Emotional Divorced

Nama aku Batu. Perempuan tulen.

Aku pilih untuk buat confession di sini sebab aku tau netizen sini brutally honest bila bagi komen.

Dan aku perlukan itu.

Sedikit background.

Aku struggling dengan invisible scar childhood.. atau terma puitis nya.. mendewasa dengan luka.

Aku memang ada jumpa therapist untuk itu.

Confession ni bukan untuk childhood trauma. Tapi untuk struggle aku dalam perkahwinan.

Bukan pasal penyondol. Takda penyondol dalam kisah ni.

Aku namakan suami aku Awan. Kami dah berkahwin lebih 15 tahun.

Aku tatau nak mula dari mana. Jadi aku terus ke masa sekarang.

Masa aku tulis ni, aku di hospital, warded bersama anak dah masuk hari ketiga.

Anak aku tengah tidur masa ni.

Tapi untuk privacy, dan kurangkan risiko kantoi. Aku akan saved dulu confession ni dan hantar lepas dah discharged nanti.

Tadi Awan datang visit, masa dia nak balik, aku tengah baring atas katil peluk anak bagi neb.

Awan datang peluk anak dan tengok aku. Aku senyum tawar dan Awan peluk aku, kiss dahi dan cakap “I love you”.

Aku rasa sakit, dan automatik mengalir lagi air mata. Masa ni Awan dah menjauh dari katil.

Bila dia nampak aku nangis, dia datang balik dan peluk aku lagi.

Takleh control, aku tersedu2, dan Awan cakap “I sayang u, dah jangan sedih2”.

Lepas tu dia balek dan aku continue nangis.

Sepanjang warded bersama anak ni, itulaa kali pertama dia peluk dan cakap dia sayang aku.

Perbualan whatsapp kami cuma berkisar tentang bila dia nak datang, dan apa aku nak kirim.

Tiada jiwa dalam perbualan kami.

Throwback ke seminggu lepas. Ahad.

Kami gaduh agak serius. Untuk cerita detail, aku tak pandai, jadi aku cuba highlightkan apa yang aku rasa penting untuk korang nilaikan je.

Aku bagi point lah senang.

1: Masa gaduh, aku ada tinggikan suara untuk elakkan daripada nangis. Tataulah kenapa, memang itu cara aku.

2: Awan tengking sebab aku tinggi suara.

3: Aku kenal tone Awan, kalau dia macam tu, aku tau dia on the verge nak pukul aku. Dia tak pernah pukul aku. Dia pernah pukul anak je.

4: Aku tone down, dan mintak dia beredar. Niat aku cuma takmau situasi lebih buruk.

5: Awan cakap aku benci tengok dia. Aku cakap, aku cuma tannak keruhkan keadaan.

6: Awan blah.

Aku sakit sangat masa tu. Sebab selain cakap aku benci tengok muka dia, ada lagi benda2 lain yang menyakitkan yang Awan tuduh aku.

Aku rasa macam kenapa Awan tak boleh nampak aku bukan macam yang dia tuduh. 15 tahun tu bukan tempoh perkahwinan yang singkat.

Awan masih tatau ke aku ni macam mana? Buruk sangat ke aku ni di mata dia? Dan benda tu buat aku sakit.

Mulalah triggered campur dengan childhood trauma aku yang belum sembuh. Kesannya aku literally rasa sakit sangat dada dan totally heartbroken.

Esok malamnya (Isnin) Awan nak peluk nak minta maaf. Aku cakap baik2, aku dah tannak dia peluk aku. Memang betul, sebab aku masih rasa sakit sangat.

Aku belum ready untuk peluk-forgive-forget. Bukan pertama kali kami konflik. Tiap kali konflik, kalau Awan nak peluk aku, memang expectation dia aku akan terus forgive and forget.

Dan dia akan highlight aku pun ada salah jugak. Aku belum ready untuk sesi tu sebab hati aku masih sangat sakit.

Bila aku cakap macam tu, Awan tengok aku for few seconds, lepas tu dia blah. Aku teruskan solat dan breakdown sekali lagi. Rasa sakit dalam dada tu sangat real. Rasa lemah satu badan.

Berat tangan dan kaki.

Esoknya (Selasa) pun sama. Awan datang dekat nak pujuk.. tapi the moment dia berdiri tepi aku, aku terus breakdown. Dan rasa sakit tu datang balek. Aku mintak dia pegi, aku cakap aku tak ready.

Dia nak paksa, jadi aku cakap.. dia nak aku mati ke. Sebab memang aku rasa sakit macam nak mati. Susah aku nak terangkan.

Dan aku tatau kenapa sakit tu sangat teruk. Sampai aku ada terpikir.. aku tengah dramatik ke?

Tapi the pain is real. Sharp pain. Dan bila nangis, aku rasa macam nak habis nafas. Ke sebab faktor dah tua? Ntahla nak. Bila aku cakap macam tu, Awan tinggalkan aku.

Masuk hari Rabu, bawak anak appointment doctor. Awan ada sama. Masa tengah tunggu turn, Awan peluk aku cakap dia mintak maaf. Dia tanya boleh ke bercakap sekarang.

Masa ni aku dah tak nangis. Aku cuma rasa pedih dan aku cakap tempat dan masa tak sesuai. Kat hospital kot tengah tunggu turn nak jumpa doc. Pening mak.

Lepas tu, Awan bagi aku space sampai hari Sabtu. Aku decide untuk bercakap sebab petang tu aku ada appointment dengan therapist.

Aku pikir kalau lepas bercakap, things got worst… at least aku dah boleh jumpa therapist for help on the same day.

Awan tatau aku memang berjumpa therapist. Aku taktau kenapa aku tak boleh open pasal ni dengan Awan. Dan dia pun tak pernah bertanya.

Anyway, masa bercakap tu, aku cakap dengan Awan. Aku sakit, dan aku tau dia pun sakit. Aku mintak dia jumpa kaunseling sebab aku rasa cycle kitorang ni tak sihat.

Dia macam hesitate… dan aku terus terang cakap. Aku penat… dia nak ke aku give up. Dia tanya aku balik, siapa yang nak give up. Dia cakap nanti dia fikir. Habis situ je.

Aku cerita semua dengan therapist. Therapist tanya soalan2 yang akhirnya aku macam faham… pada therapist.. lebih elok berpisah. Therapist tak boleh bagitau apa kita patut buat.

Tapi dia akan tanya soalan2 untuk bantu kita decide. Dari situ aku nampak memang lebih berat kepada berpisah, tapi aku tatau kenapa, aku rasa berat.

Macam aku cakap awal2. Aku ada childhood trauma. Dari ibu, ayah, dan kakak. Masa aku pilih untuk berkahwin dengan Awan pun, ibu dan kakak aku tak setuju. Macam2 diorang cakap pasal Awan.

Tapi jujur, Awan ni baik. Suami dan ayah yang baik. Cuma bak kata therapist aku, kitorang sebenarnya dah lama “emotional divorced”. Lebih kepada stay untuk tanggungjawab masing2 terhadap keluarga. Tapi itu cakap therapist.

Dan dia punya fokus untuk bantu aku pulih daripada childhood trauma aku. Dan untuk aku handle conflict family at the same time nak heal luka lama, memang hati aku tak mampu nak absorb rasa pedih tu.

Aku tau. Kalau aku pilih untuk berpisah, aku kena hadap pelbagai attack daripada keluarga aku, dan in laws. Bila pikir pun aku dah rasa berat, apa lagi nak hadap. Aku tatau aku mampu ke tidak.

Tapi kalau nak teruskan, aku tatau sampai bila hati aku boleh absorb. Aku tak rasa Awan akan berubah. Berdasarkan reaction dia macam aku cerita awal tadi, korang rasa dia akan berubah ke?

Aku rasa dia tak sayang aku sangat pun. Aku rasa, kalau dia sangat2 sayangkan aku, bukan ke masa aku dah suarakan pasal penat, pasal give up, dia akan cuba amik hati aku balik?

Tapi sejak aku cakap tu, dia takda apa2 action. Sampai yang aku cerita dia peluk aku harini tadi tu. Tu jerlah. Normal ke?

Tapi memang dari awal kahwin, Awan memang sejenis tak manjakan aku. Masa awal2 kahwin aku pun keliru. Sebab masa dating kemain lagi dia nak peluk aku bagai. Bila dah nikah, aku nampak priority dia terus ke keluarga dia.

Aku takleh cerita detail yang tu, nanti kantoi pulak. Orang cakap awal perkahwinan kan semua masih sweet mweet… takda maknanya.

Awal 3 bulan aku dah pregnant, dan masa tengah pregnant tu dah berapa kali berair mata dan sampai satu tahap, kitorang macam tertanya kenapa kitorang macam tu.

Aku pun dah tak ingat apa conclusionnya. Yang aku ingat, setiap kali lepas gaduh, aku akan cuba forgive, forget, moved on. Sampai dah lebih 15 tahun ni lah.

Oh ya, pernah ada sekali kami gaduh, dan Awan cakap dengan aku… “kalau u rasa dah tak boleh proceed, cakaplah dengan ibu. Kalau ibu ok, saya ikut je”.

Masa tu aku rasa macam blur jap… dan nangis. Dia pujuk dan dapat pulak anak lagi sorang. Ya, aku pun nak lempang diri sendiri. Lemah.

Tapi benda tu aku tak pernah tanya semula dan bangkitkan. I just don’t know how. Dan ada masa, aku terfikir ntah2 aku yang hearing things?

Jadi tuhlah… masih logik ke Awan sayang aku ni? Aku taktau nak tanya dia macam mana dah. Jawapan dia sama je, dia sayang aku.

Ke aku yang tak normal? Sory lah kalau cerita aku macam berterabur, aku cuba sehabis baik. Tapi kalau ada missing point, bolehlaa bagitau, aku akan amik kira untuk bantu aku fahamkan lagi situasi ni.

Aku cuma penat.

– Batu (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

13 Comments

  1. Dari penceritaan Batu,saya rasa valid je apa Batu rasa.lagi2 part menjauhkan diri waktu tengah marah/upset. Kalau stay dalam keadaan marah,kita akan keluarkan kata2 yang mengguris hati orang yang kita sayang dan kita takkan dapat tarik balik kata2 tu.menjauh waktu tu bukan bermakna benci,but it is actually an act of love. Tapi itulah,tak boleh nak komen lebih2 sebab tak ade kat dalam situasi Batu.cuma, saya doakan moga Batu dikurniakan ketenangan dan kekuatan diri. Semoga Allah angkat kepenatan Batu dan gantikan dengan kebahagiaan yang sebanyak banyaknya.semoga Batu dapat cope dengan trauma Batu.

  2. Jika kita harap kasih sayang manusia memang kita merana. Allah ada bersama kita,. Lelaki memang ada egonya. Selagi lelaki tidak naik tangan dengan kita, tidak curang, apa lagi kita harapkan… Semoga TT dipermudahkan urusan.

  3. Salam,

    Sangat merugikan bila wanita angkut childhood trauma masuk dalam adulthood apatah lagi masukkan sekali dalam marryhood. Ini kesilapan pertama para isteri isteri, waktu mereka kecil, meraka rasa tak disayangi ibu bapa, waktu tuh akal masih belum cukup matang nak proses sesuatu hal, hmmm memang love language family takat bagi makan minum jer ke. Eh family orang lain siap bagi gift bagai, waktu tuh muda & tak faham. Waktu kecil juga wanita tak boleh bagi pendapat, sebab masih kecil, jadi tiap kali berbual cuma diam jer, jadi wanita rasa dia tak penting tiap kali family berbual, sebab tak boleh mencelah. Waktu kecil wanita tak ada kudrat yang kuat, jadi bila ada hal penting, dia tak join sekali family adventure, jadi dia rasa dia disisihkan. Wanita nih makhluk emosional yang cepat matang dari usia, tapi bila emosi overpower

  4. Sambung lol,

    Tapi bila emosi overpower mind, nih yang end up jadi masalah. Bila dah dewasa fikiran wanita dah matang, dah boleh fikir mana baik mana buruk, mana hitam, mana putih. Dah faham dia punya love language, dah faham suami punya love language. Wanita dah mula ada kudrat, jadi dia ada pilihan nak guna tenaga untuk bina diri & rumahtangga atau hancurkan diri & rumahtangga. Bila dah dewasa wanita boleh bagi pendapat, setiap perbualan & perbincangan boleh bagi buah fikiran. Nih patut jadi moment best, sebab waktu kecil tak dapat semua nih.

    Transformasi seorang anak perempuan yang kecil kepada wanita yang dewasa, buatkan wanita ada pilihan. Sama ada dia nak berperangai seperti semasa dia budak kecil atau buang sentimen budak kecil, dan fully develop diri sebagai wanita dewasa yang baru. Tinggalkan waktu kecil dia tutup buku. Buka buku baru. Setiap kali dia nak bersikap atau terfikir pasal kejadian waktu kecil, cepat cepat dia elak, dia kata dengan dia past is past. Dia dah dewasa, dia boleh elak konflik, dia pandai kendali emosi, dia dah matang dalam berfikir.

    Menyamakan suami dengan ahli keluarga nih racun dalam rumahtangga, suami tak tahu life isteri dia waktu kecil, bagaimana ahli keluarga layan isteri, sama juga isteri tak tahu life suami masa kecil, apa punca suami susah nak berkomunikasi, payah nak faham cakap isteri. Apa punca isteri sentap sana sini, tak nak bincang bagai, both confused. Isteri adalah cerminan suami, bila isteri bawa luka childhood masuk rumahtangga, suami pun bawa masuk luka childhood suami dalam rumahtangga. Tak ada beza isteri & suami, dua dua saling menyakiti. Saling tak memahami, Sebab buku lama tak ditutup, jadi repeat story yang sama.

    Nasihat saya, walaupun saya tak pandai nak nasihat, para isteri senarai kan 20 kebaikan suami dan senarai 20 keburukan suami, dan senaraikan juga 20 bakti anda pada suami, dan senaraikan juga 20 derhaka anda pada suami. Kalau bakti anda lagi tinggi, anda berhak untuk provoke suami, tegas dengan suami, ajar suami sedikit keras, tapi kalau kebaikan suami lagi tinggi, suka tak suka awak terpaksa kembali taat pada suami. Awak kalah & tak boleh kata eh suami tetap salah. Tak boleh. Tak ada jalan keluar.

    Ingat isteri isteri anda dah dewasa. Konflik nak datang mesti elak dengan kebijaksanaan anda. Ada masalah, selesaikan cepat, masa itu emas. Perlu me time, jangan bertangguh pergi keluar jalan jalan. Perlu duit, jangan pening pening, boleh cari kerja & buka bisnes. Ada benda nak bincang dengan suami, tarik tangan suami, suruh dia duduk bincang sama. Ambil peluang nih. Nih peluang yang tak wujud masa awak kecil dulu. Enjoy waktu dewasa anda, berapa yang tak sempat nak dewasa. Enjoy perkahwinan anda, berapa ramai yang sedih bercerai. Enjoy dengan diri anda, berapa ramai yang tak ada self love. Enjoy life dengan suami & anak anda. Berapa ramai isteri yang kehilangan suami & anak mereka.

    Of course diri awak yang kecil yang tak dapat kasih sayang family akan cemburu dengan awak, sebab awak dah jadi wanita dewasa yang disayangi suami. Jadi putuskan terus ikatan awak dengan diri awak yang kecil dulu, tak ada manfaat & faedah untuk masa depan. It start with you & it will finish with you. You decides, dont let your childhood trauma control you. Free yourself, break those chains.

    Tutup salam.

    • Ultraman, im crying. Your words hit me hard. I really need this. Thankyou ultraman. Doakan saya sembuh dari trauma saya

    • Thanks ultraman taro for sharing your thoughtful perspective. Me as someone yang membesar dengan luka juga, nasihat kamu memberi tamparan hebat buat saya. “Jangan angkut childhood trauma ke dalam perkahwinan”. Akan saya pegang2 kata ini for my future marriage. Kepada confessor Batu, semoga Allah beri jalan penyelesaian yang terbaik buat perkahwinan anda.

  5. Hai Batu. Awak nak apa sebenarnya. Nak dipujuk? Nak suami macam cerita novel yang saling romantis. Tapi taknak luahkan. Suami pujuk tapi tak terpujuk. Awak ada masalah sebenarnya. Luahkan dengan kata2 biar suami paham. Sebab bukan semua orang boleh baca hati kita. Bila suami kata I love u, bermakna he meant it. Ingat senang ke lelaki nak luahkan kata cinta? Jgn overthinking fikir dia tak sayang. Kalau tak sayang, x bertahan 15 tahun kak oi.

  6. Hi Batu, sebenarnya Awan tu okay je. Kira okay la tu dia try pujuk sampai nak dekat seminggu. U yang tak bagi dia datang dekat, cakap U nak mat* kan kalau dia datang dekat nak pujuk? Jangan la samakan cerita pukul 7 dalam kehidupan marriage life. Kira okay la tu suami u usaha datang pujuk nak dekat seminggu tu. Bayangkan dah kahwin 15 tahun perangai mengada u still sama je, bosan tak Awan? Kira okay la tu Awan masih treat u sama je macam awal kahwin. Kalau suami org lain mungkin dah angkat kaki, maybe? Pastu u nak kata Awan tak sayang u. Btw, biasa la tu treatment time couple lain kahwin lain. U patut bersyukur la Awan masih sayangkan u, ada usaha nak pujuk after 15 years u buat perangai macam ni kat dia.

    Fikir jugak balik consequences yg u akan hadap dengan in laws and family u kalau bercerai. U pun rasa ralat nak lepaskan Awan sebab u masih sayangkan Awan. Istighfar banyak2 kalau u rasa worst, syaitan memang bisik dekat umat Adam untuk berpisah je. Lepas berpisah eh rindu pulak haa nak kena kahwin sekali lagi ke? Takkan la kita nak main2 kan agama kan?

    Actually things between u and Awan are okay je but u the one who made it worst. Stop la drama ngada2 u tu. Hanya kita sendiri boleh tinggalkan childhood trauma. Follow FB Tengku Ain untuk tau cara macam mana nak tinggalkan childhood trauma tu. Sorry ye kalau u terasa dengan ayat I. Kita tak kenal each other tapi u yg mintak pendapat. And I pun tak perfect dalam marriage I tapi I cuba untuk jadi terbaik untuk husband I day by day. Good luck sis Batu.

  7. Assalamualaikum Batu,

    Daripada penceritaan di atas saya syak puan ada sakit berkaitan emosi, cuma tidak pasti sejauh mana seriusnya, yang ini mungkin puan maksudkan dengan childhood trauma, yang menyebabkan dada rasa perit dan menghimpit. Jika betul, puan perlu berterus terang dengan suami supaya beliau boleh membantu.

    15 tahun bukan tempoh yang sekejap, ada kualiti yang ada pada puan yang menjadikan suami bertahan. Suami juga ada emosi, jika dibiarkan berterusan begitu, batu yang keras juga akan hancur. Mendapat pasangan yang baik dan bertanggungjawab adalah rahmat.

    Pada pandangan saya, puan lebih mahukan perhatian suami (attention seeker) tetapi mengharap suami faham sendiri. Saya rasa puan kena berkomunikasi dengan baik, tengking atau berbisik masih sampai mesej, tetapi tindak balasnya berbeza. Lelaki mungkin sesetengahnya kurang nak bercakap soal perasaan tetapi kami tunjukkan dari segi perbuatan.

    Sebagai contoh, saya dan pasangan rasa sekarang pada umur yang seperti puan, nak hidup tenang2 saja, buat aktiviti2 bersama dan nikmati hidup. Anak dah mula membesar dan pandai menguruskan diri.

    Saya tidak fikir berpisah adalah jalan penyelesaiannya, bahkan saya rasa ianya akan memburukkan lagi emosi puan. Usahalah untuk healing bersama, sebab itulah tujuan pasangan kita. Suami yang baik adalah satu rahmat.

    Salam hormat.

  8. Satu je nk cakap. Bukan kau sorg je yg tengah sakit. Pls la. Pls. Adil ke laki kau pun tgh sakit tapi still ada effort nk mntk maaf tapi kau? Kau pun patut minta maaf sebab tinggi suara, your husb definitely mesti offended. Pergi minta maaf, talk to your husb and then decide utk asing tempat tidur untuk satu tempoh. Baru adil.

  9. Walaupun 2-2 dah lama kahwin, tapi emotionally masih belum matang.
    Masih kekok.
    Suami adalah pakaian isteri dan isteri adalah pakaian suami.
    2-2 kena buang ego.
    Kita hidup tak lama dik.
    Target kita syurga. Bila pandang jauh, yg kecil ni tak terasa sangat.
    Banyakkan berjemaah sama2. Doa diberikan rumahtangga yang penuh rahmah dan mawaddah.

    Drpd spend time dengan therapist – bykkan dating bersama. Jgn sorok apa2 dr suami. Jumpa therapist pun suami tak tau mcmmana kalau suami tak redha? Means Allah tak redha. Kita nampak redha suami ni kecik – tapi sebenarnya besar. Neraka dunia pun kita tak sanggup hadap apalagi neraka di sana.

    Apapun, keyword adalah communicate. Communicate dengan Allah + communicate dengan suami dgn cara lebih baik. Jgn menjauhi suami bila dia dah datang kat kita. Untuk lelaki itu big step. Tapi u asik reject – lama2 dia pun terluka juga.

  10. Assalam Batu, sebelum buat apa2 keputusan, beritahu Awan apa yg awak mahu darinya. Luahkan semua yg awak pendamkan. Bagitau dia apa yg awak rasa, dan mintak dia juga open up apa yg dia rasa. Lepas tu bagi masa untuk sama2 berubah, dua bulan, tiga bulan. Jika sampai ketikanya tiada apa2 perubahan yg berlaku, bolehlah berfikir utk next step… paling penting, jangan lupa sentiasa mohon pertolongan & petunjuk dari Allah

  11. Batu, saya tak nak komen lebih2, lagi pun tak tau apa sebenarnya punca2 pergaduhan dgn your hubby. Tetapi one thing for sure, suami Batu ada lah suami yg baik. Jarang kita dengar atau nampak suami turunkan ego, mengalah dulu dan pujuk isteri. Brp ramai keluhan para isteri diluar sana yg terluka hati dan perasaan bila tak diendahkan oleh suami selepas bergaduh. Malah ada yg angkat kaki tinggalkan anak isteri 2-3 hari tak balik. Bila balik buat mcm x ada apa2 yg berlaku. Effort utk jernihkan keadaan, minta maaf atau duduk berbincang, zero. Itu lebih sakit wahai Pn Batu
    Sayangi lah suami, bersyukur… Luahkan apa yg terpendam dihati supaya tak terus membarah. Percaya lah, ramai wanita diluar sana yg mendambakan suami spt Awani – suami yg boleh menurunkan ego dan minta maaf dahulu
    Semoga Pn Batu lebih rasional selepas ini, bukan emosional. Semoga juga rtangga dan kasih sayang Pn suami isteri berkekalan hingga ke syurga

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *