Encik Naziran

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Ingin saya tujukan tulisan ini kepada lecturer yang amat saya hormati sekali, En.Naziran.

Baru-baru ini, saya menamatkan pelajaran di JMTI, Japan Malaysia Technical Institute iaitu antara IPTA TVET di Pulau Pinang. Sepanjang pelajaran di situ, banyak yang saya pelajari, lebih-lebih dari segi pembentukan keperibadian saya. Antara pengaruh positif yang banyak saya menerima maafaat ataupun WISDOM adalah dari En.Naziran yang merupakan warden asrama lelaki dan juga lecturer Jabatan Mekatronik.

En.Naziran dalam hati kalangan pelajar, en ni lebih jenis casual dan tidak serius ataupun garang. Ini telah menjadi impression kepada pelajar lama ataupun pelajar baru. Disebabkan en ialah warden, setiap kali Roll Call, muka en memang muncul di depan pelajar. Mula-mula, saya kurang senangi perangai en, KENAPA pula seorang lecturer boleh buat lawak dan tidak serius langsung dalam tingkah laku ataupun percakapannya? Bolehke ataupun akanke pelajar2 menghormati seorang lecturer yang perangai gila2 macam dia? Itulah impression pertama saya bila berurusan dengan en. haha Rupa-rupanya, don’t judge a book by its cover tu memang betul dan ada hikmah disebaliknya.

Semester 1 saya tidak berpeluang lagi masuk kelas En.Naziran walaupun saya pelajar Mekatronik. Beliau hanya mengajar pelajar diploma semester 2. Tapi selepas minggu suai kenal, senior-senior startlah ajak untuk masuk kelab-kelab dalam kolej. Depa kata supaya tidak bosan duduk asrama je. En.Naziran pula start giat buat promosi pasal kelab memanah dia. Banyak senior cakap dengan kami, masuklah kelab memanah en, sebab en tu ialah warden nanti bila minta asrama sem depan senang sikit.
Dengan itulah, saya mendaftar diri untuk kelab memanah.

Kelab ini baru lagi didirikan. Masa saya masuk tu, belum lagi 2 tahun kelab tu wujud. Jadi kelab memanah memang hasil minat dan usaha En, Naziran. Dari situlah perspeksi saya mengenai en. berubah dari kurang senangi ke HORMAT,

Bukan kata budaya melayu, tetapi kita ni memang kurang sikit bila sentuh tentang TEPATI MASA. En ni lain daripada en lain. En. Naziran nak dia punya archers tepati masa latihan dan kerap berlatih. Banyak kali dia tegur mengenai isu ni, saya suka gila bila jumpa insan yang menitikberatkan budaya tepati masa. Yalah, jangan bagitau saya yang tepati masa tu xpenting, saya geram betul bila ada manusia yang suka sangat lambat waktu nak turun berlatih atau inform kemudian selepas latihan yang mereka ada urusan justeru tidak datang. Serius saya cakap, tepati masa yang dijanjii tu basic manner.

En. Naziran pun banyak kali tegur perangai archers yang malas, bagi alasan bagai2 untuk ponteng sesi latihan, mcm nak hujan je en; en kami nak keluar beli barangan harian; en assignment banyak. Satu je en balas, nak seribu daya, xnak seribu dalih. Sentap tu! haha. Satu lagi benda yang saya hormati kat En.Naziran, setiap kali training yang waktu senja, en akan tegur balik awal untuk solat maghrib. Kalau ada archers yang nak juga training lama sikit pun en akan halau balik ke asrama sebab solat tu penting dan kena dijagai.

Sekali, saya dengan member pergi ke lab mekatronik. Member saya tegur, oi tengok tu, gambar en naziran. Member saya tanya, ada rasa sebiji macam apa x muka en? Saya duduk fikir macam apa pula. Member saya kata, kambinglah. haha Jangut en yang panjang tu memberku bahankan. haha saya pun tergelak sikit, yalah, boleh imaginasikan. Kejab…….tetapi simpan janggut tu sunat kan? haha rasa berdosa pula gelak. Itulah En,Naziran yang saya hormati, seorang yang jaga agamanya. Banyak kali en tegur budak asrama yang tidak cukup kerap atau rajin berkunjung ke surau untuk ceramah maghrib ataupun bacaan yasin.

Selepas usaha En.Naziran, kelab memanah dah makin nampak kejayaannya. Dengan ramai archers dapat tempat atau anugerah kat pertandingan luar, memang budak2 archer termasuklah saya bangga sangat dengan kelab kita ni. haha yalah daripada zero kot. En buat kelas membina busur, membaiki anak panah dan membuat target board archery. Semua kita DIY, haha nak save costkan? En.Naziran bukannya professional accredited archery trainer pun, tapi daripada usaha en belajar, banyak ilmu yang kita pelajari daripada en. Semangat archery en yang membara tu memang saya salute.

Saya xtau yang korang pernah x rasa RESPECT seorang tu serius dari lubuk hati, tapi En.Naziranlah seorang teladan yang akan saya hormati sampai bila-bila.

TERIMA KASIH en, sebab saya banyak belajar ATTITUDE dari en.

Dari archer JMTI.

– Archer JMTI

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit