Emosi Isteri

Terima kasih admin sekiranya cerita aku tersiar. Aku bukan nak menagih simpati tapi cuma nak meluah rasa.Aku tak tau nak cerita pada siapa.So, aku decide share di sini.Kalau aku nak luah,orang kata aku memberontak pula.

Cerita dia macam ni.Aku budak society.Aku masih student dan aku dah kawen.Tapi aku PJJ berlainan benua.Aku bukan nak burukkan society.Tapi biarlah cerita aku bagi pengajaran buat semua especially orang-orang yang mengendalikan society.

Nak dijadikan cerita, aku baru pertama kali balik ke tanah air setelah beberapa tahun tak pernah balik untuk beraya bersama keluarga tercinta.Itu pun,aku dapat balik seminggu sebelum raya.Hajat sebenar, nak tolong mak ayah aku sebab first time rumah aku nak buat kenduri kawen.tapi bukanlah kenduri kawen aku.kenduri kawen sibling aku.So,aku pun mintalah pada society, nak excuse kerja beberapa bulan sebab nak balik kendurikan.First time balik pula tu.Dan aku expect,dapatla balik 5 atau 6 bulan.Konon-konon claim sekali cuti untuk tahun² sebelum ni.tapi hampa.aku dapat balik sebulan je.tak tau nak sedih ke nak marah.

Nego punya nego,ketua aku cakap kalau nak balik lama,kena aku yang kawen.Punya la masa tu aku rasa nak balik sangat,aku pon mintalah kat mak aku yang aku nak kawen.Sebenarnya aku main-main je sebab eager sangat nak balik lama kan.Tiba-tiba pula mak aku bagi (korang² yang nak kawen,boleh lah ikut trick ni…gurau je ).So aku pun bagitaulah kat ketua aku.Aku ingatkan, lama sangatlah.tapi rupanya, dapat tambah tiga minggu je.Untunglah dapat dari tak kan?

Dipendekkan cerita,aku pun kawen la.Tambah tolak darab bahagi,ditakdirkan aku kena balik semula ke tempat aku belajar.Dan aku sempat dengan suami aku tu,tak sampai sebulan pon.Dah la aku tak berapa nak kenal dia.Nak pula tak sampai sebulan,memang aku kenal-kenal macam tu je la.

Dan sekarang,aku pun teruskan lah kerja aku dengan society macam biasa.Aku ingatkan,kalau da kawen ni,ringan sikit kerja dia.Sebab pengamalan society aku,siapa yang dah berkahwin,dia dapat excuse kerja lebih sikit.Tapi yang aku pelik, aku tak dapat pun excuse tu.Makin lipat ganda kerja aku lagi adalah.Mula² aku boleh lagi terima.Tapi bila makin menimbun kerja aku,aku rasa tak perform.Dengan emosi lagi suami jauh.

Bukan aku nak cakap ape.Tapi tolonglah bahagikan kerja tu sama rata pada semua ahli.Bukan society ni aku punya sorang.Orang lain yang kawen tu,kerja goyang kaki jaga anak dan hidang makanan untuk suami je ke?sakit diorang,suami ada untuk tolong ubat.Tolong ringankan beban sikit.Sakit² badan pun,suami boleh tolong.Anak² nakal, boleh la juga ngadu kat suami.Diorg bukan ada jawatan pun dekat society,tapi kalau minta pandangan ke apa,pun tak boleh nak bagi.nak harapkan aku dan geng² yang belum ada anak ni ke bekerja.Bukan berkira.Tapi kalau dah asyik selesa macam tu, aku pon naik geram.Aku sakit,ada diorang yang tak ada kerja ni tolong urut? Tak ada.Suami pon jauh.

Lagi aku bertambah terkilan bila ada ahli society aku yang akan balik berkawen.Dan diorang semua dapat balik lama hampir setengah tahun.Kalau korang ada kat tempat akulah, apa korang rasa?Ikutkan hati,memang aku nak balik.Tapi sebab aku tak berapa berada macam diorang,sebab tu lah aku tak balik.Kadang² aku selalu terfikir,orang kaya ni memang selalu dapat apa yang dia nak ke?…

Dan aku harap,korang dapatlah doakan untuk kesabaran aku dan sentiasa direzekikan untuk bertemu suami tercinta yang setia menanti aku di Malaysia.Doakan aku dapat habiskan belajar secepat yang boleh.Dan pada yang selalu mengendalikan society,harap timbang tara lah kerja sebaiknya dan bahagikan sama adil.wallahua’lam.

– Kemboja putih

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit