Emosi Ibu, Surirumah & Anak

Assalamualaikum, saya berharap penulisan ini sedikit sebanyak dapat membantu isteri2/ surirumah terutamanya yang menghadapi masalah yang sama iaitu berkaitan emosi, dimana saya dapati ramai yang meluah di page ini mahupn disimpan sendri.

Ramai ibu2 surirumh yang mempunyai masalah terlepas amarah kepada anak2. Setelah episod2 ni berlaku, ibu2 rasa frust, menyesal, rasa gagal dan sebagainya. Sebelum cari jalan penyelesaian, kita cuba cari puncanya ya.

Wanita ini makhluk emosi, bayangkan ‘sebiji gelas’ sebagai tangki emosi, celik mata dari awal pagi dah sibuk uruskan anak2 dan rumah tangga, sambil menghadap karenah anak, letih dan tersangat penat dari sudut fizikal, bagaimana pula dari sudut mental ya?

Mari kita bayangkan, dalam sehari ibu2 menghadapi pelbagai karenah anak2, dan kurangnya komunikasi dengan orang dewasa, tangki gelas emosi isteri ini makin bertambah sedikit demi sedikit.

Itu yang bila anak terbuat salah, terus melenting/ marah (tangki emosi sudah penuh dan tumpah).

Jadi apa perlu kita buat? Dapatkan support sistem yang baik, contoh, suami, kawan, adik beradik, ibu ayah. Salah satu pun dah ok.

Bila suami dirumah, set date untuk suami mndengar cerita kita ya, jadi ceritalah apa2 sahaja yang terjadi dirumah semasa suami berkerja, supaya gelas emosi tadi berkurang sedikit demi sedikit.

Oleh itu, Jangan dipendam segala rasa penat dan sedih. Luahkan dengan gaya dan nada yang bersahaja dan bercerita, suami mendengar dengan baik/ tidak, faham/ tidak itu belakng cerita, yang penting luahkan untuk diri kita sendiri.

Jadikan suami sebagai tempat bercerita, nmpk simple ya tetapi ramai kaum wanita menyimpan sendiri mengenangkan suami penat bekerja, kekangan masa seterusnya dan sebagainya.

Ini penting kerana manusia adalah makluk sosial dan Memerlukan orang lain untuk berinteraksi dan mengembangkan potensi.

Suasana yang suri rumah biasanya hadapi adalah kurangnya sosial circle untuk berinteraksi sesama manusia, memandangkn ini sangat penting untuk kesihatan mental. Jadi mulakan dan selalulah meluah supaya gelas emosi tadi tidak penuh.

Kedua, ingin saya sentuh sedikit berkaitan Ter marah Anak dengan tengkingan/ ternaik tangan dan sebagainya.

Contohnya bila anak buat silap/ tidak mendengar kata dan sebagainya, ramai yang terlepas kata2 amarah/ perbuatan yang akan disesalkan akhirnya.

Situasi ini sangat tidak sihat untuk anak2 membesar ye, kenapa?

Kanak2 adalah kanak2, bukannya orang dewasa, oleh itu kita tidak boleh memandang dan menghukum dari segi behaviour/ perbuatan anak tu ye, kita mesti melihat daripada sudut perkembagan kanak2.

Ini kerana otak mereka masih belum berkembang sepenuhnya lagi seperti orang dewasa. Kanak2 akan buat salah/ silap. Itu adalah normal dan learning proses bagi mereka.

Cara kita memberi reaksi kepada kesalahan yang anak buat amat penting. Bahkan itulah yang mnjadi contoh dan ikutan mereka.

Tugas kita adalah menyediakan persekitaran yang selamat dari segi fizikal dan mental. Saya tekankan bab mental ya, elakkan marah anak, kerana ini akan membantutkan perkembangan anak2 itu sendiri, selain merosakkan sel2 otak anak2 kita.

Marah itu adalah sejenis emosi dan tidak menunjukkan ketegasan sama sekali. Ketegasan itu adalah pendirian yang ada didalam diri.

Seringkali berlaku, apabila terjadi sesuatu yang kita tidak suka, kita akn marah kerana ingin menunjukkn ketegasan, tapi salah sama sekali.

Tidak perlu marah untuk menunjukkan ketegasan. Tapi melalui nada yang baik tetapi tegas. Banyak lagi cara2 untuk kita berkomunikasi dengan ank secara berkesan, sama2 lah kita mngali ilmu tersebut.

Jika kita Marah, anak2 belajar dari kita, oh, ‘Marah’ itu yang perlu aku lakukan sekiranya aku tidak suka akan sesuatu. Sama juga dengan perbuatan memukul, anak akan mengikut perbuatan, oh ibu tidak suka aku buat ni, ibu pukul aku,

Jadi dengan kawan di sekolah, bila aku tidak suka apa yang kawan aku buat, aku pukul. Nampak tak kesan dia? Itu belum lagi kesan dari sudut psychology dan jangka panjang anak itu sndiri. Jadi marah dan pukul bukan jalan penyelesaian sama sekali.

Kerap kali kita bertanya Kenapa anak aku ni tak dengar kata ye? Ini adalah satu konsep yang salah sekali.

Sebaliknya, tanya diri sendiri apa yang perlu aku jadi? What should i BE instead of what should i DO. Apa yang perlu aku tunjukkan sebagai contoh untuk anak2 ku?

Apa yang perlu aku baiki diri aku? Ini kerana otak anak2 akan mengikut PERBUATAN parent 95%, bukannya kata2.

Walaupun anak2 kita tidak menzahirkan kata2, tetapi anak2 ada hati perasaan dan juga PILIHAN samaada untuk buat/ tidak sesuatu perkara.

Contoh bila kita suruh anak mandi, anak tak dengar sebab kita SURUH, mereka rasa diarah2, dikawal dan tidak boleh membuat pilihan sendiri.

Jadi banyakkan bagi pilihan contohnya, adik nak mandi bawak dino ke nak mandi bawak kereta?

Anak2 yang ikut 100% kata2 parent mereka tidak bagus ye (tanpa membuat pilihan sendiri tidak bagus untuk masa hadapan kerana kita membentuk anak yang sangat kurng keyakinan dan indipendent dalam diri)

Tidak wujud perfect parents, tapi sama2 lah kita belajar dan sentiasa mencari ilmu dan mengamalkannya. Setakat ini sahaja dulu ye, yang buruk dari saya yang baik dari Allah SWT.

– Cahaya (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini ->Ā https:/ / iiumc.com/ submit

One comment

  1. Ada je lelaki yang beremosi. Bukan perempuan sahaja. Lagi satu, ada je yang jadi househusband. So, stop being sexist and support gender equality

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *