Engineer Dekan Tapi Tak Dapat Kerja

Haritu aku ada nampak luahan Engineer yang Dekan tapi sampai sekarang tak dapat kerja sebab English dia tak bagus.

Em. Sebenarnya tak nak ulas sangat pasal dia, tapi just nak share pengalaman saya yang dah hampir 10 tahun kerja bidang Engineering. Sekarang ni, gaji aku hampir RM12k termasuk elaun, tapi sebelum tax epf-lah.

Umur aku 35. Aku jugak dapat bonus hujung tahun cecah 2~4 bulan gaji dan ada 13th month bonus. Kiranya, yearly salary (basic RM10k x 13 bulan) aku adalah RM130k.

Jadi, hujung bulan 12, aku akan dapat remaining RM10k. Tu belum kira bonus lain seperti yang selalunya 20%~35% gaji.

Secara teknikalnya, gaji ni cuma average dan tak tinggi macam oil and gas, tapi agak comparable untuk bidang aku jawatan + pengalaman.

Kalau aku cakap yang pointer aku 2.43 masa degree, mungkin dia melenting. Ya la, dia persoal kawan dia pointer rendah pun boleh dapat kerja engineering?

Sebenarnya, nak dapat kerja tu pun tak mudah. Aku grad lambat banding kawan sebab aku repeat paper. Kawan-kawan grad 4 tahun, aku grad 4.5 tahun. Extra satu sem pulun repeat paper.

So, aku grad umur 24 berbanding kawan-kawan yang grad umur ~23 (lepasan matrikulasi masuk degree). Sebenarnya aku faham perasaan dia bila tak dapat kerja engineering selepas grad.

Aku pun sebenarnya tertekan nak cari kerja dan low self esteem sebab pointer rendah. Banyak resume aku hantar sana sini tapi satu pun tak dapat panggil interview.

Lepas habis final exam untuk final semester, dalam dua minggu duduk rumah. Aku dah rasa macam biawak hidup.

Tengok dekat fb, kawan sekuliah masing-masing dah dapat kerja. Ada yang dapat kerja petronas, ada yang kerja MNC, ada yang lompat bidang. Tapi aku faham yang nak dapat kerja makan bulan. Lagi-lagi orang pointer rendah macam aku ni.

Aku keluarlah cari kerja dan kerja dekat kedai makan. Mula-mula segan jugak dekat orang kampung. Ya lah. Belajar sampai universiti, tapi kerja kat restoran.

Bila pak cik mak cik kampung tanya, aku bagi jawapan selamat. “baru habis exam, result pun tak keluar lagi”. Aku guna skrip sama walaupun result final exam dah keluar dan announcement convo dah keluar.

Aku rasa kecewa sangat sebab last sem aku masih gagal dapat 3 pointer ke atas dan overall dapat 2.43.

Sebab segan bila orang kampung dah tahu aku dah habis konvo. Aku keluar pergi KL duduk rumah sewa dengan kawan-kawan kampung.

Kebanyakan diorang kerja dekat fast food atau pasaraya. Jadi, aku pun join kerja dengan mereka sambil cari kerja hakiki. Aku kerja dekat pasaraya selama 1 bulan.

Aku makin tertekan bila tengok kawan-kawan sekuliah, even junior pun dapat kerja engineering dan ada yang dah tunjuk rumah diorang beli atau kereta yang sedap-sedap. Aku pulak, masih dengan honda wave 3rd hand yang aku beli guna duit kerja restoran tu.

Sebab pasaraya gaji kecik sangat dan tertekan. Aku join kerja call center. Gaji up sikitlah RM1.6k, banding pasaraya yang gaji basic RM1000. Waktu kerja call center, aku polish English aku dan communication skill aku.

Kerja call center ni, hati la kena kental. Seminggu, mesti ada 4-5 kali kena maki dengan customer. Kita ni frontline accept call je. Masalah bukan dari kitorang. Tapi tetap kena maki. Ada yang sampai mencarut, menghina keturunan, dan macam-macam lagilah.

Aku tanya leader aku, tak boleh ke nak saman atau report polis bila kena macam ni. Diorang cuma suruh aku diam je, tak payah panjang-panjangkan hal.

Aku masih lagi hantar resume ke sana sini tiap-tiap minggu. Ada by hand, ada by email je, ada by post.

Satu hari bila aku tertekan sebab kena marah dengan sorang customer ni, aku buka balik email yang lama-lama. Aku terjumpa email lama dari boss masa aku buat praktikal.

Aku cuba tulis bertanya kerja kosong dan email pada dia. Aku terkejut bila dia reply tak sampai 5 minit, tapi dia cuma tulis “Call saya 01xxxxxxxxx”

Immediately aku call, tapi kena reject dan dapat auto sms respond, “I’m in the meeting, will call you later”. Tapi kena sidai sampai malam. Esoknya aku kerja, lepas habis kerja tu, aku try call balik. Tapi dia reject jugak.

Sampai hari ke tiga tu, aku sms dia. “Saya xxx, yang email Tuan bertanya hal kerja kosong dan Tuan minta saya call. Tapi sampai hari ini saya tak dapat untuk menghubungi Tuan”.

Macam ni la aku reply balik. Ni aku rephrase sikit. Tapi aku try ayat se skema habis. Sebab dekat call center, kami belajar buat ayat proper, belajar communication skill, dan lain-lain lagi.

Malam tu, dia call aku dan kami borak-borak panjang. Rupanya dia masih ingat aku dan memang kebetulan ada opening ketika tu.

Aku tanyalah, aku ni pointer rendah, tak apa ka? Dia kata, pointer tak penting sangat, asalkan grad tu dah okaylah tu. Yang paling penting, boleh buat kerja ke tak.

Lepas tu dia minta aku hantar resume ke email dia tu dan dia akan hantar direct ke HR. Malam tu jugak aku email dia resume aku.

Esoknya, aku dapat balasan. Dia minta aku revised resume aku. Resume aku tak strong. Dia suruh tulis pengalaman aku masa praktikal dengan dia. Project apa, selit sikit tool name, functionality, skill, dan lain-lain masa buat praktikal dulu.

Aku buka balik report praktikal dan aku try compress dekat resume. Lepas tu aku contact kawan-kawan bidang HR, minta diorang revised resume aku.

Aku siap bagi bayaran RM200 just semata-mata nak resume aku cantik. Sebab aku nak dapatkan perkhidmatan professional.

Bila aku resubmit, boss time praktikal tu puji improvement yang ketara dan dia akan forward ke HR.

Dalam 2 minggu lepas tu, aku dapat panggilan untuk interview. Lepas deal masa dan tarikh, aku pergilah interview. Sebab aku baca balik report praktikal aku, aku mostly dapat jawab soalan teknikal interviewer.

Yang interview aku bukan orang HR, tapi manager dan staff engineer. Teknikal gila soalan. Tanya pasal tool yang aku mention dalam resume, kena terangkan macam mana tool tu berfungsi, terangkan pasal project aku, diorang tanya aku fizik sikit-sikit,

Dan akhir sekali, diorang terangkan pasal project yang aku akan involve kalau diorang nak hire aku. Aku siap tanya balik beberapa soalan pasal project tu. IV kitorang lajak lebih 15 minit sebab QnA tu rancak.

Bila balik tu, aku confident akan dapat kerja ni. Tapi aku rasa tertekan sebab dah sebulan, aku masih tak kena panggil.

Lepas aku cantikkan resume aku tu, barulah aku start dapat panggilan IV. Rupanya baru aku tahu. Resume aku selama ni teruk.

Aku pun belajar untuk customize resume untuk setiap kerja yang aku apply. Berbaloi jugaklah spend duit untuk touch up resume.

Kemudian, setelah dua bulan, aku dapat call yang adakah aku masih berminat dengan company aku praktikal tu? Aku teruslah terima sebab dah nak dekat 7 bulan lepas grad aku kerja macam-macam sebelum dapat offer kerja.

Diorang offer RM1.8k untuk probation 6 bulan. Once confirm, mereka akan bagi gaji aku RM2.4k. Ikutkan gaji tu rendah untuk junior engineer, tapi sangat besar bagi aku. Lagi-lagi orang tak ada experience dan pointer rendah macam aku.

Rupanya aku kena sidai sebab diorang dah hire orang lain. Tapi sebulan lebih orang tu MIA. Diorang malas nak go thorugh another session IV, diroang panggil calon-calon lama. Bila last tu, baru la sampai ke aku.

Kiranya, aku dapat kerja ni, nasib sangat-sangat. Aku try perform sehabis baik. Tak sampai 4 bulan, aku dah confirm dan dapat menikmati gaji RM2.4k. Bonus dapatlah jugak, cuma hujung tahun dan tak banyak. Sama ada setengah bulan gaji, atau hampir 1 bulan gaji.

Kenaikan gaji aku tak berapa sangat, tapi naiklah tiap tahun. Aku dah besyukur sangat.

(basic salary)

Umur 25 = RM2.4k

Umur 26 = RM2.5k

Umur 27 = RM2.7k

Umur 28 = RM2.9k

Umur 29 = RM3.1k

Umur 30 = RM3.5k (naik pangkat senior engineer)

Umur 31 = RM3.8k.

Bila aku start kerja, keadaan sama je macam call center. Kena tahan maki. Kiranya aku kerja dekat call center tu melatih diri untuk kena tahan maki.

Tapi bila dah masuk tahun ke dua dan ketiga, aku jarang kena maki sebab dah cekap dan jarang buat silap.

Kena maki ni bukan apa, bila ada isu atau kesilapan, senior staff dan boss kena menjawab dengan management. Managements kitorang ni toksik. Nak cepat nak cepat, tapi bab support.. haramm..

Masa junior engineer, report dekat boss dan senior. Boleh cakap BM walaupun report dalam BI. Bila aku naik senior, report aku lebih kepada management dan department lain. Nak tak nak, aku kena cakap BI. Sebab tu standard company.

Mula-mula berterabur jugaklah BI aku. Tapi senior aku ajar. Cakap satu-satu, slow-slow. Jangan gopoh dan laju-laju. Yang penting, word-by-word tu kena clear. Tak kisah la accent kelantan pun, janji setiap patah perkataan tu clear dan jelas.

Dan akhirnya, bila umur 30, aku baru confident cakap BI sepenuhnya dan tak kekok cakap BI dan buat reporting ke management. Walaupun grammar aku masih tak bagus (sampai umur 35 ni pun masih tak bagus), yang penting understandable.

Tapi lama tu, aku sebenarnya down bila dapat tahu, rakan-rakan senior engineer dekat company lain (bidang sama) cecah gaji RM5.5k~RM8k. Patutlah mereka boleh beli rumah have-have, pakai kereta have-have.

Bila siasat, rupanya mereka kerja dengan MNC. Gaji MNC memang tinggi. Bila aku revised balik kenaikan yearly aku ni, aku rasa aku takkan dapat gaji RM10k basic walaupun cecah umur 40. Jadi aku nekad untuk lompat

Aku sebenarnya sayang nak tinggalkan company lama aku tu. Ye lah, dah selesa dan tempat tu dah jadi “tempat aku”.

Aku pun cubalah apply MNC. Aku demand gaji RM6k. Sebab tu average gaji pasaran MNC untuk senior engineer bidang aku. Aku dapat IV 3 syarikat. Interviewer mostly orang Eropah. Memang kena cakap BI sentiasa. Soalan diorang sangat-sangat teknikal, sampai aku rasa down sangat.

Tapi alhamdulillah aku dapat panggilan IV kali ke dua untuk dua syarikat yang aku mohon. Dan alhamdulillah, aku dapat salah satunya.

Tapi aku down sikit sebab aku tak dapat expected salary. aku cuma dapat RM5k sahaja. Sebab kononnya mereka refer kenaikan gaji lama.

Tapi aku terima sajalah sebab pokej bonus dia mengiurkan. Kurang-kurang, boleh aku guna duit bonus untuk top up perbelanjaan bulanan. Bila dah masuk, memang ya. Bonus tu lah punca aku jadi setia dan terasa appreciate.

Satu lagi culture shock bila kerja dengan MNC Eropah, diorang tak ada budaya maki-maki. Aku yang dah biasa kena maki dan kadang-kadang termaki, aku jadi macam terkejut sangat. Bila aku ada buat wrong judgement. Diorang buat meeting, ingatkan nak kena maki.

Rupanya diorang suruh jelaskan macam mana insiden tu terjadi. Lepas aku terangkan sedetailnya. Respon diorang, “Now, how do we fix this?”. Engineer yang lain bagi few suggestion dan aku take note on every suggestion.

Akhir meeting tu, aku minta maaf siap berdiri dan tunduk kepala lagi. Aku terkejut bila senior manager sorang ni bangun dan halang aku untuk tunjuk kepala.

Manager aku mencelah, “it is lesson learned. When we make mistake, we learn from it, and make sure its never happened again”. Lebih kurang macam tu lah ayat mereka. Manager aku Chinese, senior manager tu Mat Salleh dari Eropah.

Sampai harini aku ingat.

Dekat company MNC ni, bangsa langsung tak dipandang macam company lama aku. Gaji bangsa tertentu berbeza dengan gaji bangsa lain. Unfair, tapi benda tu open secret.

Waktu umur 31, gaji RM5k. Bagi aku, ni pencapaian yang baik sebab kenaikan gaji yang ketara. Hopefully, umur 40, gaji aku cecah RM10k, impian aku waktu tu.

Masuk umur 32, company expanding dan aku tukar manager sebab masuk team lain. Gaji aku naik RM5.4k sebab yearly increment.

Tapi, dalam sebulan aku tukar team, aku terkejut dapat surat dari manager, gaji aku naik ke RM6.4k. Aku terus masuk bilik manager dan terima kasih sangat.

Dia kata, ni equity adjustment. Sebab gaji untuk jawatan dan experience aku sepatutnya banyak tu based on market.

Aku kerja rajin dan harap sentiasa exceed KPI. Sebab performance aku yang sentiasa exceed KPI, boss aku fight untuk aku naik pangkat, dan alhamdulillah aku dapat naik pangkat waktu umur 33.

perjalanan gaji aku di MNC, (basic salary)

Umur 31 = RM3.8k.-> RM5k (lompat company)

Umur 32 = RM5.4k -> RM6.4k (kenaikan yearly dan equity adjustment)

Umur 33 – RM5.9k -> RM8.5 (naik pangkat)

Umur 34 = RM9.4k -> kenaikan tinggi sebab high performance.

Umur 35 = RM9.9k -> kenaikan yearly.

Aku bersyukur sangat sebab environment kerja baru sangat positif. Tak lagi rasa tertekan sebab takut kena maki. Naik suara kejap tu, adalah. Tapi tak ambil hati sangat. Lagi-lagi bab meeting dan nak buat decision penting.

Bila ada mistake dan wrong judgement, mereka akan siasat root cause dan buat SOP atau lesson learned supaya perkara tu tak berulang lagi.

Contoh lesson learned aku pernah handle. Ada operator salah label dan akhirnya misprocess berlaku. Kerugian dalam ratus ribu jugak tu. Sebab satu batch product kena lupus. So, aku turun dan sisasat.

Kenapa terjadi. Explanation dia sebab short staff dan loading banyak. So, satu batch produk ni dia salah label. jadi dia terlepas pandang satu SOP labelling.

Jadi, suggestion untuk elak perkara ni berlaku. Kitorang implement tag barcode dekat every packaging dan sorting lagi efficient.

Sebelum ni, operator kena read barcode manually dekat product. Sebab lain process, lain packaging. Tapi operator tu skip baca barcode, sebab dia assume produk tu sama dengan sebelumnya.

Ye lah, waktu tu, satu troli dan work in progress masih banyak dan diorang kena buat cepat-cepat sebab nak capai target loading.

So, bila ada luar dan dalam barcode, tiada lagi misprocess atau mislabeling berlaku. Bila tukar packaging, barcode luar kekal. Kena scan tag barcode sebelum proceed ke apa-apa tool atau process.

Paling aku bersyukur dengan perjalanan karier aku ni, basic aku dah around RM10k. Aku layak terima elaun sana sini sebelum tax dan epf, cecah lah average RM11.8k.

Aku ada elaun tetap dan tak tetap. Elaun tak tetap tu berbeza bergantung pada task. Sama ada kena outstation (extra travel allowance) atau bulan tu kena cover jadual shift (kitorang ada shift allowance).

Pernah sekali gaji aku exceed RM13k sebelum tax dan epf. Sebab banyak sangat outstation sana sini.

Sekarang ni aku bersyukur sangat sebab target nak dapat basic salary RM10k sebelum umur 40 tercapai. Malah tercapai awal 5 tahun.

Sekarang ni, aku target management level dan harap dapat gaji bersih atas RM20k cecah umur 45 nanti.

– Engineer Cabuk (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

  1. cerita tuan ni sama jalan cerita dengan saya. Kita serupa, grad dengan pointer lebih kurang sama ..saya 2.46 dengan 3 semester “extend”. Kerja dengan jujur & ikhlas, pasti Allah SWT berikan ganjarannya. Betul tu, resume kena ringkas, padat dan orang faham kualiti pengalaman kerja kita….Alhamdulillah sya satu2nya yg join o&g industry. Lepas 13 tahun “Field Man” construction industry dan overhaul compressor & turbine kat power station dan oil refinery on-shore…Kena belajar disiplin mekanikal dan elektrical masa on-hand wat kerja… ALL THE BEST BRO! Apapun, Alhamdulillah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *