Assalamualaikum w.b.t, first of all, aku nak ucapkan terima kasih kepada admin yang membenarkan post ini dibaca ramai. Aku budak sastera, tapi pada harfiahnya aku tak pandai bermadah. aku cakap straight to the point aja ya?
Siapa ja yang tak pernah putus asa. I know even how strong you are, deep down in your heart, there’s time yang kita rasa nak give up, nak drop out everything in our life. Aku pun macam tu. Sampai aku rasa aku ni terlalu depressed sebab aku tak luahkan masalah aku pada sesiapa including my parents. Abah aku, sentiasa busy. Busy dengan life dia yang aku sendiri tak tau apa yang dia buat. Memanglah dia bagi nafkah.
But we’re not the only family that he had. He had 2 children before marrying my mother and four children with my mother before he had a new wife. Aku tak pernah rasa kasih sayang seorang ayah since I was a kid. Nasihat? jauh sekali. My mom, she had a tough marriage life. I know she suffered a lot. So thats why aku tak pernah cerita masalah aku pada mak aku, sebab pada aku, masalah aku kecik aja kalau nak dibandingkan dengan apa yang dia lalui.
Aku pernah putus asa. Aku pernah rasa down teruk sampai aku rasa aku tak layak berkawan dengan kawan-kawan aku. My friends make it worst. it was when I was in standard 2. Aku sekolah dekat sebuah sekolah budak perempuan in Alor Setar (sorry, not gonna mention which school is it). So, korang faham-faham ajelah, walaupun masih budak-budak bawah umur, perempuan dah start bergosip, mengumpat since they was a kid. No offence, I’m a woman too. So, selepas exam pertengahan tahun, my results were excellent (for budak kelas number 2) and they (the teachers) had decided to transfer 5 of us ( 4 of my classmates and I) to the first class.
Waktu tu I was so sad because I had to leave my friends, and this is where my nightmare begins. Aku hidup memang jenis tak berdunia dengan orang. Kwan-kawan aku tau lah aku macam mana. My circle of friends memang kecik. Kalau ada yang tanya aku kenal tak junior / senior nama sekian sekian, maaflah, aku memang tak tau. Aku jenis kalau aku duduk dekat dalam satu kelas tu, dalam lingkungan tu ajelah yang aku rapat. So, bila aku masuk kelas baru, budak – budak yang bajet bagus dalam kelas tu semua kecam aku. Ada dua orang budak tu yang macam jijik gila aku duduk tepi diorang. Aku ingat lagi nama diorang. sorang melayu, sorang india. yelah, diorang pandai, aku ni macam menumpang dalam kelas diorang.
Start dari situ aku mula rasa down. Tambah-tambah waktu english subject. Everytime teacher cina tu masuk, aku mesti kena duduk luar kelas. AKU SORANG shj yang kena duduk luar. Korang faham tak betapa malunya aku waktu tu. I realised that kids shouldn’t be treated that way. walau sebodoh mana pun dia, bukan itu caranya untuk didik diorang. Aku punya depressed everytime teacher tu masuk kelas sampai pernah satu kali aku lari sembunyi dalam toilet. Aku dudk dalam this one cubicle dekat 10 minit. Aku tau dekat depan pintu toilet tu ada sorang student dari class aku, tengah tunggu aku keluar toilet. Dia tu memang teacher’s pet. English dia dah fluent since keluar perut mak dia mungkin.
But that’s not the problem. The problem was, aku memang dah tak tahan duduk dalam kelas tu. Ya, aku memang buta BI dulu. Until standard 4, aku masuk this drama audition that was held by the school. I was so committed and aku berazam nak up kan english skills aku. Tapi, bukan rezeki aku. Aku tak dapat.tak apalah, even budak india yang acah bagus tu dapat. So bila aku standard 6, aku dapat masuk balik ke kelas ‘elite’ tersebut.
Walaupun english aku masih lagi di tahap paling bawah, aku tetap usaha setiap kali kelas english, aku cuba untuk buat yang terbaik. oh, fyi, english teacher aku yang waktu aku standard 2 tu dah retired. Waktu aku darjah 6, cikgu english aku still cikgu cina, tapi dia baik lah sikit than the last one. On that year, mak aku masukkan aku ke satu pusat tuition ni, cikgu tu melayu ( am not trying to be racist, but cikgu tu baik gila.)
cikgu tu sabar ja walaupun aku ni buta BI. dia ajar aku dari A to Z and on this one day, cikgu tu tanya aku satu soalan, kenapa dalam ayat ni tak kena letak ‘-ing’? Waktu tu my thoughts were everywhere. aku tak focus pun apa yang dia tanya. Aku jawab, “sebab ada perkataan ‘will’, teacher.” Teacher tu kata, “yessss, good. Sebab ada ‘will’.” From that moment, datang satu kesedaran dalam diri aku, lebih kurang macam hidayah dari Allah meresap masuk dalam aku.
Alhamdulillah, berkat usaha aku dalam kelas tuition tu, english UPSR aku dapat A. Bermula dari situlah, tahap english aku semakin meningkat dari satu tahap ke satu tahap. Aku dah mula jatuh cinta dengan subjek English.
Aku suffer depression bermula dari darjah 2. Aku jatuh semangat, aku putus asa. Masalah aku, aku tak pernah cerita dekat mak aku. Mak aku tak pernah tahu apa yang aku rasa. Pernah aku rasa macam nak ponteng sekolah sebab hari tu ada subjek BI and aku tau aku akan kena duduk luar kelas. So berkat dari apa yang cikgu tuition aku ajar and usaha aku, dari UPSR, PMR sampailah SPM, aku tak pernah dapat C,D,E, mahupun F dalam subjek BI.
Lepas aku habis SPM, result tak gempak. Walaupun sekolah menengah aku tu gempak ( still sekolah budak perempuan). Aku ambil STPM. Korang tau kan, STPM ada MUET? Korang jangan rasa MUET mudah sebab english SPm korang dapat A1. NO. A big no. tapi kerana usaha aku and sifat competitive aku, alhamdulillah aku dapat band 4 dalam MUET.
So, apa yang akak nak nasihatkan kepada adik-adik yang sedang atau telah berputus asa di luar sana, don’t give up! Stand up, rise up, because you can! Cari alternatif lain kalau korang rasa dekat situ korang tak boleh nak cope up. Don’t let anyone let you down. Show them how good you are. Show to them that you can!
Usaha, Doa jangan lupa. Dengar lagu english walaupun tak faham, cuba ikut apa yang dia nyanyi, cuba tulis balik lirik lagu tu, baca novel english and list down the words yang kita tak tau maksud lepastu cari dalam dictionary.Kalau dah malas baca buku, tengoklah movie, banyakkan tengok english movies. Buka subtitle, jangan tukar language. Kalau jumpa passage dalam english, read it out loud. Buka youtube, belajar cara nak pronounce some words yang kita tak tau, for example; foreign. Itu antara alternatif yang akak ambil selain belajar di tuition. The most important thing is, jangan putus asa.
xoxo
– Ndyn
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit