Hi nama aku Bunga, aku berumur lewat 20 an. Aku lulusan degree. Dulu masa sekolah aku bukan budak pandai, budak biasa-biasa saja.

Tapi masa SPM aku dapat 5A.. terkejut ya sebab tak pernah dapat sebanyak A macamtu zaman sekolah. Aku sambung diploma dan degree di UITM masa tuh tau apa nak buat, nak ambil kos apa semua aku dah tahu.

Since aku yang pertama masuk universiti jadi aku takda rujukan dengan sesiapa aku buat keputusan sendiri, ada la tanya pendapat family yang educated tapi sekadar bertanya sahaja sebab aku memang dah tau kos apa yang aku nak.

After degree, macam biasa susah sikit nak cari kerja kos yang sama. Btw aku ambik HR so aku start kerja dulu dalam bidang lain for a year then aku resign.

After 2 months resign, aku kerja balik as HR, lama jugak aku kerja nak dekat 4 tahun. Dalam masa setahun lebih aku kerja, aku ada la p interview nak tengok resume aku layak tak layak orang panggil interview, saja test market.

Ada la beberapa interview yang aku p tapi tak diterima so aku just continue kerja macam biasa. Masa tuh kalau dapat okay, tak dapat pun okay sebab saja ja test market.

Then, aku dapat better offer dari kilang aku memang berangan nak masuk kilang dah lama sebab bagi aku dapat belajar banyak.

Tapi rupanya keputusan tuh salah, aku tak belajar sangat pun tentang HR aku buat job scope yang luar dari bidang sangat luar ya sampai otak aku tepu.

I had plan my life ahead dah lepas dapat kerja dekat situ sebab goals aku 2024 memang nak dapat kerja baru and gaji pun aku dapat yang aku nak. Aku dah ada certain age, aku nak gaji berapa so tercapai.

Tapi bila masuk indah khabar dari rupa which is aku tak salahkan sesiapa aku salahkan diri sndiri. Mungkin aku terlampau cepat buat keputusan sampai tak fikir baik buruk. Aku tahan 3 bulan ja dekat kilang tuh.

Kilang tuh okay dari segi gaji, bonus, working hours okay sangat tapi sayang macamtuh pulak.

Then aku resign, sebab aku rasa macam aku dah tak boleh go p kerja pun tak happy, bagi aku menyusahkan orang lain so better aku resign bagi dekat orang lain tempat aku.. mungkin orang lepas nih] boleh terima kerja yang macam tu.

Then after resign aku rehat 1 minggu lebih, aku dapat kerja baru gaji kurang dari before sebab company kecik paling kecik dalam smua company aku pernah kerja.

Aku nak cuba even gaji sikit tapi mana tau aku happy or suka. But turns out, tak jugak. Adalah beberapa faktor buat aku tak suka.

So aku sekarang tengah berbelah bahagi whether aku patut take a career break sekejap rehat sampai aku ada semangat balik nak kerja or terus ja kerja even tak suka.

Btw, aku ada la simpanan sikit commitment pun tak banyak. Tapi aku masih berbelah bahagi.

Sebab aku rasa sangat mengarut kerja tak sampai beberapa bulan nak resign, sebab nih bukan aku.

Aku selalu setahun baru aku resign aku tahan ja tapi sekarang dalam probation pun aku ambik MC, EL la mostly sebab aku pergi inv tempat lain tapi none of the job aku minat pun.

Then yang lain aku cuti sebab aku malas nak pegi kerja which is not me.

Aku dalam tempoh probation mmg tak akan ambik cuti or MC. Aku tak suka unpaid leave, MC pun aku kerja dah 4 tahun lebih in total tak pernah ambik. Tapi after kerja kilang tuh aku berubah sikit.

Nak minta pendapat orang yang dah berumur tentang nih. Terima kasih sorry kalau berterabur.

– Arnab (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

3 Comments

  1. Kisah awk ni lbh krg sama dgn kawan baik saya; dia kerap tukar2 kerja sejak grad dlu.. w/pon dia senang dpt kerja dlm bidang yg dia blajar, tp slalu je ada sbb lain yg ‘mnyumbang’ kpd kputusan nya utk tukar kpd kerja d company yg lain.. kdg2 x setuju dgn bos or peers yg lain, or environment yg x condusive d tempat kerja (pd pandangan dia la..), biasanya dia akn kerja dlm lbh krg setahun (atau lbh) utk dpt pengalaman or dpt ‘cantik’kan resume utk dpt kerja lbh baik d tempat lain.. bru2 ni dia baru je kerja sbulan d tempat yg dia suka kerja tu, (& mmg bidang yg dia blajar dlu), tp sbb faktor tempat kerja agak jauh dari rumah n kerjanya memerlukan “out-station” yg kerap, ditambah dgn keadaan cuaca yg x menentu, kesihatan nya jadi terganggu dan terpaksa ambil mc.. skrg dia masih lg ‘berehat’, krn doktor kta keadaan dia masih ‘tak stabil’, dlm situasi dia baru je sbulan masuk kerja d tempat baru, dia pulak rsa ‘tak slesa’, krn terpaksa “mc”, sdangkan kerjanya bnyak yg blom slesai.. skrg dia berkira2 utk cari kerja yg berdekatan dgn rumah je.. ramai je yg nasihatkn dia spya ‘bertahan’ je dlu, sbb bkn senang nk dpt kerja yg dia suka tu, gaji pon ok.. tp klaw ikut family dia, diorang risaukan kesihatan dia n bnyak kna kluar outstation tu klaw dlm keadaan dia masih dlm rawatan tu.. inilah ‘dilema’ org yg masih mencari kerja yg ‘sesuai’.. org dlu2 kta “batu yg bergolek x boleh mngumpul lumut..”, maknanya org yg sering tukar2 kerja ni susah nk mengumpul duit or pengalaman yg lama.. terpulang kod kesesuaian masing2.. pd pandangan saya, kat mne2 kita kerja pon, mesti ada cabaran nya, so terpulang kpd kita utk ‘focus’ atau bertahan utk hadapi, walau apa pon situasinya, tp diri kita sendiri yg tahu sama ada kita ‘tahan’ atau tidak dgn cabaran itu.. saya pernah je jumpa org yg dah kerja di satu2 tempat tu lbh dari puluhan tahun, tp tetap je ‘setia’ n happy dgn ofis n rakan2 yg ada, dan diorang ni slalunya lbh ‘stabil’ dr segi gaji dsb., krna klaw naik pangkat pon masih di situ, dan pekerja lain akn ‘respect’ lbh, krn mrk ni lbh ‘senior’ & mempunyai pengalaman yg bnyak.. wallahu a’lam.. wslm

  2. Gen Z problem… there is no perfect job existed… always a loophole here and there.. it is you who should get resilient with the environment and employment landscape wherever u go..

  3. Muda lagi. No commitment. Sbb tu senang2 nak resign tukar kerja lain. Cuba ada commitment…reluctant la sikit nak resign tu.

    Lagi satu first 3 months mmg struggling la nak adapt dgn kerja baru. Tapi cuba tahan sampai 6 bulan – 1 tahun. Set goal kerja/contribution kau dkt situ apa. Contoh: kalau HR dep. kau introduce sistem baru ke.. apa2 je lah yg up to date. So that kau tak bosan dan ada rasa sense of achievement. At least kalau kau resign pun ada benda la yg kau sumbang dkt company tu walaupun kerja sekejap. Boleh cantikkan resume jgk nnt.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *