Emosi Yang Cedera

Assalamualaikum & salam sejahtera.. Saya kenalkan diri saya.. Saya early 30’s, seorang isteri & ibu kepada 1 anak lelaki.. Suami tua setahun dri saya..

Emosi yang tercedera ni saya nak cerita emosi tentang suami saya mainly & lil’ bit emosi saya juga.. Baiklah, mari kita mulakan..

Suami saya anak bongsu dari 7 adik beradik.. Walaupun anak bongsu, suami saya tidak dimanjakan.. Oleh sebab dia lelaki, pak mentua didik dia dengan garang sekali..

Pak mentua ni memang garang yakmat! Mulut dia memang pedas & kasar.. saya sebagai menantu pon boleh rasa panas hati dengan ayat2 dari mulutnya walaupun ketika itu dia bergaduh dengan orang lain..

Pak mentua juga suka memaki yang bagi saya, untuk umur tua spertinya, haruslah berubah kearah yang lebih baik..

Oleh sebab mulut dia, anak2nya membencinya.. Kata2 yang keluar dari mulut pak mentua adalah kasar & sangat tidak menyenangkan!

Hasil didikan yang amat garang sangat, emosi suami saya cedera teruk.. Dia jadi seorang yang panas baran, sangat2 beremosi, berdendam, kasar & mudah terasa dan simpan dalam hati.. Alhamdulillah kebanyakan nya dia telah tone down seiring dengan umurnya..

Suami saya pernah cerita, masa dia kecil dulu, pak mentua pernah baling objek besi yang berat hanya kerana kesalahan kecil.. Pernah di seret ke bilik air untuk mandi lagi skali hanya kerana suami keluar bilik air tanpa mngelap badan..

Pernah tarik telinga depan kawan2 sampai di ejek2 dengan kawan yang membuatkan suami saya hilang konfiden & rasa rendah diri..

Setelah kami berkahwin, suami pernah bergaduh teruk dengan pak mentua hanya kerana dia tidak brpuas hati kerana kenderaannya rosak..

Suami telah pun berulang kali pesan untuk hantar ke kedai kerana suami tiada masa kerana terlalu sibuk bekerja..

Tetapi kata2 yang keluar dari mulut pak mentua menyebabkan suami mengamuk terok.. Suami masuk ke bilik dan menangis tersedu2 depan saya..

Walhal kata mak mentua, suami tak pernah menangis bila bergaduh dengan pak mentua apatah lagi tersedu2.. Fuhh, ni memang terok emosi dia.. Saya berasa kesian melihat..

Banyak lagi perkara2 & pergaduhan yang berlaku tapi xperlulah saya ceritakan nanti xtido malam nak khatamkan nukilan saya ni kn?? Hehehe

Jadi, kesan dari emosi yang cedera ni, suami kurang mampu untuk handle marah & stress.. Kalau dia stress, dia akan cenderung brkasar dengan saya..

Banyak kali saya berkecil hati tapi looking at bigger picture disini, suami jelas skali emosinya cedera & berparut teruk..

Saya akan di bebel, dimarahi & suami menarik muka hanya kerana mslh yang bagi saya bole settle tanpa pening kepala.. Saya kuat kan sabar & tidak melawan..

Saya amik pendekatan untuk ignore & buat2 pekak tanpa buat riak muka.. saya akan rasa sangat2 stress jika bergaduh & saya akan berasa otak saya seperti orang bodoh & dungu jika bergaduh ini disebabkan ketidakmampuan emosi saya pula..

Lil bit bout my past.. Saya kematian ayah ketika umur 5tahun..saya anak ke 2 dari 4 adik bradik & satu2nya anak perempuan.. Mak tidak manjakan saya wlupn saya perempuan sorang dalam adik bradik..

Saya yang paling berdikari & tidak memberi masalah kepada mak saya berbanding adik beradik yang lain.. Walaupun begitu, mak selalu melebihkan adik bradik lelaki saya & saya selalu terasa diabakan malah diperkotak katik kan selalu..

Hal ini juga membuat kan emosi saya cedera & saya tidak begitu mampu mengawal emosi.. Oleh kerana emosi suami saya cedera lebih teruk, saya cenderung bersabar & menyimpan kemarahan saya sehingga saya rasa sakit dada.. Literally pain in the chest..

Saya selalu berdoa & ingatkan diri saya, cukup lah Allah bagiku.. Suami & anak ni pinjaman saja.. Setiap kali suami melepaskan stress nya dekat saya, inilah ayat yang saya sematkan untuk tenangkan hati.. Cukup lah Allah bagi ku..

Kalau tidak terkawal emosi saya, saya akan baca yasin untuk menenangkan hati saya..

Kesimpulannya disini, setiap manusia akn jadi ibu bapa.. Cubalah sedaya upaya untuk tidak mencederakan emosi anak2 kita..

Ya, kadang kala terlepas juga amarah tu, tetapi make sure make it up balik dengan anak tu supaya dia membesar dengan emosi yang sihat..

Kerana, jika emosi anak2 kita cedera, kecenderungan untuk cycle tu berulang kepada anak2 nya adalah tinggi..

Hasilnya, terlahirlah anak2 muda yang lemah & tidak mempunyai emosi yang sihat, bukan saja untuk orang terdekat, malahan dalam kehidupan bermasyarakat nya nanti di masa hadapan..

Doakan saya sentiasa diberi kekuatan dalam bersabar melayani kerenah suami & anak.. Sesungguhnya saya bersyukur rezeki2 ini yang Allah bagi.. tapi saya juga manusia yang ada perasaan..

Semoga saya mampu & sentiasa bersabar untuk keluarkan anak dari cycle cedera emosi ini.. Doakan saya ya.. Dan semoga doa itu kembali kepada kalian juga.. Aamiin..

Sekian.. ~berkasih sayanglah kerana Allah~

– Sunflower (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *