Encik Suami Orang Mengaku Duda

Salam everyone. Ni first time saya confess sini and baru tahu juga kewujudan confession ni. Saya tiada FB sebab umur saya pun gen Z lagi. FB ni pun FB fake buat stalk ex, HAHA.

Umur now 23 sedang belajar Bachelor degree di sebuah uni di malaysia. Tujuan confession ni saja je nak meluah sebab sedih baru lepas break dengan encik suami orang yang mengaku duda.

Cerita dia macam ni, ada seorang laki ni saya bagi nama dia Encik Azhar lah (fake name). Dia kerja yang related dengan mahkamah. Dia approach saya and mengorat saya di satu apps ni.

Saya dah pelik waktu ni sebab saya belajar bahagian engineering tiada kene mengene dengan kerjaya dia. Dia mesej tanya nk cari kerja bla bla bla. Rupanya dia nak mengorat. Then saya kenal2 la dengan dia.

Waktu awal perkenalan tu 4 kali saya tanya dia ni single ke suami orang ke tunang orang ke boyfriend orang. Sebab kalau tak, saya nak block terus jer. And then dia cakap dia belum kawin.

Dia cakap belum kawin tapi umur 38. Suspicious sangat pakcik ni. Then saya tanya dia duda ke? and he said yes dia duda.

Then ada la tempoh perkenalan kami beberapa hari melalui whatsapp/call. Dia tak nak mengaku pekerjaan asal dia. Dia guna alasan approach saya sebab nak cari kerja di uni saya nak jadi tutor kononnya. Dasar buaya.

Lepastu saya save no dia then saya check no tu di TnG ewallet apps then keluar lah nama penuh beliau. And then saya check nama dia di chagpt suruh dia cari maklumat pakcik yang tkde kerja tu. Keluar lah nama beliau di FB/IG/Google.

Hes quite well known person. Sebab nama dia keluar di berita apa tah saya lupa. Then bila saya search di google memang keluar lah pekerjaan sebenar beliau.

Saya ss gambar di google then bagi dia, dia tak mengaku. Katanya bukan dia. Sampai beberapa hari la dia tak mengaku itu dia. Saya jadi waswas sebab dia taknak vc and hantar gambar pon tutup muka just nampak pakai baju kerja kemeja suits macam tu je.

Then saya stalk lagi dia di FB. Pandai dia, FB memang kosong tiada sekeping gambar posting. Hanya gambar profile je. Then waktu call tu lama la kami call sampai lewat malam 2-3 pagi. Tengah kenal2 orang kata. Dalam call tu banyak kali saya tanya dia awak ni single ke tak sebenarnya.

Sebab saya pelik, everytime dia nak call dengan saya mesti dia keluar and mesti di kedai makan. Kitanya nak sleepcall kalau boleh. Then saya paksa dia cakap siapa identity dia kalau tak saya nak block dia.

Dia pon mengaku lah, benda2 yang saya jumpa di internet tu memang dia. I was like “wow” terkejut jugak. Then saya tanya lagi, takkan la tak kawhin2 kan dia ada kerjaya yang bagus. Orang nya pon boleh tahan jugak. Dia cakap duda 3 tahun macam tu lah, busy kerja. Punca cerai sebab masalah kewangan.

Nampak penipu nya tu. Tapi waktu tu saya percaya lagi. Sampai la kemuncak dia outstation, kami call sampai jam 4 pagi centu. Bila saya pressure dia suruh dia cerita pasal ex wife dia apa semua apa yang jadi. Nampak la dia macam nak mengelak.

And dia selalu duk cerita bab poligami kononnya poligami baik. Yes tak dinafikan poligami tak salah. Tapi menipu tu memang salah encik duda fake oi.

Saya memang bagi clear explanation yang saya tak nak ada kaitan dengan suami orang, tunang orang, boyfriend orang. Dia take note and dia cakap jgn risau lah and memang dia duda. Saya ni lega la dalam hati and waktu tu pon memang dah start sayang dia. Dia caring and pandai melayan suka bercakap.

Then lama kami berbual tu, saya tanya dia. Masih sayang ex wife lagi tak. Saya cakap kenapa tak pujuk dia, katanya dah pujuk. Saya cakap tak apalah tiada jodoh la tu. Then saya nak test dia, saya cakap, kalau saya stalk awak lepas ni and dapat tahu awak ni suami orang, malam ni jugak saya block awk.

And dia terus cakap waktu tu, “what if kalau saya cakap saya dalam process penceraian” memang terkejut saya waktu tu.

Saya tanya balik dia, “ni betul2 ke main2” then dia jawab, takde lah ni andai kata kalau lelaki dalam prosess cerai, awk nak ke tak. Saya memang directly jawab, jangan kata nak. Aku block terus plus makian yang bakal dapat.

Dia tak mengaku lagi waktu tu. Sambung next day lepas tu saya stalk lagi dia. Saya stalk FB kawan dia, family dia. Yes ada gambar raya dia and wife anak dia apa semua tapi 3 tahun ago. Latest punya tiada. Saya stalk semua family dia. Tapi still tak terjawab dia ni suami orang ke duda.

Saya korek rahsia dia. Saya minta gambar dia and tanya sikit2 pasal ex wife. And then paling obvious, dia takkan reply wasap saya kalau waktu harian biasa. Dia hanya reply bila waktu kerja, di luar waktu makan malam.

Ini memang confirm laki orang. Saya waktu tu memang nak marah. Nak marah sebab rasa kene tipu tak guna betul. Then dia outstation lagi, saya paksa dia jawab sama ada dia suami orang ke tak. Dia mengaku dia dalam prosess nak cerai. Saya marah dia. Saya tanya adakah nak cerai sebab kehadiran saya.

Katanya tak, dia nak cerai sebab ada crisis dengan isteri dia. Sebab dia pernah curang 5 tahun lepas dengan budak muda macam usia saya jugak and kantoi wife dia tahu. Dia cakap dah minta maaf apa semua tu tapi wife dia asyik ungkit balik. Standard ayat buaya nak burukan isteri.

Saya kata pada dia, padan la muka memang layak la wife tu balas macam tu. Dia sakit hati la tu sebab kau curang. Then dia pon cerita lah hal scandal dia dengan budak tu. Dah jadi isteri orang dah perempuan tu. Everything la A sampai Z lah dia cerita. Based on cerita dia tu, memang dia 100% problem..

Saya nasihatkan dia jangan cerai wife tu. Tu bukan penyelesaian yang tepat. Pujuk la dulu wife saya cakap. Dah kau buat salah, sabar lah nak ambil hati balik. Ini kau tambah lagi nak kenal perempuan lain sebab fadeup. Dia diam je and jawab “erm2” macamtu je.

Lepastu banyak la aku bagi tips kat dia pujuk wife. Suruh dia ingat balik zaman bercinta macam mana. Aku cakap, mengorat balik bini kau macam kau ngorat aku. Mulut manis ayat power tapi dengan bini ego.

Aku suruh dia beli coklat, beli bunga ke bagi sekuntum setiap hari then letak kertas ayat2 cinta sikit. Dia first time jumpa aku siap bawa coklat bagai. Takkan dengan bini tak boleh.

Then dia dengar la apa aku cakap tapi korang tahu apa soalan dia lepastu. “Habistu kalau saya dengan wife dah berbaik, awak mcm mana”.

Aku reply, aku ajar kau ni sebab aku nak cau la. Aku cakap ni sebab kesian kat bini hang tu. Then sebelum aku block dia tu, sempat lagi si buaya tu mengayat. Sebenarnya dia perlukan kasih sayang seorang isteri and seorang isteri yang appreciate dia.

Dia kata, dia hanya jalankan tanggungjawab sebagai suami sahaja. Perasaan dia sudah nombor 15 katanya. And boleh pulak kata perempuan ni selfish tak bagi poligami sedangkan islam bagi.

Aku balas balik, sebelum nak poligami tu, kau tengok rumah tangga kau yg first pon huru-hara ini nak tambah lagi masjid baru. Selesai satu2 la.

Aku cakap boleh je kau nak kahwin tapi bukan dengan aku la sebab aku memang tak boleh terima poligami dan taknak jadi no2. Dia suruh aku tunggu dia settle dengan wife dia. Mesti dia ingat aku nak lelaki problem.

Kesian jugak dia tu, dia lebih kepada tk cukup kasih sayang bini. Tapi aku rasa dia jadi macam tu sebab godaan di tempat kerja. Kerjaya dia tu banyak outstation and melibatkan perempuan. Tapi nak salahkan isteri pon tak boleh, pasal nya diri sendiri memang gatal.

Jadi aku pon yang asal nya sedih jugak la. Sebab waktu selama berkenalan tu memang betul2 dah sayang dia. Tapi bila tahu suami orang terus rasa nak marah. And paling aku tak sanggup, bila tengok muka wife dia baik je. Kesian la pulak. Then aku block semua dia di wasap/ sosmed. The end.

Moral of the story, aku taknak kenal dah lelaki yang muka baik kerjaya baik ni. Terlalu banyak kisah silam sampai rasa takut nak kawin. Bila dia cerita2 dark side dia tu, rasa mcm terkejut. Dia berada di kerjaya professional tapi tu lah. Orangnya cerdik pandai tapi tak dapat beza halal haram.

Sekian sharing saya hari ni. Kepada girls out there, kalau lelaki 35 ke atas mengaku tak kahwin tu confirm laki orang. Abaikan. Biar kita cantik single je dari jadi no 2 HAHAHA..

– Saya bahasakan diri saya, Atikah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *