Entri Untuk Cik Sakurako

Assalamualaikum. Terima kasih admin kerana menyiarkan entri ini. Kalau pun ianya tidak disiarkan, say berharap, entri ini dapat disampaikan kepada Cik Sakurako dengan selamat.

Buat Cik Sakurako,

I am in the same shoes as yours- been attacked by a pedophile who is my cousin. Kita berdua sama umur dan saya lalui seperti mana yang Cik kongsikan di entri tersebut. I was in 8-9 years old and my cousin was ~17-18 years old back then. Tak semua orang menghadapi apa yang kita hadapi ni, Allah tahu kita mampu dan kita antara yang terpilih.

Aku baru mula kerja di kedai Ogos lepas. 2 minggu pertama aku tak dapat tidur malam sangat. Kerja sebagai front desk sangat hectic bagi aku yang kurang bersosial ini. Lepas 2 minggu, aku nekad, pergi jumpa doktor di klinik kesihatan. Aku adukan hal kulit keringku dan doktor sahkan ianya chronic eczema. Sementara doktor menulis surat temujanji dengan pakar kulit, aku cuba susun ayat nak cerita satu lagi masalah. I told her about my trauma, yang mana masa tu heboh diperkatakan mengenai kes bapa dikenakan 632 pertuduhan kerana merogol anak perempuannya sendiri. I can’t think of where come the logic to the father who did that to HIS OWN DAUGHTER? Every night, I can’t sleep thinking of that matter.

berita mengenai bapa tu yang trigger my trauma, yang selama ini aku pendam, diam, kalau boleh nak operate otak dan buang memori tu. Ditambah pula dengan situasi di kedai yang mana aku perlu address senior there as abang, which is abang is one of my trigger word! Rasa nak muntah panggil abang berpuluh kali sehari. by the way, aku tak ada abang kandung, so memang terasaaaa sangat bila kena panggil abang tu. well, to other people, word abang is just the word. but not for me.

doctor asked me, so how can i helped you? i said to doctor, i think i dont need to see psy, i need to see a counsellor. masa ni masih lagi 50-50 boleh ke aku nak bukak pekung aku sendiri, tapi sampai bila lagi nak simpan? so she wrote the appointment letter to meet counsellor regarding my case.

I met my counsellor mid of Sep. She said, i can still file this case, though it happened ~20 years ago. But i’m not going for that solution. She helped me to understand my own feeling and thought, assess my subconcious mind. I’m in love with my counsellor way in dealing with my trauma case, because she had experienced in handling cases like this before. My skin also getting better day by day since my emotion are stable. Tapi kalau datang masa flashback teringat balik kisah tu, my skin react soooo fast which is i couldnot trace pun yang my body is aching due to the bad emotion is there.

She teaches me how to handle flashbacks, how to release emotion safely, etc related to the trauma and flashbacks. I gained my trust back after some appointments with her. Sebelum ni aku tak percaya lelaki termasuk ayah sendiri. Aku jadi paranoid segala hal berkaitan lelaki. aku pernah suka orang, tapi sekadar suka je la. Tak rasa nak kenal sampai kahwin. I lost my trust in men, but now i slowly gaining it back. Pernah mak bagitau yang ayah terasa dengan aku sebab tak nak cakap dengan ayah sangat. Aku sedar, aku seolah menjauhi ayah sendiri, tetapi itu saja coping mechanism yang aku ada untuk rasa selamat. Grounding technique adalah salah satu kesukaan aku, cik sakurako boleh google- grounding technique. Teknik ni membantu aku mengenal pasti flashbacks yang menghalang aku untuk kuat dan positif. Aku trigger dengan perkataan dan situasi seperti abang, adik, gambar laptop (one of child grooming done to me), kelambu, katil. rasa seram semacam je bila orang panggil aku adik, dan aku rela orang panggil kakak atau cik atau puan (walaupun belum kahwin lagi).alhamdulillah, after some grounding session, i can slowly move forward. Sedikit perkongsian mengenai move on/ move forward ni. move on adalah satu frasa yang sangat berat bagi aku, thus grounding technique helps me to chunk my problem and helps me to move on / forward easily, alhamdulillah.

Selepas beberapa pertemuan dengan kaunselor, aku sedar, pengurusan emosi terrrrsangatlah penting. EQ > SQ> IQ. bila emosi stabil, pengisian spiritual akan lebih mudah dan sekaligus dapat membantu meningkatkan IQ kita. so, please manage your emotion correctly.

Aku setuju dengan komentar di entri Kisah Silam, yang mana menyarankan untuk memaafkan our little girl inside us. maafkan dia, masa tu dia kecil, masih lagi tak tahu apa apa. isu pedo, rape, harass ni semuanya berkaitan rapat dengan adanya kuasa (power). Hari ini, seorang bapa menodai BAYI 8 BULAN dan rakaman dijual. Tergamak seorang BAPA memperlakukan perbuatan terkutuk sebegitu terhadap anak sendiri. Kita tak ada kuasa nak menghalang perkara sebegini berlaku pada masa itu, sebab kita tak tahu apa apa pada ketika itu.

Buat Cik Sakurako, sesungguhnya aku sayangkan kau, aku faham apa yang kau rasa. Berjumpa dan bercerita dengan kaunselor adalah satu langkah yang sangat sangat membantu aku hadapi isu ini. Aku selesa bercakap dengan seorang yang memang belajar bidang sebegini, yang sememangnys tiada sebarang prejudis dan judgement, yang mendengar luahan, cuba merasa apa yang diluahkan, dan yang paling penting, seorang yang acapkali berkata, saya yakin awak boleh. i love you, madam. i pray so that you get your PhD soon.

Aku doakan semoga kau kuat, stay positif dalam menghadapi semua ni. Aku yakin kau boleh. :) *pat your back* Aku doakan semoga kau berjaya dalam apa jua lapangan yang kau ceburi, dan doakan urusan kau dipermudahkan semuanya ya. Aku yakin, Allah bagi aku ilmu aku hadapi isu ni untuk aku bantu insan lain yang ada cabaran yang serupa. Siapa tahu, suatu hari nanti kita bergabung di bawah satu NGO dalam membantu mangsa-mangsa lain, kalau tidak dari segi ilmu, barangkali dari segi wang ringgit.

Semoga kita terus kuat dan positif.

Salam sayang…

– Cik Tulip

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *