku jatuh pada hari aku bersalin. Aku memang harap dapat sesuatu tapi hampeh. Memang tak pernah dapat apa pun dari dia. Aku rasa loser sangat seolah-olah aku ni tak penting bagi sesiapa.
Kalau bab menguruskan baby pula, ibu yang penat menyusu, mandikan baby, tukar pampers apa semua tak pernah pula orang puji.
Tiba-tiba bila husband yang sangat jarang uruskan baby ni buat apa-apa semua orang puji. Wah bagusnya ayah dia mandikan baby, wah pandainya tukar pampers.
Hello, ayah dia uruskan baby sekali tu je dah kena puji? Ni ibu yang bersengkang mata susukan baby tengah malam, susukan setiap 2 jam tak ada sesiapa pun kisah. Kenapa? Sebab normal memang ibu yang kena uruskan. Bukan si ayah.
Mak mentua pula tak habis-habis canang dekat semua orang yang anak dia uruskan baby. Dia tak tahu malam-malam anak dia tak pernah bangun pun. Ibu ni yang struggle sorang-sorang dengan tak cukup tidurnya tak cukup rehatnya. Serius aku terasa.
Bab rupa paras baby. Semua orang cakap baby ikut muka ayah, tinggi macam ayah. Puji melambung la si ayah tu. Tak dinafikan memang ayahnya hidung mancung, tinggi. Tapi aku pun tak kurang juga.
Hidung aku mancung juga walaupun tak semancung ayahnya. Bab ketinggian memang aku kalah la. Tapi aku ada kelebihan lain, rupa aku cantik juga, kulit putih. Tak ada pula orang sebut cantik macam ibu dia. Putih macam ibu dia. Semua nak puji ayah je apahal?
Oh ya, semua yang puji-puji ayahnya tu sebab diorang memang family dia. Jadi buat apa nak puji aku kan? Aku kan orang luar. Bukan keturunan diorang pun.
30 hari selepas melahirkan aku kena buat keputusan ambil perancang di klinik kesihatan. Aku ada bincang dengan husband dan dia sarankan untuk rancang sendiri which is pakai kondom atau buang luar.
Aku jadi geram sebab aku tahu husband aku bukan kisah pun perancang-perancang ni sebab dia tahu nak sedap jer. Aku memang tak percaya dia. Tiba masanya jumpa nurse di klinik pun diorang tak benarkan rancang sendiri sebab banyak kes rancang sendiri tak berjaya.
Memang ramai ye suami yang tak beri kerjasama. Bila isteri mengandung lagi engko bising pulak. Jadi nurse suruh aku pilih juga sama ada pil atau suntikan. Bukan aku tak tahu apa side effect pil dan suntikan tapi aku pilih juga suntikan depo 3 bulan sekali.
Kesannya susu badan drop terus sampaikan aku kena bagi susu formula dekat baby. Stres ya rabbi tapi husband aku tak peduli pun.
Aku memang sakit hati kenapa aku yang kena tanggung sorang-sorang semua kesakitan daripada mengandung, bersalin, sampaikan ke perancangan keluarga pun aku kena sakit.
Ni lepas cucuk depo aku bertambah emosi tapi aku bukan jenis kuat melenting. Aku banyak pendam. Memang sejak kecil lagi aku diajar untuk pendam semua benda yang aku rasa last-last aku yang sakit.
Tu belum cerita lagi suami aku berhenti kerja selepas aku bersalin dengan alasan nak jaga aku padahal dia nak tidur je. Aku bekerja dan aku ada duit. Sebab tu dia berani berhenti kerja. Dah banyak kali dia tukar tempat kerja sebenarnya. Yang jadi mangsa aku la kena tanggung semua benda.
Family dia pun selalu comfort dia ala nanti dapat la tu kerja, zaman sekarang memang susah dapat kerja. Bullsh*t. Habis tu siapa nak bayar sewa rumah? Siapa nak bayar itu ini? Aku juga! Tapi tak seorang pun dari family dia yang kisah pasal tu. Kot la nak comfort aku juga. Hampeh.
Barang baby 100 peratus aku beli guna duit aku sendiri. Husband aku? Aku dah tak perlukan dia sebenarnya. Buat apa aku ada husband kalau makan minum aku cari sendiri, sewa rumah aku yang bayar, baby pun semua atas aku. Apa jer sumbangan dia dekat aku?
Masa mengandung aku mengidam apa semua tak dapat. Aku kena cari sendiri. Jadi buat apa aku ada suami?
Sekarang aku tengah kumpul bukti untuk tuntut fasakh. Aku akan tuntut semuanya! Biarlah dia nak cakap aku meroyan ke apa memang aku meroyan.
Korang doakan aku kuat untuk segala-galanya. Doakan proses tuntut fasakh aku berjalan lancar. Sekian..
– Zira (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Hi mommy. Tahniah untuk kelahiran baru ni ya. Seronok mommy boleh bau baby. 🥰 Org selalu ckp bau baby tu bau syurga. Rindu bau baby.
Betul emosi ibu bersalin ni sgt fragile. So lepas ni apa yg mommy tak puas hati tu.. bagitau terus dekat suami. Mak mertua dok bangga sgt anak dia bangun malam urus anak kan? Then pass over betul2 la kat suami tu. Bukan sembang air liur je. Biar satu rumah dengar sekali baby nangis malam2. Bagitau suami saya dah penat bangun mlm bnyk kali untuk susu kan anak. Lepas ni awak pulak bangun untuk tukar pempers anak. Yg ni kena tegas. Gaduh pun gaduh la. Tanggungjawab jaga anak tu sama2. Bukan semua pas dkt mommy je. Kalau tak ajar sekarang.. anak2 yg kemudian pun dia tak kan tolong nnt.
Sekarang dia tak kerja kan? So start suruh dia jaga anak dan buat kerja rumah. Dia tak nak keluar cari nafkah. Duduk rumah pun at least tolong la sumbang tenaga apa yg patut. At least awak yg kena kerja pun kurangla serabut nak fikir hal kerja rumah.
Tanya suami tu dia kawen nak sedap dan cari bibik ke mcm mna? Sekarang masa untuk mommy jaga diri sendiri. Jaga makan. Makan vitamin untuk tenaga ya. Kalau dah bergaduh pun suami tu tak berubah… you know what to do. Kuat yer mommy.