Endoscopic Thoracic Sympathectomy (ETS)

Assalamualaikum dan hai. Aku perempuan dan berumur 19 tahun. Hmm, lately ni banyak orang post pasal hiperhidrosis. Aku pun salah seorang penghidap hiperhidrosis (tangan dan kaki) dari kecil lagi dan aku dah pun buat pembedahan Endoscopic Thoracic Sympathectomy (ETS). So, aku just nak share la pengalaman aku buat ETS ni.

Aku pun sama je la macam penghidap hiperhidrosis yang lain, rasa malu bila nak salam dengan semua orang, hilang keyakinan diri. But, benda yang paling susah nak hadap bila time exam la. Habis basah kertas exam, huhu, sebab tapak tangan tu basah sampai boleh meleleh. So, kira agak teruk la tahap hiperhidrosis ak ni.

Aku dah lama teringin nak jumpa doktor pakar,tapi keadaan selalu tak mengizinkan. Kalau jumpa doktor biasa, dia just akan bagi ubat sapu or ubat urat dan bagi nasihat je la.Aku pernah je beli ubat sapu dari farmasi atas saranan doktor tapi ubat tu tak berikan kesan pun. Problem hiperhidrosis tu tak kan hilang pun.

Straight to the point, akhirnya aku pergi hospital dan cakap dekat doktor nak buat appointment dengan doktor pakar. Disebabkan hospital tu tak besar mana so, doktor refer aku ke hospital yang lebih besar yang mana ada klinik pakar kulit. Aku pun pergi appointment jumpa doktor pakar. Doktor tu tanya la macam2 semua. So, doktor bagi banyak pilihan untuk selesaikan masalah hiperhidrosis ni sama ada pakai ubat, kaedah botox or operation.

Sebenarnya, ada kaedah lain lagi, tapi aku tak ingat. Doktor kata kalau nak terus hilangkan hiperhidrosis ni memang operation je jalannya dan tu pun tak akan hilangkan 100 %.So, ak decide nak buat operation. Doktor syorkan sama ada aku nak buat operation kat Hospital Pulau Pinang, Hospital Serdang or Institut Jantung Negara (IJN).Aku rasa sekarang ni dah banyak hospital lain yang buat operation ETS ni berbanding waktu dulu. Boleh try google.

Aku buat operation ni masa tahun 2013 yang mana umur aku 14 tahun. Aku decide nak buat kat IJN.So,doktor setkan appointment dengan IJN. Aku pun pergi IJN dan jumpa doktor. Sungguh,doktor yang aku jumpa ni adalah the best doktor.Doktor ni memang terangkan semua details pasal hiperhidrosis ni dan dia sangat la memahami apa yang aku rasa. Appointment first tu, terus je setkan date untuk buat operation.

Next, dalam berapa bulan lepas tu aku datang IJN terus proses masuk wad. Aku masuk wad hari Khamis petang,esoknya lepas waktu solat jumaat terus je masuk dewan bedah.Malam sebelum operation tu, doktor bedah, doktor bius semua datang jumpa,bagi details untuk operation. Ok. Masuk je dewan bedah,last aku ingat doktor cucuk bius. Aku sedar2 tengok jam dinding pukul 7 petang dah. Nurse datang kat aku lapkan air mata aku. Aku pon tak tau kenapa aku nangis. Hahaha.

Tak sakit pon. Just ko akan rasa perit kat tekak sebab camera masuk ikut situ kan. Operation ni dia cuma tebuk 3 lubang kecil kat belah kanan and kiri, area ketiak la. Aku tak pasti doktor simpulkan or matikan saraf yang problem tu. Btw, bila doktor tebuk yang belah kanan tu paru2 bahagian tu akan dimatikan and begitu juga sebaliknya. Sebab tu bila awal2 sedar tu susah nak bernafas and kena pakai alat pernafasan.

Lepas aku sedar, aku dihantar balik kat wad. Time tu memang badan lemah la, tak boleh bangun pun, wayar berselirat. Malam tu memang muntah teruk gila tapi nasib nurse2 semua baik sangat. Esoknya, wayar semua dah buka. Doktor ada tarik tiub kat belah kanan and kiri, tapi aku tak pasti tu tiup apa.Dan waktu tu la paling sakit sekali. Rasa macam nak tumbuk je doktor ni, hahaha. Disebabkan condition aku yang okey, aku boleh keluar wad dah hari Sabtu tengahari tu. Seminggu lepas tu kena datang IJN balik untuk buka benang dan buat check up.

Hmm, so bagi aku operation ni sangat2 membantu aku. Sekarang ni tangan aku dah tak berpeluh langsung, cuma kaki je still berpeluh tapi dah tak banyak. So far, operation ni sangat bagus dan kesan sampingan after operation sangat2 la sikit. Ouh, sebelum terlupa kos untuk buat ETS ni tersangatlah mahal maybe around 20k kalau tak silap. Tapi, aku punya operation free sebab pakai GL parents. Ok tu je aku nak share. Moga confessions ni bagi manfaat pada semua.

– Cik Kuntum

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *