Assalamualaikum. Hi semua warga IIUM Confession. Nama saya Ara berumur 29 tahun dan merupakan seorang ibu tunggal anak satu. Anak saya seorang lelaki berumur 5 tahun sekarang.
Saya berasal dari utara tanah air dan bekerja sebagai kerani di sebuah syarikat swasta saya pun tidak tahu adakah tajuk cerita releven dengan confession saya.
Confession in dibuat hanya sekadar berkongsi luahan dengan warga IIUM Confession. Lagi dua bulan lebih kita akan masuk ke tahun 2024 di mana cukup 4 tahun saya bergelar ibu tunggal.
Alhamdulillah sekarang saya dah bahagia disamping anak dan keluarga setelah pelbagai dugaan dan cabaran saya alami sepanjang tempoh lebih kurang 4 tahun perkahwinan dahulu yang saya idamkan akan berakhir hingga ke akhir hayat.
Saya berkahwin pada umur 23 tahun selepas tamat belajar dan semestinya berkahwin dengan pilihan sendiri yang saya kenal semasa masih belajar zaman diploma tapi waktu itu dia bukan pelajar dia sudah bekerja.
Kami kenal melalui sosial media. Setahun perkenalan kami berkahwin.
Masuk tahun kedua perkahwinan saya diuji dengan kesusahan kerana suami ketika itu membuat keputusan berhenti bekerja di bandar dan berhijrah balik ke kampung halaman dan sekadar melakukan kerja-kerja di kampung sahaja.
Punca dia berhenti katanya bos banyak tegur dia, rakan sekerja yang lain tak sefahaman.
Untuk makluman, selepas kahwin suami saya bekerja dengan ayah saya sebagai welding dengan gaji yang boleh agak baik juga.
Saya sebagai isteri hanya menurut kata untuk berpindah kerana tempat isteri di sisi suami. Waktu itu suami banyak mengadu ayah saya tegur dia selalu datang lambat ke tempat kerja.
Saya hanya mendengar tapi dalam hati saya kenal ayah saya, ayah saya tidak akan tegur seseorang tanpa alasan munasabah terutama pasal kerja. Masa itu saya hanya percaya apa sahaja yang dia bercakap buruk pasal parent saya.
Sebenarnya dari sini dah nampak red flag banyak pasal suami saya, mak saya ada bercerita yang suami saya semacam pelik, kurus pemakaian tak teratur, suka cakap banggakan diri sendiri.
Mak saya pernah bagitau yang suami saya semacam ada ambik benda terlarang, masa itu saya menidakkan perkara tu dan percayakan suami saya.
Duit simpanan saya banyak habis sebab tolong bantu suami bila tidak cukup sampai saya sanggup gadai cincin gelang emas. Dia bekerja dengan ayah saya bergaji RM2.5K sebulan tapi yang saya heran tengah bulan mesti tidak cukup.
Sebenarnya start saya mengandung lagi dia sudah ambil benda haram tapi masa itu saya tidak ambil kisah sangat sebab tengah sarat mengandung,
Patutla selalu bersendirian di bilik belakang, kadang sampai tidak tidur padahal esoknya dia kerja tapi tenaga dia bukan macam manusia normal.
Sehinggalah semasa kehidupan saya di kampung suami, masa tu saya dah nampak perangai suami dah lain, malas.
Maklumlah kerja di kampung ni kalau tak rajin tak adalah hasilnya, selalu pinjam duit mak dia sendiri. Ada waktu dia akan tidur sepanjang hari, ada waktu dia akan kerja non stop.
Akhirnya terjawap la apa yang saya fikirkan dan naluri sebagai isteri dapat merasakan ada sesuatu tak kena dengan suami saya, terkantoi memang suami saya ada ambik benda terlarang iaitu pil k**a, saya sendiri yang jumpa sewaktu mengemas rumah semasa dia keluar kerja.
Masa tu saya hanya fikirkan anak saya, perasaan masa tu tersangatlah kecewa dan sedih tambah pula saya berjauhan dari keluarga. Akhirnya dalam diam saya laporkan suami sendiri kepada aadk dan tidak lama suami saya ditangkap.
Semasa suami ditangkap oleh aadk, baru la mak mertua saya ceritakan segalanya yang suami memang ada ambil benda terlarang sudah lama,
Mak mertua ingatkan selepas kahwin dengan saya dia akan berubah, mak mertua saya beritahu semasa dia berkawan dengan saya dia stop kejap, sebab itu sepanjang perkenalan saya nampak dia macam lelaki normal yang lain.
Masa itu juga mak mertua saya bercerita yang wang hantaran saya dulu suami saya ugut minta kepada mak mertua, jikalau tidak bagi dia akan mengamuk.
Hantaran yang keluarga saya minta dulu hanyalah RM5K itupun duit hantaran habis sebab dia pinjam dengan saya untuk bayar rumah sewa dia yang tertunggak lepas kahwin.
Allahuakbar. Terasa beratnya ujian dan dugaan untuk saya dan anak saya yang masih kecil waktu itu. Suami hang dibawa ke aadk selepas ditangkap, tidak terus masuk penjara sebab masa ditangkap tiada bahan bukti tapi hasil ujian air kencing positif.
Selepas dari kejadian suami ditangkap saya dah berubah menjadi pendiam, banyak pendam, nak meluah pada family rasa tidak sanggup sebab sebelum ini saya tidak pernah percaya cakap mak saya.
Hari2 yang saya lalui selepas itu hanya mengharapkan keajaiban suami akan berubah tapi sebenarnya tidak, dia masih dengan benda haram tu.
Sampaila satu hari mak saya telefon bertanyakan kenapa saya diam sudah lama tidak menelefon, sebab semuanya saya pendam seorang diri hanya ditemani anak saya, barulah saya menceritakan hal sebenar, naluri ibu saya dapat merasakan ada benda terjadi pada saya.
Dari situ saya dan mak saya merancang untuk saya balik semula ke utara tanah air, masa itu saya dah bertekad nak tuntut cerai, kerana fikirkan masa depan anakla saya membuat keputusan. Siapalah yang berkahwin untuk bercerai, betul tak?
Saya balik dengan memberi alasan ada kenduri sepupu dan memang ada kenduri cuma saya balik lebih awal sebab saya dah tak sanggup nak hadapi suami, ditipu suami dan keluarga mertua dan ipar duai, kepercayaan saya kepada suami tak terkata tapi akhirnya ini pengakhiran.
Banyak lagi sebenarnya pasal suami saya tapi biarla selebihnya apa yang terjadi menjadi episod luka yang tersimpan selama-lamanya untuk saya.
Sampai saja saya di utara tanah air disambut oleh family di stesen bas, masa itu saya dah tak terdaya, akibat terlalu sedih dan kecewa dalam masa sama saya bersyukur dapat balik ke pangkuan keluarga dengan selamat.
Seminggu selepas saya balik, saya terus tuntut cerai dan hanya maklumkan pada suami melalui telefon tapi hari sama saya maklumkan suami terus ceraikan saya, mungkin kerana marah saya tuntut cerai dan dia sendiri tidak jangka,
Masa itu air mata yang mengalir saya sendiri tak pasti sama ada sedih atau satu kegembiraan bagi saya yang pasti segala beban yang saya tanggung di hati terasa ringan.
Selepas penceraian suami ada meroyan, fitnah saya di media sosial, menggelarkan saya isteri derhaka, menyalahkan keluarga saya atas perceraian ini.
Tidak lama selepas itu saya dengar dia dimasukkan ke pusat serenti jadinya tuntutan cerai dan hadhanah dipermudahkan dan berjalan dengan lancar even mengambil masa setahun kerana pkp waktu itu.
Sekarang sudah 4 tahun semua itu berlalu, apa yang saya tahu ex suami pun sudah keluar dari pusat serenti, nafkah anak dia ada bagi masa mula2 dan sekarang sudah 8 bulan tidak ada nafkah daripada ex untuk anak,
Saya bukan tidak mahu meminta tetapi saya tak nak serabutkan fikiran saya, cukupla sebelum ni saya sudah menghadapi perangai ex yang psycho.
Selagi saya masih kuat ada kudrat untuk bekerja saya akan sara anak saya sendiri,
Alhamdulillah saya dikelilingi keluarga dan sahabat2 yang baik dan banyak membantu di awal saya struggle lepas bercerai kerana sepanjang berkahwin saya hanya suri rumah sepenuh masa.
Sekarang anak saya dah besar, ada kadangkala dia akan bertanyakan mana ayah, saya hanya akan jawab ayah dia kerja jauh, saya selalu akan tunjuk gambar ayah dia supaya dia tidak lupakan wajah ayah dia, terakhir anak saya dengan ayah dia masa umur 2 tahun.
Alhamdulillah sekarang saya bahagia dengan anak, sebagai seorang ibu saya akan buat yang terbaik dalam membesarkan satu-satunya harta yang saya ada walaupun banyak kekurangan saya sebagai manusia.
Saya masih lagi berdua bersama anak, selepas apa yang terjadi hati saya masih tertutup untuk berkenalan dengan mana-mana lelaki dan tidak memikirkan sebarang perkahwinan, masih trauma dengan apa yang terjadi sebelum ini.
Cukuplah kehidupan yang bahagia dan tenang yang saya ada sekarang bersama anak, kerana anak la satu-satunya kekuatan yang saya ada dan mampu bertahan sampai sekarang.
Mohon anda semua doakan semoga saya dan anak dilimpahkan rezeki yang melimpah ruah seluas lautan, rezeki yang tidak pernah terhenti mengalir seperti air zam zam yang tidak pernah berhenti mengalir ke seluruh pelusuk dunia. Aamiin.
Terima kasih sudi luangkan masa membaca kisah saya. Bye2
– Ara (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
alhamdulilah , kputusan sis tu betul…dan smoga trus kuat berjuang demi diri sndiri dan ank2… doakn sya juga…. bakal melalui …..khidpan sbgai ibu tunggal juga nti…. apepon wanita semmgnya kuat. insya-Allah