Tengkiu admin sebab approve post aku yg tak seberapa ni.
Benda ni jadik few years ago. Tapi aku still xleh nak muvon tiap kali suami aku sebut nama dia. Kisah dia, aku pernah kerja dgn satu company oil & gas. Kat ofis tu golongan minoritinya perempuan dan selebihnya lelaki. Dan staf kitorg cuma ada 8 orang je. Selalunya kitorg yg minor ni la duk ofis yg lain tu engineer dan supervisor which is kna g site la buat keje. Bos plak jarang jarang duk ofis.
Since aku yg paling muda so aku anggap diorg mcm abang dan akak la di opis. Segalanya bermula dgn aman damai dan sentosa je. Diorang layan aku baik giler. Bos aku is the best bos ever yg aku pernah kenal. Sbb dia tak halang pun nak beryoutube ke fb ke twittder ke segala sosial nak g lepak kedai ke membuta ke xkesah asalkan keje dia siap. Tapi kalau tak siap bos mana tak hanginkan. Well tu bos aku.
Nak di jadikkan cite selepas few months keje situ tak disangka aku boleh pulak tersangkut dgn one of the abang dlm ofis aku ni. Dan since dari tu 360 suasana dalam ofis kitorg bertukar. Dari aman berubah jadik perang dingin. Nak cakap hubungan kitorg yang buat jadi mcm ni tak masuk akal jugak. Sbb kitorg mcm biasa je time dlm ofis kerja. Lunch time/balik keja barula kitorg gather together catch up dgn each other.
Abang aku supervisor keje dia scope on site. So tak tiap hari la jumpa. Kadang 2 minggu sekali. Kadang tu rough sea lama sikit boleh duk ofis. &dia kerja by team, tiap 2 minggu switch la dgn member dia which is engineer H as per persetujuan diorg. Ntah mcm mn engineer H team dia tu bertukar jadik bengap. Engineer H ni xleh harap. satu hape pun progress xjalan slm dia onsite. Dan bnyak benda yg dia rely on abang aku. aku tak kisah dia rely and belajar tapi yg tak tahan tu bila dia selalu sgt compare yg dia degree holder. Kitorg ni diploma ape je lah. Tapi degree pun keja ntah pape.
Dia mcm xde effort kot nak study hal on site pdhl duk dlm ofis bukan dia buat mende pun jrg2 buat claim jrg2 buat proposal which is copy dr yg lama just edit2 sikit part bajet je. (Aku pun boleh buat mcm tu. kdg kerani yg buat) Jrg2 membongak dlm ofis. Bosan doh tgok dia. Oh lupa Engineer ni dah nikah bini dia anak sedare kepada bigbos company ni. Xleh nak buat ape lah kan. Since dari tu bos aku pun rely on abang aku nak siapkan project sbb nak kejar due date. Bos aku pulak jarang giler dok ofis. Businessman katakan. Banyak projek yg nak dikejar.
Abg aku pun redha tak redha kot tempuh onsite lama gila nak kejar due punya pasal. Dia dah la jenis yg tak suka gaduh. Kalau gaduh nak nye lunyai engineer H tu. Bukan tak propose hal ni kat bos tapi dalam hal ni toleransi dan tolak ansur yg perlu. Masing masing dewasa. Settle cara dewasalahkan. Tapi nampak gayanya kirimsalam lah segalanya. Abg aku pun redhooo. Xnak gaduh punya pasal.
Rupa rupanya dalam abang aku redha tempuh onsite tetiba celah mana tah cerita busuk yg membabitkan aku dan abang aku. Satu ofis tahu. Takat 8 orang staff takkan tak tahu tp except kitorg dua abang je tak tau. Tup tup abang aku dgr cite ni dari member sebilik dgn dia. Selidik punya selidik rupanya engineer H yg buat fitnah. Habis satu ofis dia canang. Patutla aku perasan engineer yg lain mcm garang semacam dgn aku pdhl sblm tu elok je baik dgn aku. Bos aku pulak jenis neutral. Dengar tapi tak endah.
Lama jugak diorg buat donno dgn aku dan abg aku sampailah kitorg abang ambik keputusan nak nikah sbb memang plan nak nikah pun just tgu right time je. Tapi xde sorang pun yg try g tye kitorg hal fitnah tu except member bilik abg aku td. Memasing terima bulat2. Dan engineer H buat tak tau je. Macam dia winner. Padahal dia buat gitu sbb tak nak onsite je pun. Waras ke apa sampai fitnah orang mcm tu.
Last2 abang aku tak tahan dia g confess dgn bos & engineer lain citer yg betul sbb stressed kot kitorg time tu. Fitnah zina pulak tu. Nauzubillah hi min zalik. Aku pulak tetiba ada msalah keluarga which is menghalang aku nak kerja lama lagi kat situ. So aku ambik keputusan utk berhenti dan tggu hari nikah kitorg.
Dipendekkan citer dari haritu aku tak boleh dgr nama engineer H tu. Kalau tak mesti aku rasa nak marah. Ha ye lah dosa dia tanggung tapi aku still takleh nak maafkan dia. Dan engineer H tu sampai sekarang buat tak tau dgn salah dia buat. Ye lah sape nak jilat taik dia sendirikan.
Dan sekarang anak kitorg abang dah pun 9 bulan. Abang selalu pujuk aku let him. Maafkan dia. Takut esok2 jadi gini plak kat anak kita katanya. Hidup ni mcm rado katanya. Tapi aku susah betul nak maafkan engineer H tu even dia tak mengaku salah pun. Buat muka tak tahu muka tampoi adalah. Benda ni menyedarkan aku bukan setakat perempuan je reti fitnah orang. Lelaki dewasa dan berdegree holder pulak tu reti jugak hokey. Lebih lebih lagi orang melayu kita.
-Cik P.
– Cik P
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit