Enot Nak Terjun Jambatan

Aku Enot, bukan nama sebenar, 35 tahun. Aku bekerja, suami berkerja, anak sorang je.

Orang sekeliling aku selalu cakap aku financially well n stable. Hakikat nya, aku ni macam nak baring atas jalan raya je, penat dah ku hadap masalah duit.

Nasib aku masih waras, punya iman. Astaghfirullah.

Aku bekerja kerajaan, suami kerajaan, anak pun bukan bayi. Tetapi aku tersilap langkah, percaya n sesal dahulu pendapatan, sekarang tiada guna.

Loan peribadi aku mencecah 2.2k sebulan. Card credit 5k, kereta 700.

N baki nya hanya 600 je untuk aku survive sampai gaji. Duit tu lah nak isi minyak, nak makan, nak beli barang dapur. Sesak nya hanya aku je tahu.

Mesti korang tertanya2 buat ape personal loan kan beribu2. Asalnya bukan begitu, tapi kalau setiap tahun kita overlap 10k, tak mustahil cecah sebegitu.

Sekarang ni, aku dah tak tahu nak buat macam mana.

Suami aku kalau tahu ni, tak mustahil kene belasah n silap2 aku merempat kat tepi jalan gamak. Baran dia bukan boleh buat main.

Sampai satu tahap aku sesak nafas, aku nak muntah, sesak dada kalau tengok baki dalam acc. Dah sudah simptom anxiety pulak aku rasa.

Sekarang ni target aku nak nak dapat wang tambahan dalam 500 sebulan je dah cukup untuk aku rolling and survive.

Korang tolong la aku bagi pendapat dan cara2 aku menyelesaikan masalah.

Aku dah insaf seinsafnya. Kad2 card credit aku dah aku humban dalam tong sampah. Janganlah mendown kan lagi aku yang sangat rasa terhina ini..

Aku ikut je amalan2 yang orang selalu share, tapi aku give up.

Aku di tahap sangat2 give up dengan kehidupan dan tidak lagi punya rasa.

Nak jumpa psikologist pun aku rasa tak nak, sebab dorang hanya pandai dengar je, bukan tolong aku kuar dari penyakit aku cari sendiri.

Harap korang dapat membantu aku..

– Enot (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

5 Comments

  1. Untul kad kredit yang dah dibuang ke tong sampah, pastikan call bank untuk cancel kad2 tersebut. Sebab kalau tak cancel, dan orang jumpa kad dan guna, Enot akan kena bayar

  2. Secara umumnya, ramai org yg mempunyai ‘hutang’, tp jgn sampai ‘menjerat’ diri sendiri, nk pakai kad kredit, boleh, tp make sure semua yg terpakai itu mampu dibayar bla dpt gaji nt.. klau jenis yg suka berbelanja n hanya byr amaun yg minimum shj setiap bln, dinasihatkn jgn la pakai kad kredit.. skrg ni seboleh2nya cuba slesaikn hutang yg ada sedikit demi sedikit, klau x mampu, kna cuba buat ‘second job’, x kisahla, buat drop ship ke, atau biz online yg modal x bnyak sgt, atau klaw ada kemahiran memasak misalnya, ambil oderan atau iklan jualan brg online di hujung minggu ke, apa2 la yg boleh mendatangkn pendapatan yg halal.. klaw dah ‘terdesak’ sgt, boleh la hubungi AKPK, diorang akn mintak kita ‘declare’ semua hutang2 yg ada, n cdgkn hutang yg mne perlu diselesaikn dlu, cth nya, mngkin juga hutang yg paling rendah nilainya, bla ada yg dh slesai, baru lah rsa ‘lega’ ckit utk slesaikn hutang yg besar2.. yg penting, mesti ada ‘niat’ utk slesaikn, dan bkn lari dari msalah tersebut, dan yg penting jgn buat hutang baru utk tampung hutang lama, ia umpama mnggali lobang yg lbh besar, utk menutup lubang2 yg ada, xkan slesai msalah.. akhirnya, slalu lah berdoa agar Allah SWT memberi jln utk slesaikn semua hutang yg ada, insha Allah ada jln keluar.. Wallahua’lam..

  3. klu mcm tu. kau masuk program AKPK .. satu kan hutang.. kau bayar satu aje hutang.. atau pon mau tak mau kau kena bgtau suami.. pakat dgn suami sama2 tolong.. bior la dia nak marah kau ke mcm mana.. kau mintak maaf aje la kat suami kau.. at least dapat kurangkan beban kau..

  4. sy faham perasaan duit cukup2 makan tu. sy pun pernah rasa macam tu. Tapi apa yang menguatkan sy ialah bila kita sentiasa positive & percaya rezeki semua datang dari Allah. Kalau ada apa2 masalah, rasa rezeki sempit & sebagainya baliklah kepada Allah. ni semua ujian untuk kita. Allah nak kita dekat denga Dia, Allah rindu nak dengar rayuan & tangisan kita dekat Dia. Allah rindu kita. Banyakkan berdoa, bersabar, zikir, sedekah & perbetulkan solat. sy cakap based on experience sy. sy pernah rasa sempit & diuji macam2. Kita kembali pada Allah, bila kita perbetul solat, Allah akan perbetul kehidupan kita. bila kita rasa miskin, banyakkan sedekah. sedekah tidak akan buat kita miskin tapi akan makin bertambah tambah rezeki. rezeki akan datang x disangka sangka. Percayalah. sy dah buat dan jadi. 1 je sy pegang, apa yang kita ada ni semua milik Allah, Allah yang berkuasa di atas segala galanya, xdak siapa yang dapat tolong kita melainkan Allah. kita mintak tolong dekat manusia pon dy xdapat tolong melainkan dengan izin Allah. Letaklah Allah paling utama dari yang lain, InshaAllah hidup kita akan tenang & boley hadapi segala ujian dengan sabar. Moga urusan sis dipermudahkan & menemui jalan penyelesaian.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *