Saya Ita (bukan nama sebenar), ketika saya menulis ni, saya bakal berpisah dengan suami saya.
Maaflah sekiranya kisah saya ni bakal mengundang kerimasan orang. Sebab saya tahu kebelakangan ni, banyak sangat confession berkenaan rumah tangga dalam ni.
Saya cuba ringkas kan saja kerana saya sangat perlu untuk melepaskan kekusutan di dada ni.
Suami saya ni orangnya hensem, tersangat hensem. Umur lewat 20an. Dan saya lebih tua daripadanya. Awal 30an.
Dia seorang yang kaya dan tersangat sibuk macam seorang ketua negara gayanya. Peminatnya sebelum kahwin lagi memang ramai.
Tapi ditakdirkan, saya yang terpilih menjadi suri hatinya. Perkahwinan kami ni pun secara rahsia kerana adanya sebab tertentu yang tak dapat saya dedahkan dan mencecah 3 tahun tanpa rezeki anak. Kami bahagia. Cuma..
Saya disini sendirian, suami kerap ada di luar negara. Jarak kami dipisahkan dengan laut cina selatan. Dan oleh kerana tu, malu saya nak mengatakan yang saya jarang mendapat nafkah batin. Tersangat jarang.
Boleh kata kurang dari 3 kali setahun. Ini menyebabkan perasaan saya terhadapnya makin kurang. Kerana dia seperti mengabaikan saya.
Dia dengan kesibukan dia menguruskan ‘negara’ tu, langsung tak hubungi, whatsap, call ke. Macam life dia 24 jam tu sibuk.
Mesti ada yang tertanya, kenapa saya tak ikut sekali husband ke sana? Saya bekerja di Malaysia. Satu lagi yang pembaca perlu tahu. Saya ada Aerophobia.
Satu fobia yang sangat dasyat untuk menaiki flight. Orang yang ada fobia ni boleh tahu macam mana perasaan nya. Tak boleh nak describe.
Sebabkan dah terlalu lama diabaikan, saya makin selesa hidup sendirian.
Saya dapat satu lagi berita meremukkan hati, yang F, kawan saya sendiri mula stalk IG suami saya. Mula save gambar gambar suami saya. Dan nak cuba goda dia untuk dapatkan suami saya tu.
Gara-gara kekacakan dia dan kekayaan dia juga. Apa perasaan anda bila suami yang macam layan tak layan kita, rupanya distalk kawan sendiri? Saya call suami saya, macam biasa, tak berjawab.
Macam-macam anggapan dalam kepala saya bila mengenangkan orang yang serba serbi sempurna disana seorang diri,
Mengelakkan call dan mesej saya dan terbaru kawan sendiri ingin menggoda dan sanggup terbang ke sana berbanding dengan saya yang tak mampu naik flight.
Sila letakkan diri anda ditempat saya kalau anda mampu. Seorang diri disini, tanpa yang memberi respon, dan kesulitan yang menghimpit diri lebih dari setahun ni saya tak mampu tanggung dah.
Saya bertekad, nak failkan permohonan fasakh setelah cubaan berbincang, cubaan hubungi semuanya tak berhasil.
Kalau bersuami, tapi asyik makan hati, siapa yang tak merana. Dengan nafkah tu, tak dapat, hati saya tak dijaga.
Mungkin kifarah sebab waktu muda zaman belajar dulu, saya sendiri bercinta dengan ramai dan tak ada niat nak ke alam perkahwinan pun. Sekarang, mungkin pembalasan untuk diri saya.
Kepada F, anda mungkin rasa bahagia dengan kekayaan si dia nanti, tapi adakah bahagia?
Kalau bahagia, rezeki anda. Lagi pun, perasaan saya pada suami dah hilang bila dia abaikan saya. Ada seorang laki pemuda jauh muda dari saya sedang nak mengenali hati budi.
Apapun biarlah saya selesaikan perpisahan saya dengan sang suami, baru fikirkan pasal yang lain. Puas dah saya berendam air mata selama ni. Melepaskan adalah yang terbaik.
– Ita (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit