Engkau Yang Berdosa II

[Assalamualaikum. Terima kasih pada komen yang baik-baik untuk cerpen aku hari tu. Ni sambungan dia. Pada siapa yang belum baca, ni link untuk part I (https://iiumc.com/engkau-yang-berdosa/)]

JUN melangkah longlai menuju ke bilik. Penat menangis seharian sampai tak sedar dah malam. ‘Lama betul aku keluar’, bisik hati Jun sendiri.

“Suka lah ada orang bela?” Jun menoleh ke belakang bila tersedar ada suara yang tiba-tiba muncul di belakangnya sewaktu hendak membuka pintu bilik.

“Apa lagi kau tak puas hati dengan aku ni?” Tanya Jun dengan nada lemah. Malas nak bertekak lagi dengan manusia itu.

“Aku tegur kau benda betul.. Apa hak Lisa nak marah aku? Aku tak nak Allah tanya apa yang aku buat dalam dunia ni, sampai tak ada masa nak tegur kawan serumah sendiri. Sekarang ni, dua-dua nak buat aku macam musuh.”

“Takpe. Aku berpegang dengan hadis, Islam datang dalam keadaan terasing dan akan kembali dalam keadaan terasing. Sekarang ni aku tegur orang tak nak terima, tak apa. Aku tau Allah sokong aku. Aku buat benda betul.”

“Dan lagi satu aku nak tanya. Ni satu pertanyaan. Kawan baik kau cakap kau dah berubah. Ni apa? Kau kata kau tutup aurat kan?

Sorry lah eh nak cakap. Tak tutup lengan, kaki tak tutup, belum dikira tutup aurat eh. Sekadar tutup kepala tapi dada kau pun nampak, belum tutup aurat tau. Kena ingat tu. Dulu kau pakai macam ni, sekarang pun masih sama. Berubah apanya?”

“Aku tegur ni benda betul. Kalau nak berubah sikit-sikit baik tak payah lah. Kau bukannya budak kecik nak kena tegur slow-slow. Kau bukannya mualaf nak kena ajar satu-satu. Dah besar kan? Dah boleh fikir kan?” Tegur Raisya. Jun terus memasuki biliknya, malas nak cakap apa-apa. Dia penat.

“Aku tegur benda betul. Kalau tak nak terima teguran tu masalah kau. Dalam Al Quran pun ada cakap Allah akan butakan mata dan tutup hati orang yang Dia tak nak bagi hidayah. Kau lah tu salah sorangnya.” Bebel Raisya sendirian di luar, namun cukup kuat untuk Jun dengar di dalam biliknya.

Tanpa sedar air mata Jun mengalir lagi. Deras, sederas-derasnya. Puas dia mengesat namun air matanya tetap tak segan untuk jatuh.

“Ya Allah. Memang Kau dah butakan mata dan tutup hati aku ke? Memang aku bukan hamba yang layak untuk dapat syurga Kau ke? Ya Allah, aku nak buat apa? Aku banyak dosa Ya Allah. Aku tak nak masuk neraka.” Kata Jun dalam esakan.

“Aku tak mampu nak buat semua sekaligus. Aku cuba ya Allah, tapi aku selalu kalah. Apa yang Raisya cakap tu betul ke? Kau tak nak bagi aku hidayah ke ya Allah? Sebab tu aku susah nak berubah?” Monolog Jun lagi sendirian.

Dia memandang ke arah buku-buku Islamik yang dibelinya, berserta buku nota sendiri dan terjemahan Al Quran yang sedia rapi tersusun di atas meja. Tudung yang masih dipakai dibuka perlahan-lahan.

“Mungkin belum masa. Atau mungkin hidayah tak ada untuk aku. Tak apa lah. Kalau aku dah ditakdirkan masuk neraka, aku nak buat macam mana” Sambungnya lagi.

Handphone yang masih di dalam beg diambil. Dia menekan-nekan skrin, membuka Whatsapp lalu mencari nama Alisa.

‘Aku dah buat keputusan. Aku tak nak berubah. Mungkin hidayah bukan untuk aku. Jangan masuk bilik. Aku nak tidur’ taipnya dengan laju.

Data dim4tikan lantas telefon dicampak di sebelahnya. Dia lantas membaringkan diri, melepaskan lelah dari tadi. Penat nak menahan perasaan sendiri.

Raisya mengambil handphonenya bila ada notifikasi yang masuk. Mesej dari Jun.

“Aku dah buat keputusan. Aku tak nak berubah. Mungkin hidayah bukan untuk aku. Jangan masuk bilik. Aku nak tidur… Wow? Confession apa ni?” Tanya Raisya sendirian setelah membaca mesej itu.

Tanpa sedar, Jun telah tersilap menghantar mesejnya ke dalam Whatsapp group rumah mereka, bukan kepada Alisa.

‘Kalau satu hari ditakdirkan Jun dah mula malas solat malas mengaji malas nak belajar Al Quran lagi…. sorry aku nak cakap yang aku memang akan salahkan mulut kau. Kau cuma tau kondem tapi tak pernah support dia langsung.

Apa yang kau nasihat kau puji diri kau sendiri. Kau tanya dia kenapa tak dapat jadi macam kau. Apa punya nasihat kau bagi tu?’ pertanyaan Alisa pada dirinya petang tadi tiba-tiba bermain di fikirannya.

“Hah. No. Kenapa salah aku pulak. Aku tegur benda betul kan?” Monolog Raisya. Dia cuma mahu kawannya itu berubah sepenuhnya, adakah tetap salahnya?

Dia cuma nasihatkan Jun untuk jadi lebih baik, bukannya suruh dia berhenti berubah. Dan tak pernah suruh Jun untuk tinggalkan apa yang dia sedang kerjakan. Jadi, tak ada makna salahnya di sini. Aku tak salah langsung, fikir Raisya.

Ketukan di pintu berkali-kali mem4tikan lamunan Raisya. Dia tahu itu pasti Alisa. Mahu tak mahu, terpaksa juga lah dia membuka pintu.

“Kau dah buat apa ni?” Tanya Alisa. Dahi Raisya mengukirkan kerutan, tak memahami pertanyaan.

“Apa?” Tanya Raisya ringkas.

“Aku dah cakap dah. Kalau dia berhenti berubah, aku akan salahkan kau. Mulut kau jahat. Sekarang dia dah buat keputusan tak nak berubah. Semua sebab mulut kau! Perasan bagus!” Jerit Alisa.

“Aku tegur benda betul. Salah aku jugak? Macam mana lagi nak tegur dia? Ha? Kau pahal ni?” Tanya Raisya dengan turut benada tinggi.

“Tegur benda betul tapi bukan dengan hikmah tu bukan benda betul Sya! Apa hak kau nak perli-perli nak sindiri-sindir dia macam tu? Kau ingat aku tak dengar kau cakap apa dekat dia tadi?” Marah Alisa. Kembang kempis hidungnya menahan kegeraman.

“Sekarang ni cara kita dakwah ialah dengan sentap. Biar menusuk ke jantung. Cara hikmah-hikmah semua dah tak valid weh sekarang.. Dan kau tak ada hak nak halang aku buat kerja dakwah aku.

Aku tak nak kena soal dengan Allah sebab tak jalankan tanggungjawab tak tegur dia. Tugas aku dah selesai, aku dah tegur. Dia yang tak nak dengar, tu hal dia dengan Allah.” Jawab Raisya dengan panjang.

“Aku harap kau sedar yang syaitan dah berjaya buat kau tergoda dengan dunia dan berjaya menipu daya kau. Jangan jadi penunggang agama Raisya. Kau kena ingat yang niat TAK menghalalkan cara. Dan aku harap kau sedar jugak yang diri kau tu dah sombong!”

“Kau sendiri kata orang sombong masuk neraka kan? Sebab apa? Sebab riak, ujub dan takbur dengan amalan sendiri, sampai tak sedar yang benda tu satu kesalahan. Rasa diri betul, suka tegur orang tapi tak nak terima teguran.

Itu sombong Raisya! Apa-apa hal yang jadi dekat Jun, aku nak kau ingat ni. Kau bertanggungjawab!” Kata Alisa. Nadanya cuba direndahkan sebaik mungkin namun tetap ada penegasan di sebalik kelembutan.

“Jangan seronok sangat pandang dosa orang seolah-olah diri sendiri tak ada dosa. Jangan seronok sangat mengata orang macam diri kita sempurna. Syurga neraka bukan terletak kat tangan manusia, tapi Allah. Muhasabah lah.” Dia lantas pergi meninggalkan Raisya sendirian.

“Macam lah kau bagus sangat.” Bisik Raisya lalu menutup pintunya dengan kuat.

—–

Korang nak berhenti sampai sini atau kena sambung lagi? By the way, ni kisah betul yang aku cerpenkan. Dan dah namanya cerpen, kena ada sikit plot tambahan yang direka. Drop your comment below. Terima kasih.

– Kuceng (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *