Episod Duka Lara

Assalamualaikum dan hai. Nama aku Ida. Aku single mother. Sekarang tengah hot isu guru berduka lara kan. Yang pjj dengan suami. Berjauhan dengan anak. Serba serbi susah bila jauh. Nah. Dengarlah kisah yang aku ingin sampaikan. Episod duka lara. Aku bukan guru. Tapi aku telah lalui sakit perit berjauhan. Sehingga menyandang status yang paling ditakuti wanita. JANDA. Semua wanita takut dengan perkataan tu. Yang mana masih bersuami takut jadi Janda. Yang mana ada laki takut kena sondol dek Janda. Susah kan pegang title tu. Itu salah, ini salah.

1st posting. Aku kena anta nunnnnnn. Pendalaman. Line telefon pun susah. Nak bercakap kena cari port. Kena la letak dediam kat tempat tinggi. Pakai earphone baru la dapat call orang tersayang. Line internet jangan harap. Kalau keluar dari hutan banat tu ha baru la dapat connect dengan dunia luar. Dapat tau la perkembangan semasa, yang kawan ni kahwin, yang sorang ni tambah anak, yang ni bercerai. Oppss. Haaa. Camtu la kehidupan aku beberapa tahun kat pendalaman.

So, masa memula dapat kerja ni, MIL aku ade cakap, tayah la accept keje ni. Kang duk jauh pape jadi tak elok. Dia memang kasi nasihat dah. Tapi, tu lah. Life aku n ex aku susah weh. Hujung bulan je, confirm contact abah aku or family aku mintak duit. Nak beli susu anak la, nak buat isi minyak kete la. Memacam la. Kiranya gaji ex aku memang tak cukup la tampung kami bertiga. So, nak taknak aku terima keje ni walaupun masa tu aku tengah mengandung. Niat di hati tu 1 jeee. Nak bantu family kecik aku ni haaa. Dengan nak tambah anak. Takkan selamanya nak family aku tanggung aku anak beranak.

Bermula hidup PJJ ni. Memang perit babe. Dengan aku ni ha dari duduk bandar besar masuk kampung bebetul takde line, laki jauh, mak abah jauh, anak pun tak bawak, yang ada anak dalam perut jeee. Tapi sebab ade kekawan yang baik aku slow-slow boleh la suaikan diri. Orang mengandung ni kan memacam kerenah. Tapi kekawan layankan jela. N aku jarang dapat contact laki aku sebab guna sms selalu sangat sangkut.

Hantar mesej pastu letak tempat tinggi kekadang lepas kekadang tak. So lepas anta aku baring balik aku selalu la tertido. Dan esoknya mau 100 miscall la aku dapat. Hahaha. Start lepas aku beranak lagi laaa. Aku jaga anak sorang. Aku bawak anak aku yang kecik tu and jaga sendiri kat kawasan pendalaman ni. Lagi la aku cepat tertido masa mesej guna handset baling ong ong tu.

Dah duduk dengan kekawan, so anak aku tu fully la aku jaga sendiri lepas balik keje, dengan keadaan line hidup segan mati takmahu tu memang nak selalu bermesej dengan laki aku payah la. So kalau nak jumpa ke apa, Kot ade duit lebih dia datang kat aku. Kot takde aku pepandai la cari ikhtiar nak balik kat dia. Selalunya aku tumpang la kekawan yang lalu area kawasan rumah aku. Nak naik bas kena turun bandar besar dulu baru boleh naik bas pergi kawasan rumah aku. Jadi memang agak sulit la nak balik tu. Tapi sebulan tu mesti sekali atau dua kali aku jumpa dia. Kot nasib baik jumpa tiap hujung minggu. Rindu weh.

Tapi tu laa, dia selalu la merungut aku ni tak macam dulu. Selalu tertido masa mesej. Tak layan dia borak. Aku ni cam, Allah, aku duduk hutan, line pun kejap ade kejap tenggelam, pastu nak aku layan mesej dia sampai 2/3 pagi, wehhhh penat jaga anak lagi tolong la paham aku. Tapi sebab sayang, aku turutkan jugak layan mana yang termampu. Dalam masa yang sama, tiap kali bukak permohonan tukar muka aku la orang 1st anto kat ketua aku nak keluar dari sana. Tapi sayangnya tak lepas sebab alasan tak kukuh. So berduka lara lah hati hati kami di pendalaman ni. Duit habis ulang alik balik jumpa laki lah. Masa pun terbuang.

Disebabkan aku ni duduk dalam tak berhubung mana dengan dunia luar, laki aku dah panjang kaki. Dan lepas 2 tahun kami jauh dia curang. Berkawan dengan seorangn Janda. Alasannya aku takde masa untuk dia. Aku tak layan dia. Aku selalu tertido masa mesej sebab kepenatan berkerja menyara keluarga disamping menjaga anak hasil cinta kita berduaaa. Haaaa. Geram pulak aku teringat alasan dia curang. Wakaka. So, peluang dia bercanda. Bersuka ria tu terbuka luas dengan tiada aku disisinya. Jadi. Setelah tiada lagi kata sepakat kami berdua akhirnya kami berpisah.

Dan setelah berpisah dengan dia barulah bos aku buka mata sebab dia tak sokong aku pindah maka perkahwinan aku hancur. Lepas je aku berpisah aku baru dapat pindah, tapi aku pindah jauh terus dari ex aku. Dan aku pegang title Janda. Ermm. Kepada ex aku, kau kesiankan janda orang lain sampai bini kau sendiri jadi janda. Tahniah untuk ex aku. Tahniah untuk bos aku. Tahniah untuk mereka yang pandang enteng pada masalah kami.

Terima kasih daun keladi,

Harap perkara ini terjadi pada keluarga sendiri.

Jahatkan mulut aku, tapi sakit hati aku ni sampai sekarang tak terubat. Sebab MIL aku fully salahkan aku sebab aku keje, aku bercerai dengan ex aku. ermm anak hang tak mampu tanggung aku mak. Tiap bulan mintak kat abah kami. kat mak memang dia tak mintak. Dia malu. Kat bos aku pulak, sebab dia kata dia dulu duduk dalam hutan 7 tahun tak mintak tukar pun. Dia memang laaa. Bini ada ngekor pungkoq dia jeee. Memang tak la dia mintak tukar.

Untuk orang atasan, sebab dia kata aku manja masa aku merayu menangis-nangis mintak tukar masa memula aku hidu laki aku dah start curang. Dia kata aku ni baru posting dah nak mintak keluar. Sebelum tu aku mintak tukar jugak tapi bos langsung tak sokong, so tak proceed ke atas. Bila kali ke 5/6 baru dia proceed and baru aku boleh naik jabatan dan merayu kat sana pulak. Sadis kan jadi pengemis untuk kebahagiaan sendiri.

Aku harap, takde la sesiapa yang kena macam aku. Diperkotak katikkan bos, direndahkan orang atasan,diperli dalam meeting sebab mintak tukar, saja dera emosi aku sampai aku hampir gila bila benda ni jadi kat aku. Mujur family aku sokong aku sepenuhnya lepas apa yang jadi. Thanks to my family. :)

Ketahuilah kamu semua

“Wanita yang kamu sakiti itu adalah anak perempuan yang dibahagiakan bermati-matian oleh ayahnya”

Sekian. Wassalam. Mana yang buruk itu semuanya khilaf aku. Mana yang baik tu kepunyaan Allah. Semoga segala keperitan aku dibalas Allah dengan seribu kali ganda kemanisan pada kami semua.

– Ida

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *