Episod Luka Seorang Isteri

Assalamualaikum nama ku Nor. Kisah ni mengenai ibuku & aku sendiri.

Ibu asalnya seorang suri rumah tangga sahaja tapi di sebabkan kekangan hidup di tinggalkan suami ibu bekerja demi menampung kehidupan keluarga. 7 orang anak kena bagi makan tanpa suami.

Abah seorang lelaki playboy kahwin cerai lebih berbelas kali. Mak satu2 isteri yang mempunyai ramai anak & di tinggalkan tak bertali.

Mak minta cerai berkali2 pergi ke mahkamah. Bagi alasan tak bagi nafkah zahir batin bertahun2 still tak berjaya ntahla.

Mak penat turun naik pejabat agama akhirnya mak teruskan hidup kerja macam2 demi untuk sara anak2 sampai dewasa.

Abah macam chipsmore. Sekejap ada sekejap tak de. Nak minta bantuan tak boleh sebab masih bersuami. Rumah abah buat kat kampung besar sangat orang tengok mesti orang kate orang kaya ni. Mana boleh bagi bantuan.

Yang terseksa mak la. Penghuni rumah agam yang terpaksa kerah keringat untuk bagi anak2 makan.

Abah tak pedulikan mak rasa nak balik die balik tapi ngan caci maki sumpah seranah. Time mood baik die ok tapi duduk kat rumah tak lama.

Begitulah kehidupan mak & abah sampai abah meninggal dunia.

Mak pernah kata. Suatu hari bila abah dah tua mesti abah akan naik motor sama2 ngan mak pergi minum kat kedai. Jalan berdua pergi masjid. Sama2 layan usia senja bersama.

Tapi semua tu hanya sebuah impian seorang isteri yang dahagakan kasih sayang & perhatian suami.

Sedih tak terkata bila dengar mak luah macam tu. Abah meninggal pun kat rumah bini muda. Mak bawak jenazah balik rumah uruskan dengan hati yang ikhlas.

Kalo pergi kenduri kahwin nampak suami yang dah tua ambilkan makanan untuk isterinyer mak mesti pandang je.

Lepas tu mak akan cakap sampai abah meninggal mak tak pernah dapat layanan macam tu. Allah sebaknya rasa. Ape sebenarnya seorang lelaki cari.

Tukar2 pasangan. Anak isteri terabai. Ape yang die dapat kepuasan ke?

Curang yang tak berkesudahan hingga akhir hayat. Sampai tahap bila abah bagi tau kahwin baru mak tak de perasaan pun. Mak cuma cakap jangan tunjuk depan aku cukup.

Tapi bila aku berkahwin di usia perkahwinan aku ke 8 suami aku curang selama 3 tahun sampai la anniversary ke 11 baru aku tahu tentang suami ku berzina dengan seorang india selama ini. Aku betul2 terduduk.

Aku seorang wanita yang berkerjaya rumah kereta ada dengan anak2 yang sihat bagi aku kehidupanku hampir sempurna tapi inilah.

Apa yang jadi kat mak, aku jadikan semangat untuk terus berjaya. Bila berjaya aku di duga dengan hal yang paling aku benci.

Sakit. Geram semua ada. Aku minta cerai bagi aku cukup la pengalaman mengajar aku. Cukup aku saksikan sndr mak terseksa. Tapi suami memang tak nak ceraikan. Katanya sampai mati tak kan pernah ceraikan aku.

Kini dah setahun lebih aku lalui hidup dengan seorang suami yang aku rasa geram bila teringatkan balik ape die buat kat aku.

Katanya dah insaf demi Allah tak kan buat lagi. Tapi mana mungkin kaca yang jatuh berderai di cantum semula akan sempurna.

Hari2 aku doa moga Allah kuatkan hati aku untuk terima hakikat ini. Mak cuma pesan kalo dah tak kuat pergi jangan tahan2 sakit tu hanya kau sahaja yang rasa.

Banyak kali aku pesan kat suami banyak hal aku boleh terima ko miskin ko sakit tapi aku tak leh terima ko curang.

Sebab aku dah saksikan sendiri penderitaan mak. Bagi aku biar takda suami sekurang2nya tahu memang tak de orang yang peduli. Dari ada suami tapi tak ambil peduli.

Suami nampak banyak perubahan lepas kantoi. Dari sebelum ni time tengah kemaruk bercinta dengan india tu.

Sebelum ni call tak angkat. Langsung tak de cemburu. Kuat melenting. Duit memang jawabnyer tak de je. Tapi sekarang macam orang yang tak boleh kehilangan. Manja duit tak yah cakap la nak ape pun dapat. Vc sehari 5 6x.

Suami cuma cakap percayalah Allah dah tunjukkan jalan kat abang curang ni tak kan berulang lagi. Abang sayang anak2 & isteri abang.

Ayat ni yang di ulang tiap kali aku mengungkit. Tapi hati ni masih belum boleh terima. Kerap saja rasa nak mengungkit. Nak cari pasal.

Nak minta doakan lah saya kuat hadapi kenyataan ni. Bila hilang rasa percaya. Nikmat berumahtangga itu hilang serta merta.

Lelaki.. Hidup ni hanya sekali. Curang berzina hanya buatkan diri kau tu hilang harga diri di mata manusia & tuhan. Allah tetapkan hukuman rejam sampai mati bagi suami yang berzina bila die sudah berkahwin.

Kenapa hukuman tu rejam sampai mati sebab golongan ini betul2 menjijikkan dah tak perlu lagi hidup kat dunia ni. Hukuman tu pasti. Dunia & akhirat. Hargai isteri & anak2 insyaAllah selamat dunia & akhiratmu.

Kadang aku terfikir ni ke karma ape yang abah buat kat wanita sebelum ni. Anak yang rasa sakitnya.

– Nor (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc. com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *