Assalamualaikum,
Hi. Saya disini sekadar untuk berkongsi pengalaman saya dan mungkin mencari komen-komen mutiara/berhikmah yang boleh memperbaiki kehidupan saya.
Saya, perempuan, berusia sekitar 20-an. Orang kata saya cantik, baik dan pandai. Selain itu, saya juga seorang yang ceria, mesra dengan sesiapa, namun saya suka menjaga batas pergaulan saya. A lone ranger girl too.
Ketika saya di tahun kedua di ipta, saya melalui perubahan emosi dan tingkah laku yang mendadak atas pelbagai punca- ketidakstabilan gaya hidup, pemakanan, masalah keluarga, kewangan, akademik, sosial dan budaya. Malangnya saya sedar tentang keadaan saya setahun kemudian. Saya melalui setahun yang mencabar itu dengan jiwa yang terumbang-ambing. Menangis setiap hari/minggu bersendirian itu perkara biasa. Tiada siapa pun yang tahu sebenarnya, jadi saya melalui keadaan ini bersendirian.
Sampai suatu hari, keadaan emosi saya kritikal sangat kerana kata-kata sindiran lecturer saya hampir setengah semester. Setengah sem keluar sahaja dari kelas dia saya menangis. Saya repeat subjek tu sebenarnya. Saya tahu niat dia ‘tegur’ tu baik, tapi perlukah memalukan saya dihadapan orang lain sebegitu sekali? Dan itulah, pertama kali selepas setahun saya berjumpa kaunselor sekadar meluahkan perasaan. Alhamdulillah selepas itu, semua orang jadi sangat baik dengan saya. Dan sejak itu juga saya tak jumpa kaunselor lagi. Hahaha. I lost my trust.
Dalam saya ‘kehilangan’ diri saya, saya berusaha bina diri saya. Alhamdulillah, saya semakin baik. Pada masa yang sama, saya selalu mendapat mimpi pelik tanda-tanda gangguan makhluk halus. Entah kenapa, saya tak pernah nak percaya dengan tanda-tanda ni. Bagi saya, benda ni semua permainan otak. My denial habit ate me. It was a big mistake for not investigate.
Tahun pengajian seterusnya, saya mendapati saya positif diganggu makhluk halus. This explained many things. Kenapa emosi saya mudah tersentuh. Kenapa banyak perkara menjadi sangat susah. Sedangkan saya ketika itu solat dan alquran sentiasa diamalkan. Selepas gangguan saya dibuang, saya jalani kehidupan seperti biasa.
Ku sangka panas hingga ke petang, rupa-rupanya hujan di tengah hari. Ketika pengajian, saya kehilangan ayah. Ketika kenduri tahlil, ada beberapa orang makcik pesan pada saya utk perbanyakkan bacaan 3 kul. Saya tidak pasti siapa yang kata, sihir pun boleh terwarisi ke anak cucu. Sekali lagi saya abaikan petunjuk dari Tuhan.
Mungkin ujian Allah, saya melalui apa yang dikatakan makcik-makcik ini. Masalahnya, saya tak faham kenapa bila saya pergi perubatan islam, saya bersih. Tapi selepas perubatan, gangguan kembali. Jadi, saya hanya perbanyakkan amalan utk mendapat lebih banyak lindungan Allah. Semua nasihat berkaitan di confession sebelum ni saya screenshot dan amalkan.
Depress, gangguan dan sihir serentak ni sesungguhnya telah menyusahkan hidup saya. Banyak sakit pelik datang dan pergi. Dan saya percaya, ini semua sekadar ujian dari Dia Yang Esa. Bila tak diuji sebegini belum tentu saya nak rapat dengan Allah kan?
Apa yang saya nak sampaikan disini, saya telah dan sedang bangkit diatas setiap ujian. Saya tak nak rasa menjadi mangsa kepada situasi dan saya enggan untuk kalah dengan ujian ini. Di setiap ujian, saya menjadi teliti dengan petunjuk Allah. Saya menjadi lebih berhati-hati ketika bersosial. Saya semakin bijak menilai hati manusia.
Terima kasih atas post confession bermanfaat sebelum ni juga. Semoga admin sentiasa release confession bermanfaat, utk manusia yg lurus sikit seperti saya. Hihi. Sebelum saya akhiri confession saya, diharap pembaca tak lupa memberi doa keselamatan ke atas saya ye. Terima kasih!
– FNAS
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit