Assalamualaikum. Aku, Nur. Umur 26 tahun. Telah bekerja di utara Malaysia. Aku harap apa aku nak tulis ni beri inspirasi. Yg baik jadikanlah contoh dalam kehidupan, yg buruk tu janganlah diikutkan. Niat aku, aku nak org ambil pengajaran dari kisah remeh aku ni.
Aku merupakan seorang anak sulung. Dari enam orang adik beradik. Ayah masih ada dan bekerja di bumi borneo. Ibu pula dah setahun pulang menghadap ilahi. Dan kisah ni bermula sejak kami adik beradik kehilangan ibu sejak setahun yg lepas. Ayah dan ibu memang dah lama duduk berasingan atas faktor kerja ayah yg sentiasa berpindah tempat kerja kerana ditempatkan di cawangan yg berlainan. Jadi, ibu ambil keputusan untuk menetap di utara dan ayah akan pulang sebulan sekali. Dah 15 tahun hidup kami berasingan. Satu yg saya hormat kat ayah adalah dia tak pernah cuba mencari yg lain. Tetap setia di samping ibu.
Sejak ibu pergi, aku seperti hilang arah. Seperti merajuk dengan takdir yg dah Allah tetapkan. Aku tak pernah beritahu hal ini kepada ayah mahupun adik beradik aku. Pada aku, mereka tak akan faham apa ertinya berada di tempat aku. Aku mula melalaikan solat, Al Quran dibiarkan berhabuk tidak dibaca. apa lagi disentuh untuk dibersihkan daripada habuk. Telekung, aku campak je tepi almari dan buat seolah2 ia tak wujud dan tidak pernah wujud. Pada aku ketenangan hanya aku peroleh apabila keluar bersama rakan2, makan dan berseronok. Balik taklah sampai pagi. Balik masih lagi malam walaupun lewat, dan balik terus tidur. Lupa langsung pd Allah. Tapi luaran, aku masih seperti aku. Masih bertudung, di hadapan ayah aku, adik2 aku, masih aku yg dulu cumanya aku seperti merajuk dengan takdir yg diberikan. Amalan yg biasa aku buat aku tinggalkan. Tapi sejujurnya, sepanjang aku ‘merajuk’ aku sebenarnya tak tenang langsung. Ada sahaja pemikiran negatif, rasa gelisah. rasa tak tenang. Aku rindu. Bukan je rindu pada ibu, tapi aku rindu pada sesuatu yg aku tak tahu apa.
Setiap kali memandu, kalau di radio keluarkan lagu Fatamorgana oleh Hijjaz, bait2 lirik dia selalu menyentuh hati. Tp aku dengan ego aku, aku masih mencari keseronokan duniawi. Walaupun jauh di sudut hati aku rindu ketenangan dulu setiap kali mendengar part lirik ‘Pulanglah pada Tuhan cahaya kehidupan, Syarat bahagia di dunia, Akhirat kekal selamanya pada Allah’. Ada juga azam nak berubah tapi setiap kali aku melayan sedih, aku merajuk dengan takdir dan aku lalaikan semua. Orang cakap aku yg tak faham erti redha. Tapi pada aku mmg aku tak redha dgn takdir bila ibu aku dijemput awal sebelum sempat aku bahagiakan dia dengan kesenangan dunia.
Tapi semua tu berubah bila aku ke majlis reunion. Aku sendiri tak pasti kenapa selama 9 tahun aku tak pernah nak contact balik rakan2 lama, tiba2 tahun ni aku tergerak hati nk layankan semua drama reunion di applikasi whatsapp. Dan bila tiba hari kejadian, laju je aku ke majlis tersebut. Sepanjang majlis, masing-masing bercerita tentang hal diri masing. Termasuk aku. Kecuali aku tak menyebut langsung tentang apa yg jadi lepas aku kehilangan ibu aku. Dan rakan2 lama aku pun mungkin memahami, mungkin tak tahu hal itu, tak menyebut langsung hal itu. Dalam majlis reunion tersebut, berita seorang rakan aku yg baru mendapat tawaran bagi membuat phd di luar negara hangat diperkatakan. Dia juga dibahan. Yelah sepanjang di sekolah, dia orangnya yg sangat low profile dan tiba2 dia yg paling berjaya. Balik dari majis, aku pulak gatal tangan, lalu aku stalk profile fb nya. Memang seorang yg low profile. Tapi aku macam tersentap dengan ayat dia berkenaan erti bersyukur. Sebab dalam posting dia, dia ada menyebut tentang kehilangan yg paling dalam tapi sebab hati degil tak mahu redha, tak mahu dididik erti redha, maka semua nikmat yg Allah bagi pun nampak seperti kusam. Tak ada redha, tak ada nikmat bersyukur dalam hidup. Aku terus tutup profile dia tapi ayat posting tu asyik bermain di fikiran. Dan dalam hati jugak tiba2 terdetik ‘jauh sangat dah ni aku menyimpang.Allah rindu ni.’
Aku keluar, dan lagu Fatamorgana keluar lagi di radio. Tapi kali ni aku hayati setiap bait liriknya. Nak2 bahagian korus,
‘Sudah menjadi lumrah kehidupan di dunia
Cabaran dan dugaan mendewasakan usia
Rintangan dilalui tambah pengalaman diri
Sudah sunnah ketetapan Ilahi
Deras arus dunia menghanyutkan yang terleka
Indah fatamorgana melalaikan menipu daya
Dikejar dicintai bak bayangan tak bertepi
Tiada sudahnya dunia yang dicari
Begitu indah dunia siapa pun kan tergoda
Harta, pangkat dan wanita melemahkan jiwa
Tanpa iman dalam hati kita kan dikuasai
Syaitan nafsu dalam diri musuh yang tersembunyi
Pulanglah kepada Tuhan cahaya kehidupan
Keimanan ketakwaan kepadanya senjata utama’
Tiba2, hati aku menangis. Bukan hati je menangis. Air mata sekali jatuh. Rindu pada ketenangan lepas Solat dan mengaji. Rindu nak kirim ayat cinta kat ibu melalui Allah. Rindu nk menasihat diri sendiri dan bagi ayat positif kat diri sendiri. Selama ni, aku abaikan. Setiap kali rasa rindu kat ibu, aku tidur. Setiap kali masuk bilik ibu dan ayah aku menangis. Tapi bila depan ayah aku buat macam aku okay. Mula tak percayakan hikmah yg baik di sebalik apa yg berlaku. Mula jauh dari agama sendiri. Situasi macam aku paling bahaya. Sebab org sekeliling, org paling rapat tak sedar yg kita makin jauh dari landasan. Sebab org anggap kami okey. Oh ye, sejak dari hari tu, aku cuba berubah, Aku cuba jaga solat aku, aurat aku dan juga masa aku di luar. Tak manis kan balik lewat tgh malam sangat? Aku cuba untuk mengaji setiap kali lepas solat. Alhamdulillah walaupun makin gagap bila mula balik, aku dah dapat dah ketenangan aku. Ketenangan yg aku sangat rindukan dulu. Dan masih lagi mencuba untuk menjadi yg terbaik buat diri sendiri dan keluarga aku. Harap semua dapat doakan kebaikan buat aku.
Nasihat aku, andai ada rakan/adik/kakak/abang/ayah atau org2 terdekat yg kita kenal rapat tu melalui fasa kehilangan, jangan anggap mereka okey seperti biasa. Ambil berat, ajak mereka sama2 tingkatkan iman, dengar luahan hati mereka. Walaupun kau akan bosan hari2 kena dengar cerita sedih. Mungkin lepas mendengar kau blh bg pendapat atau bawak mereka lebih dekat pd Yg Satu. Ingatkan mereka bahawa Dia rindu sebab tu Dia uji. Ayat tu simple tp selalunya bg kesan dan semangat kat aku.
– Nur
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit